
Sherry Shabani (gambar di bawah) dan suaminya Joseph Kambiz kini di dalam proses penceraian. Shabani seorang pereka barangan kemas yang memberikan perkhidmatan mereka barangan kemas untuk ramai selebriti-selebriti terkenal telah menerima tuntutan cerai daripada suaminya Kambiz seorang jutawan terkenal yang memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam.
Di dalam satu kenyataan, Kambiz telah menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit bersama bintang bola sepak England iaitu David Beckham. Walau bagaimanapun isterinya Shabani menafikan keras dakwaan itu. Shabani mendakwa bahawa suaminya itu telah gila kerana pernah dikatakan cuba melanggar David Bekham menggunakan keretanya di saat bintang bola sepak itu menurunkan anaknya di sebuah sekolah yang sama dengan tempat persekolahan anak pasangan Shabani dan Kambiz.
Selepas satu pertelingkahan, Polis telah dipanggil dan Kambiz beriya-iya ingin memberikan kenyataannya kepada Polis. Kambiz mendakwa Shabani memiliki hubungan sulit dengan David Beckham. Kambiz ingin menyebarkan kenyataan tersebut kepada sidang media dan ingin menghebohkan perkara itu ke pengetahuan umum.
David Bekham pula saat ditemui pemberita, tanpa merujuk kepada nama Kambiz ataupun Shabani dia mengatakan bahawa ini satu lagi konspirasi untuk memburukkan namanya. Beliau berkata ini adalah cerita palsu yang sengaja diada-adakan.
Di bawah ini gambar Shabani yang dimaksudkan, sila klik gambar untuk membesarkan image.
Di bawah ini gambar Shabani yang dimaksudkan, sila klik gambar untuk membesarkan image.

0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)