[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

12 Apr 2011

Eva Longoria nak anak tapi takut lelaki.

Kongsi 0 comments
12 April 2011


Selepas selesai proses perceraiannya dengan bekas suami, Tony Parker, kini Eva Longoria mengaku telah menemui jalan untuk menyembuhkan luka hatinya tu.

Dia juga mengatakan telah bersiap-sedia untuk membina rumah tangga baru suatu hari nanti.

Bintang DESPERATE HOUSEWIVES tu juga menyatakan bahawa motivasinya untuk membina keluarga baru adalah kerana dia ingin menjadi seorang ibu. Memiliki anak-anak adalah cita-citanya yang belum tercapai sejak menjalani rumah tangga dengan bekas suaminya.

"Saya ingin punya anak dan menjadi seorang ibu," kata Eva.

"Saya sudah bertemu dengan diri saya lagi. Kini saya merasa bahawa orang lain bukan lagi sesuatu yang menentang, tapi menyenangkan," lanjut aktres 36 tahun tersebut.

Namun demikian, Eva mengaku bahawa kini dirinya masih kekok bila berhadapan dengan lelaki. Dia juga mengaku bahawa dia sudah takut dengan lelaki.

"Saya tidak begitu mudah didekati. Saya sering gugup. Mungkin ini aneh. Tapi memang inilah yang terjadi," tutup Eva.


Read more >>

Hard Rock berhutang dengan Paris Hilton.

Kongsi 0 comments
12 April 2011


Paris Hilton kini kembali bermasalah dengan undang-undang.

Namun kali ni Paris tak lagi dipihak yang bersalah. Malah Paris kini membuat aduan bahawa Hard Rock yang patut dipersalahkan kerana 'berhutang' padanya.

Gadis pewaris takhta Hilton ni menyatakan bahawa Hard Rock Hotel and Casino di Las Vegas tidak membayar $200.000 atas dua penampilannya dalam acara promosi. Hal ni dinyatakan dalam tuntutan yang diajukan oleh Paul Joseph Shapiro, peguam Paris, kepada Clark County Districk Court di Las Vegas.

Peguamnya tu menyatakan bahawa Hard Rock harus membayar hutang mereka sebanyak $200.000 pada Paris. Tuntutan ni juga menyebutkan bahawa Paris Hilton Entertainment dan Hard Rock telah menandatangani kontrak persetujuan untuk 3 kali kemunculan Paris yang masing-masing bernilai $100.000. Namun setelah Paris hadir pada ketiga-tiga acara promosi tu, dia hanya dibayar $100.000 sahaja.

"Paris Hilton Entertainment mengajukan tuntutan pada Hard Rock agar membayar baki yang belum dibayarnya," ayat dalam tuntutan Paris.


Read more >>

11 Apr 2011

Uma Thurman tunjuk tatu baru.

Kongsi 0 comments
11 April 2011


Uma Thurman baru-baru ni telah memiliki tatu baru.

Dalam rancangan LATE NIGHT WITH JIMMY FALLON, bintang ni dilihat berjalan ke dalam show tersebut dengan berbalut kain putih di lengan atasnya.

Dia kemudian membukanya diatas permintaan ramai dan menunjukkan lukisan berwarna hitam dan merah dengan ukiran nama Jimmy. Namun dari warna yang terlihat tampaknya gambar tu hanya palsu.

"Apakah kamu terluka?" tanya Jimmy Fallon kepada bintang KILL BILL tersebut setelah Uma Thurman duduk.

"Yah, tatu ini buat kamu. Kamu mungkin mau melihatnya," di bawah nama tersebut nampak ada sebuah hati yang membara.

Uma Thurman pun kembali menggoda pengacara tersebut. "Aku tak tau bagaimana caranya untuk menarik perhatianmu di lain waktu," ucapnya dalam gurauan.


Read more >>

Rosie Huntington-Whiteley tak sabar berlakon dalam TRANSFORMERS 4.

Kongsi 0 comments
11 April 2011


Walaupun TRANSFORMERS 3 hanya masih dalam pembikinan dan belum ada khabar tepat tentang tayangan sekuel tu, namun heroinnya Rosie Huntington-Whiteley kabarnya sudah mengumumkan ingin mendapatkan watak tu lagi dalam filem selanjutnya.

Mungkin dia sudah ketagih berlakon agaknya.

Watak utama wanita dalam filem fantasi ni adalah penampilan pertama yang dilakonkan Rosie di dunia perfileman Hollywood.

Rosie yang juga kekasih aktor Jason Statham tu mengadu wataknya sesuai dengan Shia LaBeouf, yang sudah bergabung sejak filem pertama.

"Aku berasa sangat senang jika dipilih lagi untuk . Dalam diam-diam semuanya mereka juga berfikir begitu," kata wanita yang juga berkerjaya sebagai model ni.

