[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

19 Mac 2011

Mark Hoppus (Blink 182) lelong harta untuk tsunami.

Kongsi
19 Mac 2011


Kini semakin rancak para selebriti tampil kedepan untuk memikul tanggung jawab sebagai karakter yang dikenali dalam usaha mengumpul dana bagi misi kemanusiaan tsunami .

Tak terkecuali Mark Hoppus yang tidak mau kalah untuk turut menonjolkan diri membantu meringankan beban korban gempa dan tsunami di Jepun. Sumbangan tersebut berbentuk pencairan dana dengan melelong barang kenang-kenangan Mark melalui eBay.

Benda yang dilelong antaranya adalah tulisan tangan Mark yang tertulis lirik lagu Rock Show. Sejak perkara ni diumumkan, tulisan tangan asli dari kumpulan Blink-182 tersebut sudah ditawar 79 kali dengan harganya kini mencapai $ 20.300. Jumlah tersebut dikatakan akan terus bertambah menjelang enam hari lagi tawaran dibuka.

Barang lain yang dilelong adalah kemeja orange yang dipakai Mark dalam video klip Dammit yang kini laku hingga $ 2226, serta CD promo What's My Age Again yang juga ditawarkan hingga $ 2.025.

Semua kutipan yang diterima dalam lelong tersebut akan diserahkan kepada Palang Merah Amerika untuk disalurkan kepada korban bencana di Jepun. Atas kerjasama ni, Mark merasa sangat berterima kasih kepada pihak eBay yang turut membantu secara teknikal.

"Terima kasih kepada semua pihak di ebay kerana telah berinisiatif membantu para korban dengan cara lelong. Semoga bantuan ini bermanfaat bagi mereka,” tulis Mark di Twiternya.


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords