[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

12 Feb 2011

Wings ke Istana Budaya

Kongsi
Tanggal 29 April 2011 ini, Bombbay Worldwide dan Anggerik Event akan menganjurkan sebuah konsert khas untuk kumpulan Wings. Konsert yang diberi nama Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ini pertama kali diadakan sejak 25 tahun Wing mencipta nama dalam industri muzik tanah air. Konsert yang akan diadakan di Istana Budaya (IB) ini berlangsung selama tiga hari bermula 29 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Tiket-tiket berharga RM 65 hingga RM 450 telah pun mula dijual di box-office, IB.

Awie menganggap konsert Opera Hidup ini adalah satu penghargaan kepada mereka serta peminat selepas kejayaan Double Trouble (DB). Konsert ini menampilkan satu kelainan untuk peminat Wings kerana ia akan diiringi oleh OSK secara sepenuhnya.

Antara kelainan lain ialah peminat boleh berhibur dengan selesa tidak seperti konsert DB yang dibuat secara terbuka. Awie akan kembali ke IB selepas menjayakan pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

Konsert tersebut akan dibahagikan kepada empat segmen. Dan Awie akan menyanyikan lebih 20 buah lagu dari 27 album mereka. Bekas ahli yang pernah menganggotai Wings seperti Mus turut diundang untuk mewarnai persembahan konsert itu nanti. Mereka juga bakal diiringi 16 orang penyanyi koir. Ahli-ahli fan club pula akan diberi peluang untuk memilih lagu yang mereka mahukan selain lagu-lagu yang dihidangkan oleh Wing sendiri.
Lets rockin!!!



1 comments:

suffer8zine on 12 Februari 2011 pada 7:33 PG berkata...

lagenda rock kita!

Terkini : Hotel Paling Pelik Di Dunia

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords