[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

21 Feb 2011

Artis nasyid dunia berkumpul di Islamic Song Festival 2

Kongsi

KUALA LUMPUR, 21 FEB 2011: Jika ada yang berpendapat bahawa irama nasyid sudah makin pudar, sila buang tanggapan itu jauh jauh kerana muzik nasyid sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang kuat di negara ini.

Bagaimanapun, konsep nasyid itu semakin diperluas dan tidak terhad kepada irama nasyid tradisional semata mata. Itu semua di lakukan kerana mahu lebih ramai anak muda untuk sama-sama menghayati muzik ini.

Justeru, atas dasar yakin dan percaya bahawa irama keislaman masih mendapat tempat di hati peminat tanpa mengira batas umur dan lapisan masyarakat, sebuah syarikat pergurusan acara, Out of This World Sdn Bhd meneruskan perjuangan yang mereka cetuskan tahun lalu iaitu menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2 yang akan dilangsungkan di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre selama 2 hari berturut-turut bermula 30 April 2011 ini, jam 8 malam.

Pengarah Operasi Out of This World Sdn. Bhd, Afizah Ismail berkata, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan Islamic Song Festival ini kerana mereka peka dengan perubahan cita rasa muzik di kalangan remaja, bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang lebih menggemari genre muzik terkini.

"Jika diperhatikan kebanyakkan remaja masa kini lebih terdedah dengan muzik yang lebih moden seperti R&B, Rap, World Music, Kontemporari dan Hip Hop yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada kurangnya minat remaja menyaksikan persembahan nasyid tradisional," katanya.

Menurut Afizah lagi, genre nasyid moden yang kini mengambil alih tempat dan semakin popular di kalangan remaja dari negara Islam yang lain juga menjadi faktor utama mengapa mereka begitu berminat untuk menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2.

Selain itu, penganjuran acara ini juga ada kaitan dengan imej Malaysia sendiri yang cukup dihormati oleh negara Islam yang lain.

"Contohnya, Malaysia di mata dunia dianggap sebuah model negara Islam yang menuju ke arah status negara maju namun pada masa masih diimbangi dengan element keislaman.

"Justeru dengan adanya acara seperti ini iaitu Islamic Song Festival, sedikit sebanyak menunjukkan Malaysia juga berusaha untuk menerapkan nilai keislaman yang bukan sahaja menerusi gaya hidup tetapi juga dari segi muzik mereka," katanya lagi.

Persembahan yang memakan masa selama empat jam setiap malam itu akan menampilkan aksi persembahan artis solo/kumpulan antarabangsa dan satu artis solo/kumpulan tempatan dan setiap dari mereka itu akan membuat persembahan masing-masing selama 30 minit.

"Selepas menghantar surat jemputan, kami merasa cukup bangga apabila undangan kami mendapat maklum balas daripada 40 artis solo/berkumpulan yang menunjukkan minat untuk menyertai acara ini.

"Bagaimanapun selepas di teliti dari segi genre muzik dan jadual acara, kami telah menetapkan untuk memilih 12 artis solo/berkumpulan antarabangsa dan 1 artis solo dan 1 artis kumpulan nasyid tempatan saja untuk diketengahkan dalam Islamic Song Festival ini.

"Setiap seorang dari mereka ini juga mewakili genre muzik masing-masing seperti Folk, Acapella, Hip Hop, Kontemporari, Tradisional, Progresif, Pop, R&B dan World Music," jelas Afizah lagi.

Malam pertama festival tersebut iaitu pada 30 April 2011 akan memperlihatkan persembahan daripada duta Nasyid Indonesia, Opick. Beliau akan disertai oleh Brothers (Malaysia), kumpulan nasyid Hip Hop/Rap The Brothahood dari Australia, Khaleel Mohamad (UK), Khalid Belrhouzi (Perancis) menampilkan Ziryab (Arab Saudi) dan Bennami (Brazil), Fez Meghani & Aftab Ali (AS) dan La Rappel (Perancis).

Tarikan utama pada malam kedua iaitu 1 Mei 2011 pula adalah Zain Bhikha dari Afrika Selatan.

Beliau yang bakatnya di asuh oleh lagenda nasyid dunia Yusof Islam, kini merupakan salah seorang artis nasyid yang cukup diminati di seluruh dunia. Bakal diiringi dua pemain perkusi dari Amerika Syarikat dan tiga vokalis latar, Zain Bhika akan mepersembahkan lagu-lagu yang diangkat daripada beberapa albumnya seperti 1415 The Beginning, Allah Knows, Mountains of Makkah, Faith, A Way of Life dan Our World.

Selain dari Zain, pada malam kedua festival tersebut juga akan menampilkan Kumpulan Debu daripada Indonesia yang memiliki 12 anggota dan berkebolehan memainkan alat-alat musik Timur dan Barat. Persembahan nasyid mereka beriramakan "World Musik" dan senikata lagu-lagu adalah dalam bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab. Keunikan kumpulan yang sekarang menetap di Indonesia ini adalah 10 daripada ahli kumpulan tersebut termasuk penyanyi utama/ketua kumpuln, Mustafa Daood adalah berkulit putih dan berasal dari Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal dari Malaysia iaitu Yasin, kumpulan Aashiq al-Rasul (UK), kumpulan Hip Hop dari Amerika Syarikat Native Deen dan kumpulan Noor (AS) turut melengkapi barisan artis pada malam tersebut.



Laporan asal : murai.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords