[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

14 Mac 2011

Michael Madsen diburu polis kerana hutang.

Kongsi
14 Mac 2011


AKTOR filem aksi Michael Madsen (Kill Bill, Reservoir Dogs) kini jadi buruan pihak berkuasa.

Madsen, 53 tahun, kini dituduh berhutang sebanyak AS$ 570 ribu atas nafkah hidup anak dan bekas pasangannya. Demikian kabar yang dilapor TMZ, hari ni (14/3).

Surat perintah penangkapan sudah dikeluarkan oleh pihak berwajib kerana dia tak datang dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah hidup pasangan dan anak yang sedang berjalan.

Kerana dia tak hadir, hakim terus mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Polis kini sedang memburunya. Jika dia ingin bebas, jaminan yang ditetapkan keatasnya sebanyak As$ 26 ribu.

Awal bulan ni dia dikatakan telah muncul di New York untuk menghadiri tayangan filem The Bleeding dalam bentuk DVD. The Bleeding keluaran 2009 ni dibuatnya bersama Armand Assante dan Kat Von D, tunang kepada Jesse James.

Madsen bapa kepada 5 anak dan sudah berkahwin 3 kali dengan Georganne La Piere (adik Cher), Jeannine Bisignano, dan isterinya kini Deanne Morgan.

Pada 2009 dia pernah diistiharkan bankrup dan dinyatakan yang dia tak mampu membayar hutang peribadi kepada Pierce Brosnan (AS$ 25 ribu) dan pengarah Quentin Tarantino (As$ 1 juta).



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords