[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

6 Mac 2011

Rubina Ali hilang tempat tinggal kerana kebakaran!.....

Kongsi
6 Mac 2011


Pelakon cilik Rubina Ali kini kehilangan tempat tinggalnya akibat kebakaran yang menimpa warga Bandra, Jumat (4/3).

Tak hanya kehilangan tempat tinggal, pemegang watak Latika masa kecil dalam filem 'Slumdog Millionaire' ni juga kehilangan barang-barang yang menjadi kenangannya.

“Saya kehilangan semuanya, termasuk kenangan filem saya,” katanya kepada Indian Express, Sabtu (5/3).

Aktres 12 tahun ni mengaku yang dia sedang berada di dalam rumah ketika peristiwa tu terjadi.

Bukan rumahnya saja yang musnah, malah sejumlah rumah lain di kawasan penempatan di Garibnagar itu turut hangus di jilat api.

Lebih dari dari 3 orang dikatakan cedera dan ratusan orang kehilangan tempat tinggal dalam insiden ni.

“Tak ada yang datang menolong kami,” lanjut Rubina.


Banyak kenangan telah hilang dari rumahnya ditepi landasan kereta api tu. Dia selesa tinggal disitu walaupun telah meraih populariti antarabangsa.

“Kami hanya dapat menyelamatkan beberapa helai pakaian. Foto-foto saya di Oscar dan kenangan-kenangan lain telah hilang semuanya,” ujarnya pada Reuters, Sabtu (5/3).

Tahun 2008 dulu, Rubina telah terlibat dalam pembikinan filem 'Slumdog Millionaire' yang berjaya meraih 8 penghargaan Oscar. Filem arahan Danny Boyle ni menjadi filem pertama Rubina yang menembusi pasaran antarabangsa.



Laporan asal : tabloidbintang.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords