[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

2 Mac 2011

Isu Dira : Penerbit terima komen negatif orang ramai.....

Kongsi
2 Mac 2011


KUALA LUMPUR, 1 MAC 2011: Suka atau pun tidak, pelakon Dira dan Zizan telah pun digandingkan sebagai pengacara baru Melodi menggantikan tempat Fara Fauzana dan Wahid yang telah sekian lama mengendalikan program hiburan berbentuk infotainment tersebut.

Malah, kemampuan Zizan dan Dira juga akan diuji sepenuhnya apabila mereka bakal memulakan tugasan baru mereka secara rasmi apabila penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland pada 3 April depan nanti.

Hal ini telah diakui penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar yang tidak mahu lagi menyorok tentang perancangan mereka untuk bekerjasama dengan kedua-dua artis popular tersebut.

Dalam waktu yang sama, Azman turut menerima pandangan segelintir masyarakat dengan positif bahawa Dira tidak sesuai menjadi hos Melodi.

"Sebagai penerbit, saya terima apa jua tanggapan orang terhadap Dira yang dikatakan kurang sesuai bergandingan dengan Zizan sebagai hos. Begitu jua denagn komen yang mendakwa pemilihan Dira langsung tak sesuai dalam usaha kami menggantikan tempat Fara yang selama ini diakui mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat penonton di luar sana.

"Serasi atau pun tak sesuai, itu semua komen penonton. Kalau melihat personaliti yang ada pada Dira, memanglah dia tidak mencerminkan sebagai seorang yang kepoh dan banyak bercakap. Namun, team produksi juga sudah bersiap sedia untuk memodulkan Dira sama seperti hos Melodi sebelum ini. Melodi pun akan berwajah baru dengan rentak yang berlainan.

"Apapun, kalau boleh untuk wajah baru Melodi ini, saya mahu tone down cara hos mengendalikan program ini supaya ianya tidaklah nampak terlalu laser. Jadi, itulah antara sebabnya, mengapa Dira dipilih untuk bernagndingan bersama Zizan. Paling penting, ini rezeki buat Dira dan Zizan," katanya kepada murai.com.my.

Sungguhpun begitu, bekas penerbit program Cari Menantu di TV9 ini menegaskan perancangan untuk mencari pengacara baru Melodi sudah pun lama dicadangkan.

"Sebenarnya, cadangan untuk mencari hos baru Melodi sudah pun lama dirancang. Kalau melihat kepada prestasi Fara dan Wahid, mereka adalah artis yang paling lama menjadi pengacara jika dibandingkan dengan Kak Ogy, Aznil dan Raja Azura (Kak Engku).

"Tempat Fara dan Wahid digantikan oleh Zizan dan Dira bukanlah disebabkan Fara dan Wahid tidak bagus. Mengikut rekod Melodi, pengacara sebelum ini pun sangat bagus seperti Ogy dan Raja Azura.

"Namun, dalam waktu yang sama, kami tetap mahu memberi peluang kepada wajah baru untuk menyandang tugasan sebagai hos. Apa yang pasti, tindakan menukar pengacara ini secara tak langsung adalah untuk mencari pelapis baru dalam bidang pengacaraan. Kebetulan pula, rezeki kali ini memihak kepada Zizan dan Dira," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman mengakui selain Zizan dan Dira ada ramai lagi artis yang telah dicalonkan sebagai hos baru Melodi.

"Sebenarnya, kami telah membuat satu uji bakat secara tertutup dengan memanggil beberapa artis untuk ke sesi uji bakat. Namun, mereka semua bukanlah dipanggil khusus untuk program Melodi saja.

"Antara nama yang dipanggil untuk ke uji bakat adalah Cat Farish, Ikhwan, AG dan ramai lagi. Sama seperti selebriti yang lain, Dira pun dipanggil bukanlah khusus untuk program Melodi saja.

"Ada artis yang hadir mempunyai bakat yang cukup bagus. Malah, ada yang pernah mengacarakan program yang cukup popular di Malaysia. Namun, ini rezeki Dira dan inilah masa untuk menaikkan nama Dira seperti mana apa yang telah kami lakukan pada Fara Fauzana yang sebelum ini hanyalah bertindak sebagai seorang penyampai radio saja," jelasnya.

Meneruskan penjelasan, Azman turut menafikan dakwaan bahawa proses penggantian itu dibuat disebabkan kerana bayaran atau pun masalah dalaman.

"Selama ini pun, kami tak ada apa-apa masalah pun dengan Fara dan Wahid. Mereka selalunya memberikan lebih dari apa yang kami mahu. Tiada istilah demand atau pun diva Kontrak yang kami berikan sama saja untuk Dira dan Zizan.

"Bayaran pula tak bolehlah saya beritahu kerana tak mahu wujudbnya sebarang perbandingan nanti. Namun, saya yakin Zizan dan Dira boleh memberikan sesuatu yang terbaik," katanya yang tidak sabar menanti untuk memulakan kerjasama dengan dua selebriti ini.

Biarpun, Zizan dan Dira masih belum menandatangani kontrak sebagai hos, namun Azman memberitahu, pihaknya memang tidak terfikir untuk memilih atau mengambil calon yang lain.

"Memang mereka masih belum tandatangan sebarang kontrak dengan kami. Jadi, dalam tempoh sebulan ini, kami harap tiada masalah berlaku pada kontrak yang disediakan. Kalau betul berlaku, mungkin juga akan memanggil semula pengacara Melodi sebelum ini.

"Untuk menaikkan wartawan melodi yang sudah dikenali sebagai hos seperti Michelle Wee Li Li dan Saiful Azmi Jamsari, kami merasakan belum tiba masanya lagi. Kelebihan yang ada pada artis tidak sama seperti wartawan. Kalau mereka mahu dipilih sebagai hos, mereka perlu melangkah satu tahap lagi. Untuk program lain, mungkin mereka sesuai tapi tidak untuk Melodi," katanya mengakhiri perbualan.



0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords