[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

3 Mac 2011

Hari terakhir undi 25 pelajar AF9!!!.....

Kongsi
3 Mac 2011



Siapakah 25 calon pelajar yang layak berada di dalam Akademi Fantasia 9 (AF9)? Segala-galanya di tangan anda. Inilah masanya untuk anda menjadi juri dalam menentukan siapakah di antara mereka ini yang benar-benar layak.

Jangan berlengah lagi. Teruskanlah menyokong AF9 dengan membuat pilihan yang tepat ini. Anda boleh memilih dan membuat undian anda menerusi laman www.akademifantasia.com.my.

Menerusi laman ini, anda dapat melihat senarai 40 calon peserta lelaki dan perempuan. Bantulah calon-calon pelajar ini merealisasikan impian mereka untuk bergelar bintang AF9 dengan melayakkan mereka untuk menjadi calon Top 25 pelajar AF9.

Siapa tahu pilihan anda mampu memberikan impak pada musim terakhir AF nanti. Apa yang pasti, keputusan undian menerusi online ini dibuat berdasarkan 50% undian umum dan 50% lagi dari panel Astro.

Apapun, sebelum mengundi, anda perlulah log masuk atau mendaftarkan diri sebagai ahli astro.com.my. Sehari anda hanya boleh mengundi sekali saja untuk setiap video.

Dalam pada itu, setakat jam 12 tengah hari , 2 Mac 2011, adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy yang bernama Kay berada di tangga teratas sekali dengan mendapat undian sebanyak 9630.

Manakala bagi peserta perempuan pula, Lena yang berasal dari Sabah mengatasi 20 peserta wanita yang lain dengan pungutan undian berjumlah 7216.

Undilah sekarang kerana tarikh tutup untuk mengundi akan berakhir pada 3 Mac ini. Kesemua calon Top 25 pelajar AF9 akan diumumkan pada April depan.

Keputusan undian setakat jam 12 tengah hari (2 Mac 2011)

Top 5 Lelaki

1. Kay, Kuala Lumpur-9630

2. Alfi, Kuala Lumpur-8632

3. Arie, Sabah- 7604

4. Amud, Sabah-7122

5. Raqib, Melaka-5301

Top 5 Wanita

1. Lena, Sabah-7216

2. Eka, Selangor-7087

3. Ira, Sabah-7162

4. Hani, Sabah-6934

5. Aida, Melaka-5404



Laporan asal : murai.com

1 comments:

suffer8zine on 3 Mac 2011 pada 11:34 PG berkata...

eh mcm ade nama kwn den je tu

Terkini : Slower Is Better

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords