Khabarnya sekarang Christian Gonzales nie dah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pulak. Dengarnya dia akan berlakon dalam sinetron 'Islam KTP' melalui produksi Multivison. Namun Gonzales tidak ingin kegiatan lakonan mengganggu profesyennya dalam bola sepak.
Menurut juru cakap dari Humas Multivision, sungguh sukar bagi pihak produksi mencari masa yang sesuai untuk membawa Gonzales ke lokasi penggambaran kerana dia terlalu sibuk dengan latihan pasukan.
Gonzales akan memegang watak Cameo dan berlakon dalam 2 episod saja. Penyerang kelahiran Uruguay nie telah menyelesaikan shooting nya pada Sabtu (19/2/2011) kemarin.
Menurut sumber, Gonzales sangat bersemangat untuk belajar akting. Namun dia menegaskan kegiatannya dalam lakonan hanya untuk mengisi waktu lapang.
Gonzales juga berkata jika ada tawaran lagi, dia akan menerimanya. Itupun kalau ada waktu terluang.
Laporan asal : detikhot.com
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)