[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

15 Mac 2011

Industri muzik sekarang telah terbunuh - Jon Bon Jovi

Kongsi
15 Mac 2011


Jon Bon Jovi dikatakan telah mengkritik pedas pemilik syarikat Apple, Steve Jobs. Penyanyi 'Have A Nice Day' tu telah mengatakan yang Steve telah membunuh industri muzik.

Bon Jovi atau nama penuhnya John Francis Bongiovi Jr tu menganggap kejayaan iTunes telah memberikan kesan negatif pada pasaran industri muzik dunia. Dia merasa sedih kerana situasi kebiasaan peminat muzik membeli album di kedai sudah mulai hilang.

"Remaja zaman sekarang telah kehilangan pengalaman untuk memasang headphones, menekan volume hingga 10, memegang sampul album, menutup matanya dan hanyut dalam album (yang didengarkan)," katanya seperti dilapor The Sunday Times, hari ni (15/3/2011).

Bon Jovi yang pernah menghasilkan penjualan album sehingga 130 juta di seluruh dunia tu merasakan pengalaman tersebut sangat istimewa. Kini, orang hanya mendengar muzik dengan cara yang lebih mudah. Namun menurut Jon, mereka kehilangan 'sesuatu' saat untuk menentukan muzik seperti apa yang ingin mereka beli.

"Keindahannya adalah saat kamu membawa wangmu dan memutuskan untuk membeli berdasarkan sampul album, tidak mengetahui seperti apa lagu itu akan terdengar," tutupnya.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords