Setelah selesai shooting LARRY CROWNE, Tom Hanks dilihat tak selesa untuk lama-lama berehat. Khabarnya Hanks sudah menanda tangani kontrak untuk berlakon dalam filem yang dibuat berdasarkan kisah benar yang terjadi pada tahun 2009 lalu.Hanks akan memegang watak sebagai seorang kapten kapal yang terpaksa berhadapan dengan kumpulan lanun laut.
Hingga kini belum ditetapkan lagi tajuk filem yang akan dilakonkan Tom Hanks ni. Menurut Splash News, filem ni diadaptasi berdasarkan kisah benar tentang kapten kapal bernama Richard Phillips yang menjadi tawanan lanun laut Somalia ketika kapal kargo mereka melalui satu kawasan.
Dikatakan naskah filem ni dibuat berdasarkan buku berjudul A CAPTAIN'S DUTY yang ditulis oleh Richard Phillips sendiri. Konon, kapten kapal Maersk Alabama ni rela menjadi tebusan untuk menyelamatkan semua awak kapalnya yang ditawan.
Walaupun kemampuan lakonannya tak perlu diragukan lagi namun kebelakangan ni Tom Hanks dilihat tak terlalu produktif. Sepanjang tahun 2010, dia hanya meminjamkan suaranya dalam filem TOY STORY 3 dan hingga kini baru satu filem saja yang dilakonkannya iaitu LARRY CROWN.







0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)