Lukisan Mona Lisa diperiksa dengan teknologi sinar X
Mona Lisa karya Leonardo da Vinci selama ini dipercayai sebagai Lisa Gherardini, isteri saudagar sutera dari Florentine. Kepercayaan selama bertahun-tahun tersebut disangkal oleh Silvano Vinceti, sejarahwan Italia.
Vincenti menyatakan bahawa Mona Lisa adalah seorang laki-laki. Gambar itu di inspirasi dari Gian Giacomo Caprotti, iaitu pekerja kepada Leonardo sejak kecil dan menjadi orang kepercayaannya.
Dia percaya itu Caprotti kerana beberapa lukisan Leonardo juga menggambarkan Caprotti, iaitu lukisan St John the Baptist dan lukisan "Angel Incarnate".
Vinceti melihat beberapa persamaan antara tiga lukisan karya Leonardo itu. Menurutnya bentuk mulut dan hidungnya hampir serupa.
Caprotti dikatakan bekerja dengan Leonardo sekitar tahun 1490, usianya 10 tahun. Dia kemudian menjadi pembantu Leonardo selama 20 tahun.
Namun beberapa sejarahwan tak bersetuju dengan Vincenti dan menyatakan cerita itu tidak berasas.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)