[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

18 Feb 2011

Sabrina Ali kahwin tahun ni???

Kongsi
Semakin hari semakin pening lah kepala Sabrina Ali nie sejak gambar dia dengan 'balaks' dia tersebar meluas di internet. Semua ni gara-gara dia merelakan gambarnya diambil bersama balaksnya tu time tayangan filem Khurafat. Sejak itulah kehidupan peribadi Sabrina mula jadi tak tenteram. Ada saja yang tak henti-henti nak mengorek ceritanya dengan kekasih barunya iaitu Amin ,28. Apabila setiap masa sering di asak pelbagai soalan, ni membuatkan dia jelak dan tak dapat fokus pada kerjaya dan kebebasan dirinya. Mungkin Sabrina tak fikir time dia seronok bergambar dia terlupa bahawa apa yang dilakukannya tu akan mendatangkan mudarat kepadanya belakang hari. Macam tak biasa dengan dunia artis pulak akak sorang nie...

Laaa ni, katanya Sabrina dah betul-betul fobia nak bergambar dan mendedahkan lagi buah hatinya tur. Baginya tak pasal-pasal si Amin nie turut tergangu privasinya. Menurutnya lagi dia nie seorang yang low profile dan tak berapa suka menceritakan hal-hal peribadi. Apa yang penting Sabrina memang mengaku menjalinkan hubungan cinta bersama Amin nie. Dia jugak turut mengakui sudah ada perancangan untuk menamatkan zaman jandanya tahun ni dan bersedia untuk berumah tangga. Tapi tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Kini Sabrina meminta pihak media memberikan kerja sama kepadanya kerana dia punya alasan sendiri mengapa mengelak dari bergambar dengan kekasihnya itu ataupun berkongsi cerita tentang kekasihnya tu. Ini bermaksud bukanlah dia takut atau cuba melarikan diri. Disamping tu mereka cuba mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. Dia kata harap sangat pihak media menghormati permintaan dia nie...




0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords