Kisah tentang Akim melemparkan hadiah yang diberikan oleh peminatnya di Brunei menjadi satu tamparan kepada masyarakat Malaysia.
Atas sebab itu juga Akim sudah dilarang melakukan persembahan di itu.
Ini bukan kali pertama dia diperkatakan sebegini, sebelum ini Akim juga pernah dikatakan berkelakuan dingin dan kurang mesra bila di hadapan orang ramai, malah Akim juga pernah dikatakan bersikap sombong dengan artis senior di sebuah majlis di luar ibu kota.
Berkali-kali ditegur namun Akim seakan tidak pernah mengubah atau menyesali perbuatannya itu.
Tetapi menurut Akim dia sangat kecewa apabila sering dilanda gosip yang akan menjatuhkan nama baiknya dalam bidang ini. Walaupun dia telah melakukan yang terbaik.
Jom kita ikuti apa kata Akim:
Menurut Akim, dia agak terkejut bila cerita dia membuang hadiah peminat sewaktu mengadakan persembahan di Brunei melalui berita di surat khabar baru-baru ini, sedangkan dia sudah setahun setengah tidak mengadakan persembahan disana.
Baginya itu adalah cerita tidak benar, mana mungkin membuang hadiah yang peminat berikan kerana dia sangat menghargai setiap pemberian orang kepadanya.
"Mungkin ketika itu, peminat terbabit tersalah pandang, kebiasaannya bila ada peminat yang menghulurkan hadiah daripada bawah pentas, saya akan letakkannya di bahagian tepi supaya tidak terpijak sewaktu membuat persembahan.
"Tetapi selepas habis persembahan, saya akan ambil hadiah itu dan bawa pulang. Jadi saya fikir, mereka tidak biasa dengan keadaan itu,"jelas Akim.
Laporan asal: Mangga online
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)