[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

3 Mac 2011

Silikon payudara Fazura pecah : Komen pihak pengurusan.....

Kongsi
3 Mac 2011


KUALA LUMPUR, 3 MAC 2011: Kecoh seketika apabila desas- desus mengatakan pelakon jelita Fazura telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat silikonnya pecah.

Menganggap dakwaan itu sesuatu yang pelik dan langsung tidak masuk akal, pihak pengurusan Fazura memberi tahu portal murai.com.my bahawa pelakon Pisau Cukur itu berada dalam keadaan sihat sejahtera, malah dakwaan mengatakan dia menggunakan silikon adalah fitnah semata-mata.

Pihak berkenaan juga berkata, ketika dimaklumkan berkenaan berita itu kelmarin, Fazura ada bersamanya dan juga beberapa lagi individu penting yang akan menjayakan penggambaran 3 drama bersiri di kota Mekah tidak lama lagi.

"Ketika menerima cerita ini dari seorang teman, saya, Fazura, Erma Fatima dan Datin Ziela Jalil sedang meeting di restoran Aseana KLCC, berbincang tentang jadual penggambaran drama Tahajut Cinta dan 2 lagi drama yang akan diadakan di Mekah tidak lama lagi.

"Bila Fazura terbaca saja cerita itu dari telefonya, dia tergelak besar. Bukan saja dia, malah saya, Ziela Jalil dan Erma turut tergelak apabila diberi tahu cerita tak berasas ini," katanya ketika dihubungi menerusi talian telefon.

Sumber itu berkata, mana mungkin Fazura boleh berada di tengah-tengah tumpuan khalayak sekiranya silikonnya pecah.

Ianya sekaligus menjadikan perkhabaran berkenaan adalah gosip semata-mata bagi menjatuhkan maruahnya.

Bercerita mengenai kerjasamanya bersama pengarah berkaliber Erma Fatima, sumber terdekat itu berkata sebenarnya sudah lama artisnya itu mendambakan kerjasama dengan pengarah filem Embun berkenaan.

Malah katanya, ketika tawaran melakonkan drama bersiri bersama-sama pengarah itu, Fazura melahirkan trasa gembira apatah lagi apabila penggambarannya akan diadakan di kota suci Mekah.

"Sepatutnya penggambaran drama bersiri ini sudah dijalankan bulan Februari yang lalu, kemudian ditunda lagi kerana masalah visa. Maka Fazura berfikir adalah baik untuk bertemu bersama-sama mereka bagi membincangkan penyelesaian.

" Itu sebabnya kami berada di restoran Aseana. Tak sangka pula dilayangkan gosip yang tidak berasas macam ni. Apapun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mereka akan terbang ke Mekah tidak lama lagi bagi menjalani pengambaran 3 drama bersiri 13 episod," katanya.


2 comments:

suffer8zine on 3 Mac 2011 pada 3:01 PTG berkata...

hahah x leh blah

Terkini : Slower Is Better

Tanpa Nama berkata...

hmm klaka la ko jejentik,,,geli geman aku baca..teringat aku diorang suntik slikon kat cecak tokek ..bayangkan fazura pn cmtu bila dah lama kecut merut haha,,,,

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords