[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

14 Mac 2011

50 Cent mohon maaf kerana mempersenda Tsunami.

Kongsi
14 Mac 2011


Rapper 50 Cent menerima tamparan hebat kerana tidak pandai 'menjaga mulut'. Ketika bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun, Cent sempat menulis ungkapan yang mengajuk dalam Twitternya. Oleh kerana tu Cent pun akhirnya kini terpaksa minta maaf atas tindakannya tu.

Penyesalannya telah dinyatakan melalui jejaring sosial yang sama, dengan menulis, "Beberapa ucapanku benar-benar bodoh, aku melakukannya kerana terkejut. Kalian boleh benci atau suka, aku menerima keduanya."

Jumaat (11/3) kemarin, setelah berlakunya bencana yang menghancurkan Jepun, 50 Cent telah menulis, "Ini benar-benar serius, aku harus menyelamatkan semua wanitaku dari LA, Hawaii, dan Jepun. Aku harus melakukannya. LOL." Selepas tu, Cent menulis lagi, "Ombak akan sampai pukul 8 pagi dan remaja (kulit) putih itu akan cuba meluncur."

Dengan kenyataannya ni, beberapa fans pun terus menyatakan protes dan menulis, "50 Cent benar-benar tidak sensitif dan bodoh. Bagaimana b seoleh seorang melawak dengan bencana seperti ini?" Seorang pengguna Twitter lain juga menulis. "Selamat 50 Cent: KAU BENAR-BENAR TAK GUNA KERANA MENGEJEK APA YANG TERJADI DI JEPUN!"

Tapi permintaan maaf 50 Cent sebenarnya masih lagi tak memuaskan hati para fans yang sudah terlalu kecewa padanya. "Aku harap dia akan mendermakan sebahagian wangnya kerana tidak ada yang lucu dengan ucapannya tu. AOL telah melaporkan bahawa 10.000 orang terkorban dalam bencana itu. Walaupun dia sudah memberikan apa alasannya, tapi ini masih tidak boleh dimaafkan kerana ada orang yang kehilangan nyawanya. Bagaimana kalau dia punya saudara atau seorang kenalan di sana yang kehilangan nyawa?" ujar salah seorang fans yang marah.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords