[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

7 Okt 2010

Ayah pin Kembali lagi!

Kongsi
pix_gal0
Pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit kembali aktif

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.
Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.

“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Semua agama di muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai sepanjang masa,” katanya.

Ayah Pin turut mendakwa dia tidak ditahan pihak berkuasa di Terengganu kerana tidak mengancam keselamatan negara.

Dia berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadapnya pada bila-bila masa kerana dia tinggal di kampung itu.

Selepas selesai majlis itu, semua pengikutnya mengangkat sembah tiga kali dan mencium tangan Ayah Pin sebelum beredar. Ada antara mereka menyampaikan sumbangan kewangan kepada Ayah Pin.

Difahamkan, sekurang-kurangnya empat rumah disewakan kepada pengikut ajaran terbabit yang datang dari jauh untuk bermalam di kawasan itu.

Pada 2005, pihak berkuasa memusnahkan perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin yang dipenuhi pelbagai monumen termasuk Bahtera Nabi Noh, Telaga Zam-Zam dan Kendi Gergasi.

Namun, ketika itu Ayah Pin dikatakan menghilangkan diri tetapi beberapa pengikutnya termasuk isterinya ditahan dan didakwa di mahkamah-Berita Harian.



5 comments:

donk berkata...

kita sendiri yang membesar besarkan orang tua kafir ni..sebutan pun konon ayah pin..masih ada serupa hormat..sebut dia kafir atau pun munafik..jabatan ugama buat apa lagi tunggu..jenis macam ni..gantung atau hukum pancung saja..dia dah murtad..layak di pancung..yang risau adalah pemimpin tak buat serious hal ini..ini akidah islam..dipermainkan..dan pengikut yang teramat bodoh pula banyak dari golongan professional..yang jadi pemimpin..bila bodoh dan bangang jadi pemimpin..ini lah jadinya..orang tua murtad ni hukumnya bunuh saja..

Tanpa Nama berkata...

betul2..haha..xlama lg dia mati lah tu..

Tanpa Nama berkata...

KALAU KAFIR LAKNAT KAFIR LA TU....WALAU PUN ASALNYA DI BERANAK OLEH MAK DIA DULU ISLAM TAPI SAH SAH DIA NI KAFIR CUMA NAMA SAJA ISLAM TAPI SELAM.....TUNGGU LAGI......

Tanpa Nama berkata...

Ayah Pin....orang gila nie, orang gila pun ada ramai pengikut yek, keskeskes kena hantar spital masuk wad psikiatrik je senang

Tanpa Nama berkata...

....Sama2 kita doakan agar Allah bagi dia hidayah sebelum dia tinggalkan dunia ni, tamankan harapan yg tinggi pd Allah...Di sana nanti Baginda SAW akan kecewa melihat umat dia tiada di syurga....Ini semua tidak mustahil blh trjadi pada sape2 pun....nauzubillah! Moga Allah selamatkn kita semua.....

"wahai Allah, kesianlah kami semua....berilah hidayah kpd kami semua & umat seluruh alam...hiduplah kami dgn islam, kekallah kami dgn islam, matikan kami dalam islam & bangkitlah kami bersama2 baginda SAW"

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords