[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

2 Feb 2011

"Fasha dan Jejai sudah berpisah sejak dua bulan lalu" - Nora Danish

Kongsi


Walaupun sudah tiga tahun berlalu kisah hidup bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Namun hingga kini nama Nora Danish masih lagi terus dikaitkan dengan kisah hidup jejaka ini.

Malah dia terus dipersalahkan dan dituduh menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha.

Nora sungguh berasa terkilan kerana sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,malah semakin hari semakin parah.

Semenjak mereka bercerai, dia langsung tidak ambil pusing tentang kisah hidup bekas suaminya itu. Tetapi, dia juga yang dipersalahkan diatas segala yang terjadi.

"Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.

"Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya.

"Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora.

Nora juga membuat kenyataan, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lalu.

Berkata tentang kekasih barunya, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum.

"Walaupun memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi belum masanya lagi untuk memperkenalkannya kepada semua kerana masih lagi dalam proses mengenali hati budi".
Laporan asal : mangga online


0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords