[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

22 Feb 2011

Sheila Majid dalam kelasnya tersendiri

Kongsi
22 Feb 2011


Penghibur lagenda tempatan, Dato Sheila Majid tampil sukses dengan konsert solo, Sheila Majid 25 Years yang diadakan di Plenary Hall, Jakarta Covention Center pada 15 Februari 2011 lalu.

Konsert yang diadakan sempena meraikan penglibatannya selama 25 tahun dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa ini menampilkan lagu-lagu hitsnya seperti Cinta Jangan Kau Pergi, Warna, Dia, Antara Anyir dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Emosi, Memori, Manusia, Engkau Laksana Bulan termasuklah Sinaran dan Lagenda sebagai encore.

Dalam tempoh beraksi selama 2 jam dengan iringan barisan pemuzik profesional dari Malaysia yang diketuai oleh suaminya, Acis, Sheila bukan saja telah berjaya membawakan lagu-lagunya yang bercitarasa mewah dengan gaya dan persembahan vokal yang menawan tetapi dia bijak berkomunikasi dengan audiens dan berjaya menghidupkan suasana dengan penuh intim menerusi humornya yang bersahaja.

Menariknya, Sheila turut memberi penghormatan pada idolanya, Vina Panduwinata menerusi lagu Dia. Malah, dia juga tidak lupa menyebut nama komposer Oddie Agam sewaktu membawakan lagu Aku Cinta Padamu dan Antara Anyer dan Jakarta. Kedua-dua lagu itu adalah hasil ciptaan Odie.

Seperti yang dijangka, kebanyakan penggemar Sheila dapat membawakan kesemua lagu nyanyiannya dengan baik bermula dari awal hingga akhir persembahan.



Laporan asal : murai.com

1 comments:

suffer8zine on 22 Februari 2011 pada 4:14 PTG berkata...

die mmg otai

Terkini : 10 Jambatan Terpanjang Di Dunia

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords