Dia juga mengatakan telah bersiap-sedia untuk membina rumah tangga baru suatu hari nanti.
Bintang DESPERATE HOUSEWIVES tu juga menyatakan bahawa motivasinya untuk membina keluarga baru adalah kerana dia ingin menjadi seorang ibu. Memiliki anak-anak adalah cita-citanya yang belum tercapai sejak menjalani rumah tangga dengan bekas suaminya.
"Saya ingin punya anak dan menjadi seorang ibu," kata Eva.
"Saya sudah bertemu dengan diri saya lagi. Kini saya merasa bahawa orang lain bukan lagi sesuatu yang menentang, tapi menyenangkan," lanjut aktres 36 tahun tersebut.
Namun demikian, Eva mengaku bahawa kini dirinya masih kekok bila berhadapan dengan lelaki. Dia juga mengaku bahawa dia sudah takut dengan lelaki.
"Saya tidak begitu mudah didekati. Saya sering gugup. Mungkin ini aneh. Tapi memang inilah yang terjadi," tutup Eva.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)