[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

24 Feb 2011

Dira tak layak jagi hos Melodi???.....

Kongsi
24 Feb 2011



KUALA LUMPUR, 24 FEB 2011: Khabar berita yang mengatakan bahawa bintang Raja Lawak musim pertama, Zizan serta bintang Sehati Berdansa 3, Dira bakal menggantikan tempat Fara Fauzana dan Wahid Senario sebagai hos bersama program hiburan Melodi, bukanlah menjadi satu rahsia lagi. Malah, kedua-dua mereka dilaporkan bakal menggalas tugas baru tersebut bermula pada 3 April 2011 ini.

Walaupun Melodi merupakan sebuah program hiburan berteraskan infotainment santai yang penuh sensasi dam kontroversi, namun mengendalikannya tidaklah semudah seperti yang disangka.

Apatah lagi bila ianya pernah dikendalikan oleh pengacara yang hebat-hebat seperti Fauziah akan Ogy Datuk Ahmad Daud, Saiful Apek, Aznil Hj Nawawi Raja Azura aka Kak Engku, Haliza Misbun serta Sheila Rusly.

Ada di antara mereka ini yang berjaya mengendalikan Melodi dengan baik. Ada juga yang sebaliknya. Bagaimana pula dengan Zizan dan Dira apabila disatukan di dalam program ini nanti?

Mampukah mereka mencari keserasian serta rentak yang sama sebagai hos Melodi? Lebih-lebih lagi, mereka tidak pernah berkerjasama dalam mana-mana program sebelum ini.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai semua ini. Hakikatnya, Zizan dan Dira pastinya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri serta mencapai keselesaan dengan Melodi. Namun, ada pula yang beranggapan Dira tak sesuai digandingkan dengan Zizan. Mengapa?

Adakah ini sebab-sebabnya:-

1. Dira kurang popular?

2. Dira tidak mnenonjol sebagai pengacara?

3. Dira bukan seorang yang gila-gila?

4. Dira tak mampu ikut rentak Zizan yang spontan?

5. Dira tak punya aura yang kuat sebagai hos Melodi?


Apa pula pandangan beberapa editor murai.com.my?

Elly (Ketua Editor murai.com.my): Dira? Wait! (Sambil memikirkan program yang pernah dikendalikan oleh Dira. Apa ek?).Hmmm...Sebenarnya pihak penerbit mempunyai hak untuk memilih siapa pun untuk menjadi hos Melodi. So, kalau mereka nak pilih Dira pun, itu hak mereka. Tapi saya bimbang saya hanya akan nampak Zizan saja dalam program ni. Harap-harap saya salah dan harap-harap perkara itu tidak akan terjadilah. Apapun, saya sangat teruja menanti gandingan mereka sebagai hos program Melodi. All the best ya!

Ayie (Editor murai.com.my): Dira? Why Dira? Itu yang membuatkan saya tertanya-tanya. Sebab, dia jarang diberikan pendedahan atau peluang untuk mengacarakan program yang mempunyai impak serta pengikut yang besar. Tapi mungkin, pihak penerbit sengaja berbuat demikian untuk mencari angin baru. Apapun good luck buat Zizan dan Dira.

Helmi (Editor murai.com.my): Melodi sering dikaitkan dengan isu yang panas, hangat, kontroversi dan sebagainya. Justeru itu, pemilihan pengacaranya mestilah berkaitan dengan kemampuan menaikkan hype, sinikal, dan over tapi tidak menjengkelkan. Persoalannya adakah Dira mempunyai semua kriteria itu tersebut sedangkan Zizan ada memiliki semua itu. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sajalah nanti.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords