[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

1 Mac 2011

Cerita Yuna di New York!.....

Kongsi
1 Mac 2011


KUALA LUMPUR, 1 MAC 2011: Selepas United Kingdom, penjelajahan Yuna berterusan ke New York, dalam satu usaha meluaskan lagi sayap penyanyi berpotensi besar itu di peringkat antarabangsa.

Bukan sekadar lawatan biasa, Yuna bersama-sama jurukamera profesional telah berpeluang merakamkan detik pahit manis sepanjang penjelajahannya itu bagi menjayakan program dokumentari realiti Astro Hitz Yuna Inspired yang akan ditayangkan bermula 27 Februari 2011 ini menerusi saluran Astro Hitz (saluran 705).

Ikuti catatan pengarah rancangan berkenaan, Jojo Struys menceritakan serba sedikit rakaman pengalamannya sepanjang bersama Yuna di kota metropolis itu.

Catatan Jojo Struys (Pengarah Rancangan)

Sangat seronok bila melihat Yuna di dalam salah sebuah kedai gitar terbesar di New York. Situasi ini mengingatkan saya bagaikan seorang kanak-kanak di dalam sebuah kedai gula-gula.


Saya tidak pandai bermain alat muzik. Tapi saya sangat teruja bila dapat melihat lambakan gitar tergantung di atas bumbung kedai terbabit.

Saya sempat berkata kepada Yuna yang dia kelihatan terlalu khayal bila melihat gitar-gitar tersebut sekali gus memberi tahu saya, memiliki sebuah gitar adalah sesuatu yang terlalu peribadi.

Sebenarnya, terdapat banyak faktor untuk seseorang itu membeli gitar kegemaran dan Yuna meghabiskan masa selama 2 jam sehinggalah dia bertemu dengan pilihan gitar yang tepat.

Di New York, Yuna mempunyai seorang kawan bernama Steph. Dia membesar di Bronx dan kami telah diundang untuk menikmati juadah makan malam di salah sebuah restoran Itali berhampiran dengan kawasan berkenaan.

Untuk ke sana, kami terpaksa mengambil 2 tren dan keretapi bawah tanah. Sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang sedap didengar ketika berada di New York. Malah, kami diberi tahu supaya lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Saya agak curiga dengan kawasan yang akan kami pergi. Terdapat ramai kelompok manusia yang sangat bising ketika kami melalui kawasan berkenaan. Situasi yang sama seperti yang pernah saya lihat di dalam filem.

Lebih membimbangkan lagi kerana kami datang bersama-sama jurukamera profesional Canon yang telah membuatkan kami nampak seperti pelancong dan saya tak pasti dengan keselamatan kami di sana.

Nasib baik Steph turut berjalan bersama kami ke restoran Itali tersebut dan sempat menerangkan bahawa Bronx adalah tempat di mana lahirnya muzik hip hop. Oleh kerana itu, dia mahu Yuna melihat sendiri suasana dan keadaan di situ.

Malam kami diakhiri dengan pelbagai perbualan yang menarik dan juga makanan yang lazat. Ternyata ianya merupakan memori yang terindah buat kami semua di Bronx.

Saya seakan sudah biasa dengan cuaca sejuk dan menyarungkan sekurang-kurangnya empat lapis baju untuk memanaskan badan. Sungguh menyedihkan apabila kami terpaksa meninggalkan bandar ini esok hari.

Memang seronok apabila dapat keluar dari dunia kebiasaan. Anda dapat melihat perbezaan budaya yang besar di luar sana. Sayang sekali kerana saya tidak berpeluang melihat persembahan Yuna di New York kerana terpaksa pulang awal.

Dia akan membuat persembahan di salah sebuah tempat popular iaitu Mercury Lounge yang juga tempat di mana Zee Avi pernah membuat persembahan.

Malah, Zee Avi telah menghubungi Yuna dari Florida, memberitahu yang dia akan terbang ke New York untuk melihat dan menyokong persembahan Yuna di sana nanti. Agak teruja apabila ada juga rakyat Malaysia yang berjaya di sana yang sudi menyokong Yuna.

Pengurus Yuna sudahpun berada di Los Angeles dan dia sudahpun menyiapkan beberapa agenda dan janji temu penting supaya Yuna dapat bertemu Fader Music iaitu label yang menandatangi kontrak Yuna di sana.

Yuna juga telah berkesempatan bertemu jurukamera Malaysia yang tinggal di sana iaitu Nadirah. Kami berpeluang melihat pameran fotografinya ketika di sana. Terdapat beberapa gambar yang menarik perhatian kami antaranya foto 6 orang kanak-kanak.

Nadirah mengakhiri pertemua kami dengan memperkenalkan penyanyi Malaysia yang tinggal di New York iaitu Shayna Zaid. Terasa seronok pula bila dapat bertemu bangsa sendiri ketika di sana.

Yuna dipertemukan dengan beberapa agensi terkenal yang mewakili ramai bintang Hollywood terkenal termasuk MTV New York dan juga perjumpaan bersama Russell Simmons iaitu suami kepada Kimora Lee Simmons.

Dia telah membuat persembahan di pejabat Russell. Dia sangat dikenali sebagai orang penting dalam industri muzik hip hop dan yang paling mengejutkan dia telah melayangkan Twitter berkenaan Yuna, mengatakan dia suka dengan muzik yang dibawakan Yuna dann berharap lebih ramai peminat akan mengikutinya.




Laporan asal : murai.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords