Setelah kes cukai bernilai lebih kurang $ 35 ribu dolar yang menimpa Kelly, kini giliran Ozzy dan Sharon Osbourne pula mengalami nasib serupa.
Ozzy dan Sharon Osbourne dilaporkan berhutang lebih dari $ 1.7 juta atas cukai yang belum dibayar selama dua tahun sebelum nie. Data pejabat cukai menunjukkan bahawa rocker 62 tahun dan isterinya berusia 58 tahun tersebut belum membayar cukai bernilai $ 718,948.25 pada tahun 2008 dan $ 1,024,175.03 pada tahun 2009.
Masalah cukai yang menimpa keluarga Osbourne ni bukan kali pertama. Selain kes Kelly Osbourne yang baru terjadi beberapa bulan lalu, hal serupa juga pernah terjadi pada Sharon Osbourne yang dikabarkan berhutang senilai $ 23.000 di California pada tahun 2009.
Tidak jelas apa masalahnya yang menyebabkan keluarga ni sering terlibat dengan masalah hutang walaupun mereka ternyata memiliki aset berjuta-juta dollar.
1 comments:
gile ah hutang
Terkini : Jom Kenali Cendawan Beracun
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)