[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

13 Mac 2011

Quentin Tarantino saman jiran sebab burung.

Kongsi
13 Mac 2011


Kalau kita menonton filem-filem horor mengerikan arahan Quentin Tarantino, pasti sudah tak asing lagi trade mark dengan jeritan dan suara-suara menakutkan yang memekakkan telinga.

Tapi rupanya, Tarantino sendiri dilihat tak tahan dengan bunyi-bunyian keras, yang hanya berasal dari seekor burung kakaktua!. Bukan setakat tu, kerana hanya dengan 'jeritan' burung ni, Quentin telah menuntut ganti rugi dari si empunya burung yang juga adalah jirannya sendiri.

Jirannya tu kebetulan juga berkerja hampir dengan bidang yang diceburi Tarantino, iaitu seorang penulis srip bernama Alan Ball, yang juga menulis untuk TRUE BLOOD, SIX FEET UNDER, dan AMERICAN BEAUTY.

Tuntutan yang diajukan Quentin ni cukup serius dan sekarang tuntutan sudah berada di Pengadilan Tinggi Los Angeles untuk diproses. Dalam tuntutan ni, disebut bahawa burung milik Ball telah mengeluarkan 'jeritan memekakkan telinga selama 7 hingga 8 jam sehari.

"Hampir setiap hari, Mr Tarantino dan semua yang berada di rumahnya terganggu dengan jeritan memekakkan dan mengerikan dari burung kakaktua ini, yang tidak hanya mengejutkan, tapi juga benar-benar mengganggu kemampuan Mr Tarantino bekerja sebagai seorang penulis di rumah. Kesannya, burung ini telah mengganggu ketenangan dan kedamaian rumahnya," kenyataan tuntutan yang difailkan di pengadilan.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords