[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

13 Feb 2011

Makanan Mark Zuckerberg hanya £ 2.50 sahaja

Kongsi
Kelihatan asyik betul Mark Zuckerberg nie mengunyah tako ayam sejenis makanan Mexico yang berharga £ 2.50 di tepi jalan. Dia yang dilihat dengan memakai t-shirt, berseluar jeans serta kasut sukan putih kelihatan membeli makanan Mexico di gerai tepi jalan kawasan tersebut.

Walaupun memiliki kekayaan yang dianggarkan mencapai £ 10 bilion. Namun dia betul-betul low profile dan tak kisah tentang kehidupannya seharian. Kagum betul tengok orang kaya macam nie kan. Mark Zuckerberg merupakan bos Facebook dan merupakan billionaire termuda hasil dari titik peluhnya itu. Malah filem 'Social Network' yang menceritakan tentang kisah hidup Zuckerberg, 26, juga telah mendapat pencalonan Oscar pada tahun ini.

Dia dilihat berjalan dengan tiada pegawal keselamatan sambil menunggu dan beratur untuk mendapatkan taco ayam dengan nasi dan tortilla chips untuk £ 2.50 sahaja. Kemudian makan bersama seorang sahabat di kaki lima. Terharu betul rasanya.

Facebook kini dah ada 550 juta untuk ahli di 200 negara dan syarikatnya dianggarkan bernilai lebih dari £ 30 bilion.

Kini Zuckerberg hanya menyewa rumah dengan tiga bilik tidur di pinggir bandar. Dia dan aweksnya Priscilla Chan, juga 26 seorang pelajar perubatan hanya memandu kereta Honda Acura. Zuckerberg mencipta Facebook di asramanya di Harvard pada tahun 2004. Dia akhirnya menjadi billionaire termuda di dunia pada usia 23.

Bapaknya yang seorang doktor gigi memberi tahu anaknya adalah seorang lelaki yang sangat rendah diri. Zuckerberg baru-baru ni bergabung dengan rakan-rakan billionaire nya iaitu Bill Gates dan Warren Buffett dalam komitmen untuk memberikan sebahagian besar kekayaannya untuk amal.


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords