Los Angeles: Ramai yang menimbulkan tanda tanya apabila pelakon jelita Jessica Alba sering kali menolak apabila diminta untuk beraksi di hadapan kamera. Bintang filem "Machete" itu sudah tidak mahu lagi mempamerkann tubuhnya di hadapan kamera sebaliknya hanya mahu diambil gambar sekiranya bukan dengan gaya yang seksi atau mempamerkan tubuh.
Semua itu sebenarnya gara-gara Jessica yang merasakan bahawa tubuhnya kini sudah tidak seksi lagi seperti dahulu. Jessica mengakui bahawa bentuk tubuhnya sudah tidak ideal semenjak dia bersalin. Pelakon yang memegang watak Pemeran Sue Storm di dalam 'Fantastic Four' itu melahirkan Honor Marie Warren, anak perempuannya, pada bulan Jun tahun 2008 yang lalu.
"Dada saya sudah kendur, punggung saya kini besar malahan saya kini memiliki selulit". Kata pelakon wanita berusia 29 tahun itu sambil menepuk-nepuk punggungnya.
Jessica yang pernah dinobatkan sebagai Perempuan Paling Hot oleh majalah Maxim pada tahun 2001 yang lalu, menunjukkan rasa kurang selesa apabila tampil tanpa busana di depan kamera meskipun sudah bersukan dan diet. Bahkan, dia selalu dilanda kecemasan setiap kali melakonkan adegan seksi.
"Banyak lagi artis-artis lain yang mempunyai badan jauh lebih indah berbanding saya" katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)