Melalui laman penjualan terbesar eBay.com, penyanyi Baby ni merelakan sepatu Nike warna ungu yang sudah ditandatanganinya di lelong dan dana itu akan disumbangkan kepada Startford Northwestern Secondary School di Ontario, Kanada iaitu tempat Justin bersekolah sebelum terkenal seperti sekarang.
Tentu saja, peminat Justin terus menyerbu. Walaupun baru sebelah kanan yang dilelong sejak Selasa (1/3) lalu, sampai saat ni jumlahnya sudah mencapai US$2.325. Sementara itu, kasut yang sebelah kirinya pula masih belum ditentukan tarikh lelongannya.
Semua wang yang terkumpul dirancang untuk membangunkan studio broadcasting dan komunikasi di sekolah tersebut.
Lelongan kasut ini dijangka akan mencapai harga maksima tak lama lagi. Sebelum ni rambut milik Justin telah terjual US$40.668, kostum aneh yang pernah dipakainya ketika membintangi sebuah iklan pula telah dijual dengan harga US$5.800.
Laporan asal : kapanlagi.com







0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)