[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

4 Mac 2011

Aznil Pengetua AF9???.....

Kongsi
4 Mac 2011



ADAKAH AZNIL AKAN KEMBALI?
Debaran menanti pengumuman Astro Ria pasal pemilihan pengetua, guru-guru dan pengacara Akademi Fantasia 9 yang diuar-uarkan sebagai musim terakhir akan berakhir Isnin ini.

Astro akan membuat pengumuman dalam satu majlis khas kepada media tempatan di Kuala Lumpur. Pasti peminat mahu tahu perkembangan program realiti nyanyian yang diminati ramai itu, walaupun musim-musim terakhir agak suram.

Nama pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dari Indonesia disebut-sebut sebagai calon pilihan. Tapi pihak Astro tidak pernah mengumumkannya dan hanya membiarkan sahaja spekulasi itu berlegar di fikiran peminat.

Setidak-tidaknya ia memberi publisiti awal untuk menghangatkan lagi program itu. Apatah lagi macam-macam hal negatif membabitkan Dhani sejak akhir-akhir ini. Antaranya pasal kehilangan Mulan Jameela yang dikatakan hamil.

Ada yang mengatakan dia dihamili anak Dhani dan ada juga pihak mengatakan mereka sebenarnya sudahpun bernikah secara diam-diam. Terbaru Dhani didakwa mengasari wartawan yang cuma membuat liputan Mulan di luar kediamannya.

Itu bab pengetua. Siapa pula bakal guru yang akan mendidik peserta ini selama sepuluh minggu? Siapa pula yang akan diumumkan sebagai pengacara?

Ada yang mengatakan pengacara selama lima musim, Aznil Nawawi akan kembali untuk musim terakhir ini.

Aznil semasa ditanya media mengakui yang dia akan menerima tawaran sekiranya diusulkan oleh pihak Astro. Maklum saja, AF sangat sinonim dengannya walaupun sudah tiga musim ditinggalkan.

Kerana menjadi pengacara AF, Aznil menjadi pengacara popular dan dapat gelaran Pengacara No. 1. Dia juga memenangi banyak anugerah yang menghitung undian peminat.

Apa-apa pun jawapan pasal persoalan itu akan diketahui Isnin ini.




Laporan asal : manggaonline.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords