[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

2 Mac 2011

Mulan Jameela dapat anak : Maia ucap tahniah!.....

Kongsi
2 Mac 2011



2 MAC 2011: Sampai sekarang pun Murai Batu tak tahu sama ada betul atau tidak penyanyi Makhluk Tuhan Paling Sexy iaitu Mulan Jameela sudah melahirkan anak atau pun tidak, sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media di Indonesia.

Namun begitu, bekas rakan duo Mulan dalam kumpulan Ratu iaiti Maia Estianty yang juga bekas isteri kepada kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani khabarnya telah sempat memberikan ucapan tahniah pada Mulan sewaktu muncul dalam program infotainment Go Sport RCTI, pagi semalam.

Kata Maia, dia dapat tahu Mulan telah melahirkan anak perempuan. Jadi, dia pun nak ambil kesempatanlah untuk mengucapkan tahniah buat Mulan, walaupun Mulan sebelum ini telah merampas suaminya dan telah menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibinanya bersama Dhani sebelum ini.

Bukan setakat itu saja, Maia juga sejak kebelakangan ini asyik menyindir Dhani dan Mulan di dalam akaun peribadi twitternya. Kurang senang dengan apa yang disindirkan oleh bekas isterinya, Dhani pun nak membalas dalam twitter jugak.

"Kalau tidak ada Mulan...Maya tak mungkin dapat komen banyak-banyak di sini. Untung ada Mulan...," kata Dhani yang kini sekali lagi menjadi tumpuan pihak media apabila dikatakan telah mengasari wartawan penyiaran di sebuah stesen TV.

Apapun, Maia mengakui dia tidak hairan kalau Dhani idsebuit-sebuat sebagai lelaki yang bertanggungjawab di atas kehamilan Mulan. Sebab, anak-anak mereka iaitu Al, El dan Dul pernah memberitahu Maia bahawa Mulan sering menginap di rumah bapa mereka di Pondak Indah, Jakarta Selatan.

Bila ditanya di mana Mulan tidur, anak-anak beritahu Maia bahawa Mulan tidur di dalam bilik tidur Dhani. Ewwww......!!!!

Apapun, masih belum ada kesahihan bahawa Mulan telah melahirkan anak perempuan di Hospital Pondok Indah di Jakarta Selatan pada Sabtu lalu. Namun, sumber memberitahu bahawa Mulan memang ada di situ. Malah di ditempatkan di sebuah wad di tingkat 3.

Pun begitu, tiada siapa yang dibenarkan masuk di dalam wad tersebut. Lebih-lebih lagi pihak wartawan...




0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords