Kumpulan heavy metal, Iron Maiden memberi nafas baru kepada pecinta muzik rock Indonesia. Konsert diadakan di Pantai Karnaval Ancol, Jakarta, Kamis (17/2/2011) semalam. Indonesia merupakan salah sebuah negara yang dipilih dalam rangka tour dunia Iron Maiden yang bertajuk 'The Final Frontier World Tour' Asian-Australian 2011. Iron Maiden kini dah pun berusia 35 tahun. Dah tua-tua pun power lagi dia orang nih.
4000 orang ahli 'Trooper Indonesia' telah hadir iaitu sebuah kelab penyokong mereka di sana. Jumlah keseluruhan yang hadir melebihi 20,000 orang.
Konsert bermula sekitar 9.30 malam waktu tempatan. Iron Maiden membuka konsert mereka dengan lagu 'The Final Frontier'. Vokalis Iron Maiden, Bruce Dickinson keluar dengan baju hitam tanpa lengan dan berseluar askar disamping mengenakan ikatan di kepala.
Dalam persembahan mereka sempat menceritakan perjalanan mereka mengelilingi dunia menggunakan pesawat sendiri khasnya ke Asia dan Australia untuk memperkenalkan album baru mereka. Semua penonton pun riuh mengikuti lirik demi lirik lagu yang mereka mainkan. Ditambah pulak dengan layar besar yang berukuran sekitar 30 x 10 meter.
Iron Maiden menghiburkan peminat Indonesia dengan lebih dari 20 lagu hitsnya. Salah satu lagu yang diikuti oleh ramai penonton adalah lagu 'Fear of the Dark'.
Di akhir persembahan Bruce memperkenalkan satu persatu ahli kumpulannya bermula dari Steve Harris, Bruce Dickinson, Dave Murray, Adrian Smith, Janick Gers dan Nicko McBrainke. Selesai saja lagu terakhirnya, Bruce melemparkan pengikat kepalanya kepada penonton. Pertunjukan berakhir sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan.

3 comments:
mmg mantap la
Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang
bkn 4000 lah,20000 adalah,singapore punya venue pun blh 12000 org
perghhhh!!!
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)