[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

23 Feb 2011

Imam Muda musim ke-2 : Sambutan hangat!...

Kongsi
23 Feb 2011




Membuka peluang kepada golongan muda yang mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, Astro mengalu-alukan penyertaan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Mesir untuk menyertai rancangan Imam Muda musim kedua. Menyahut cabaran itu, sesi temu duga selama dua hari di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang hujung minggu lalu menyaksikan sambutan yang baik daripada kumpulan pelajar ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, “Imam Muda amat berbesar hati dan menyambut baik kehadiran kumpulan pelajar dari Mesir yang pulang ke tanahair untuk turut serta dalam program ini. Selain mampu merancakkan persaingan dalam Imam Muda musim kedua, Astro Oasis berupaya untuk memanfaatkan masa cuti para pelajar ini sementara berada di Malaysia. Biarpun mereka terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara, kami menjanjikan suatu pengalaman yang terbaik akan dilalui oleh mereka seandainya terpilih sebagai peserta.

Kami berasa teruja dengan sambutan yang ditunjukkan bukan hanya daripada peserta malah seluruh ahli keluarga dan masyarakat setempat. Selain peserta dan ahli keluarga serta sahabat handai yang menemani mereka, kami turut terharu dengan sokongan penduduk Kuantan dan jemaah Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang telah datang untuk melihat dengan lebih dekat sesi temu duga Imam Muda yang dijalankan. Secara tidak langsung sesi temu duga ini menjadi wadah menuntut ilmu melalui komen yang diberikan oleh para juri terhadap para peserta.”

“Kualiti yang ditunjukkan oleh para peserta yang menghadiri sesi temu duga ternyata semakin meningkat berbanding tahun lalu. Ramai peserta yang berpotensi telah dikenalpasti bermula di Johor Bahru, Kelantan, Kedah dan terbaru di Kuantan dan ini meningkatkan lagi semangat kami untuk meneruskan pencarian di Kota Kinabalu sebelum ke lokasi terakhir di Kuala Lumpur. Kami turut menjangkakan lebih ramai anak muda yang bersemangat untuk turut serta dan mengambil peluang menyertai porgram yang diwujudkan kepada mereka ini. Sememangnya, golongan anak muda ini memang berani menyahut cabaran yang dilontarkan kepada mereka,” ujar Izelan

Menceritakan pengalaman menghadiri sesi temu duga Imam Muda musim kedua, Tuan Muhammad Akmalhakim Tuan Mazri, pelajar jurusan perubatan daripada Universiti Ain Shams 21 berkata, “Saya telah mengikuti program Imam Muda sejak musim pertama lagi menerusi laman sosial Facebook. Apabila saya terpaksa pulang dan menangguhkan pengajian disebabkan pergolakkan yang berlaku di Mesir, saya berasa terpanggil untuk memasuki program Imam Muda yang merupakan sebuah program berilmu yang bagus untuk disertai. Saya mencuba nasib di samping untuk menimba ilmu”.

Bagi mewujudkan perubahan untuk musim ini, pihak Astro membuka peluang kepada Muslimin dari seluruh dunia untuk datang ke ujibakat Imam Muda untuk musim yang kedua. Bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu, calon antarabangsa yang berminat mestilah berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat utama menyertai program Imam Muda musim kedua ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, dijemput hadir ke sesi temu duga seterusnya yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang di dua lokasi ujibakat iaitu pada 25 hingga 26 Februari ini di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah dan pada 5 hingga 6 Mac ini di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

uji bakat


Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih daripada satu bahasa di samping berusia di antara 18 – 27 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

Siri pencarian IMAM MUDA musim kedua ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 25 April 2011. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.



Laporan asal : manggaonline.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords