[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

20 Feb 2011

Fazura pergi umrah minta cepat jodoh

Kongsi
Menerima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan pengarah, Erma Fatima merupakan suatu peluang berganda dan tidak ternilai buat pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 28.

Apa tidaknya, penggambaran bagi kedua-dua drama yang berjudul Pahitnya Madu dan Tahajudnya Cinta itu akan dilakukan di Tanah Suci Mekah dan ia secara tidak langsung membuka peluang kepada duta baru Lux ini untuk menunaikan ibadah Umrah di sana.

Bakal berangkat ke sana pada 3 Mac 2011 ini, Fazura berharap tempoh selama 20 hari berada di sana akan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya demi untuk menyucikan serta menenangkan jiwanya untuk menunaikan ibadah tersbeut buat kali yang kedua.

"Sebenarnya dah lama saya berniat untuk ke Mekah selepas mengunjunginya dan menunaikannya ketika usia 12 tahun. Dari situ, saya sentiasa teringin dan rindu untuk ke sana lagi. Biarpun saya akan ke sana atas tuntutan kerja, namun saya tidak akan melepaskan kesempatan ini untuk menunaikan Umrah," katanya.

Setiap orang yang ke tanah suci pasti menyimpan hajat yang mahu diterima oleh Allah. Begitu juga dengan Fazura. Selain mahu menyucikan jiwanya dengan amal ibadah, dia juga ingin memohon kesejahteraan buat dirinya, keluarga dan peminat-pemiantnya.

Namun apa yang pasti, dalam usianya yang kini sudah hampir menginjak ke angka 30-an , Fazura turut berhajat supaya jodohnya akan dipermudahkan dengan secepat mungkin.

"Hajat yang pertama, sudah tentu saya mahu cepat dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan yang soleh. Usia saya pun dah 28 tahun. Saya rasa saya dah cukup bersedia untuk mendirikan berumah tangga tetapi mungkin masa itu belum sampai lagi.

"Kalau nak cakap target bila saya akan kahwin, saya memang tidak pernah menentukannya kerana semuanya saya serahkan kepada Tuhan. Namun apa yang pasti saya tiada apa-apa perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, bila menyentuh mengenai status sebenar hubungan cintanya dengan seorang kerabat diraja dari negeri selatan Semenajung Malaysia, Fazura terus cepat-cepat mengelak dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Terus-terang saya katakan, saya tidak berapa gemar untuk bercakap mengenai hal peribadi saya berbanding kerjaya.Saya takut sesuatu perkara itu diperbesar-besarkan kerana orang lebih suka bercakap mengenai keburukan orang itu daripada kebaikan orang lain.

"Lagipun, saya ni jenis yang tak suka menerima publisiti murahan yang sememangnya tiada kena-- mengena dengan kerjaya saya. Kini saya lebih suka berdiam diri dan hanya menjawab serta memberitahu perkara yang perlu sahaja,"tambahnya lagi.

Selain, bakal muncul dalam dua drama araha Erma Fatima tersebut, Fazura juga akan kembali ke layar perak menerusi filem Bujang Terlajak arahan Prof. Razak Maiden pada akhir tahun ini.

Laporan asal : murai.com

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

kita pun nk g jgk supaya murah rezeki..jom hot malays g sekali...

jenTik on 20 Februari 2011 pada 4:20 PTG berkata...

hotmalays g naik kapal laut jer...murah skit

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Faz kerana menjadi duta Lux!

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords