Penyanyi yang popular dengan lagu hits 'Baby', Justin Bieber, kini telah dinobatkan sebagai Penyanyi Remaja Termahal di Dunia pada tahun 2010 ini. Ini berikutan beliau memperolehi bayaran sekitar US$ 300 ribu setiap kali mengadakan konsert nyanyiannya.
Menurut laporan Contact Music, Isnin 4 Oktober 2010, pendapatan yang diperolehi oleh Bieber adalah dua kali lebih banyak berbanding penyanyi rap, Drake yang pada waktu ini sedang meletop namanya di arena music antarabangsa. Malah penyanyi yang berasal dari Kanada mempunyai pendapatan yang mengalahkan Selena Gomez dan Jordin Sparks.
Tahun 2010 ini sememangnya mungkin tahun yang bertuah buat Bieber. Penyanyi berusia 16 tahun itu juga telah mengesahkan yang dia telah mendapat anugerah 'double platinum' untuk albumnya 'My World 2.0'.
"'My World 2.0′ baru sahaja menerima double platinum!! Wow! Terima kasih banyak di atas sokongan anda semua," tulis Bieber melalui akaun Twitternya.
'My World 2.0′ telah dilancarkan oleh Bieber pada 19 Mac 2010 yang lalu. Album tersebut merupakan hasil kerjasama Bieber dengan Usher, Scooter Brau, Tricky Stewart & The-Dream dan Midi Mafia.
1 comments:
Jadi kaya-raya lah budak kecik ni nampaknya!
Boleh la bawak masuk bilik hotel - Miley Cirus, Selena Gomez atau si tua - Kim Kardashian.
Boleh dapat main free lah!
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)