Namun kali ni Paris tak lagi dipihak yang bersalah. Malah Paris kini membuat aduan bahawa Hard Rock yang patut dipersalahkan kerana 'berhutang' padanya.
Gadis pewaris takhta Hilton ni menyatakan bahawa Hard Rock Hotel and Casino di Las Vegas tidak membayar $200.000 atas dua penampilannya dalam acara promosi. Hal ni dinyatakan dalam tuntutan yang diajukan oleh Paul Joseph Shapiro, peguam Paris, kepada Clark County Districk Court di Las Vegas.
Peguamnya tu menyatakan bahawa Hard Rock harus membayar hutang mereka sebanyak $200.000 pada Paris. Tuntutan ni juga menyebutkan bahawa Paris Hilton Entertainment dan Hard Rock telah menandatangani kontrak persetujuan untuk 3 kali kemunculan Paris yang masing-masing bernilai $100.000. Namun setelah Paris hadir pada ketiga-tiga acara promosi tu, dia hanya dibayar $100.000 sahaja.
"Paris Hilton Entertainment mengajukan tuntutan pada Hard Rock agar membayar baki yang belum dibayarnya," ayat dalam tuntutan Paris.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)