Rosie yang 'mengambil' watak dari Megan Fox ternyata cukup serius melakonkan wataknya. Bahkan dia rela melakukan 'riset' atas wataknya dan cerita keseluruhan TRANSFORMERS. "Aku tahu bahawa karakter Carly adalah karakter yang akhirnya dinikahi Sam dan aku sangat, sangat tak sabar melihatnya," tutup gadis bertubuh cantik ni.


Read more >>

10 Apr 2011

Fergie dan Gloria Estefan calon utama juri X-Factor.

Kongsi 0 comments
10 April 2011


Dengan keeksklusifan X FACTOR yang diadakan dalam versi AS, para juri pun kini menjadi misteri kepada para peminatnya.

Simon Cowell selaku pengelola akhirnya menyebutkan dua nama besar sebagai calon juri baru, iaitu Stacy Ferguson atau Fergie dan Gloria Estefan.

Kedua nama ni menjadi bahan bualan setelah Simon mengakui Fergie adalah calon terkuat untuk memilih para peserta berbakat sebagai pemenang.

Sementara penyanyi Latin, Gloria Estefan juga sentiasa menjadi liputan sejak kemunculan mengejutkannya dalam audisyen terbuka di Miami. Gloria menghabiskan masa berjam-jam menjadi mentor bagi beberapa penyanyi baru.

Pada Khamis 7 April lalu, Cowell menyatakan bahawa dia dan kumpulannya belum membuat keputusan lagi. "Yang boleh diberi tahu kepada semua adalah bahawa nama Fergie diutamakan. Namun kerana ramai orang yang terlibat, kami harus memeriksa apakah mereka boleh melakukannya atau tidak. Ini bukan pekerjaan 2-3 hari atau seminggu," kata Cowell.

Cowell juga menambah bahawa masih ada perdebatan mengenai calon juri baru yang harus dipilih sebelum menunjuk salah satu dari para calon sama ada Fergie atau Gloria.


Read more >>

Anne Hathway Bangga Walaupun Dikritik.

Kongsi 0 comments
10 April 2011


Anne Hathaway mengakui tentang penampilannya sebagai pengacara majlis di acara Oscar nanti.

Mungkin dia sudah lali dengan komen mengenai penampilannya yang di cop sebagai penampilan terburuk.

Namun pengacara berumur 28 tahun tu tetap mempertahankan dirinya dari cop buruk yang menimpanya tu dengan memberi tahu beberapa orang menyukai penampilannya dengan James Franco.

“Ada kritik yang tidak patut dan kemudian ada orang yang datang kepadaku dan mengatakan ‘Aku fikir itu mengagumkan. Aku melihat itu dengan keluargaku dan kami menyukainya’. Aku sangat berterima kasih untuk orang-orang seperti itu,” kata Anne kepada THE TODAY SHOW.

Aktres GET REAL tu sangat berbangga mengenai penampilannya di Oscar nanti. Dia juga ingin menceritakan pengalamannya tu kepada cucu-cucunya nanti. Pengisi suara Jewel di filem RIO tu lebih berbangga lagi kerana dia juga adalah pengacara Academy Awards termuda yang pernah direkodkan.


Read more >>

9 Apr 2011

Natalie Portman Masih Percaya Perkara Karut.

Kongsi 0 comments
9 April 2011


Ternyata kepercayaan karut-marut dan tahayul ada di mana-mana saja tak kira bangsa dan kaum.

Termasuk dalam negara yang maju juga ada lagi golongan yang masih lagi percaya dengan perkara-perkara tahayul. Bahkan ada artis Hollywood yang percaya mengenai hal mistik seperti tu contohnya Natalie Portman.

Natalie Portman adalah salah seorang yang masih lagi mempercayai dengan hal-hal tahayul ni. Buktinya dia tidak akan membeli barang-barang yang berkaitan dengan bayi sebelum bayinya lahir di dunia. Kepercayaannya tu adalah berasal dari kebudayaan Yahudi kerana Natalie memang berasal dari keluarga Yahudi.

Bintang filem BLACK SWAN tu kini sedang mengandung anak Benjamin Millepied. Walaupun kehamilannya tidak mengalami apa-apa masalah namun mereka tetap memutuskan untuk menunggu anaknya lahir terlebih dahulu sebelum membelikan barang-barang untuk bayinya tu. Ni memang satu kepercayaan kuat Natalie.

“Saat ini punggungku terasa kurang selesa jika duduk terlalu lama. Namun semuanya sangat baik,” kata pemenang Oscar berumur 29 tahun tu.


Read more >>

8 Apr 2011

Bakal isteri Putera William kantoi hisap rokok lagi.

Kongsi 0 comments
8 April 2011



Menjelang hari pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton dilihat mengalami tekanan yang cukup berat.

Kerana tekanan nie, Kate pun dilihat mulai merokok lagi.

Seperti dilapor Showbiz Spy semalam, sumber dalaman kerajaan mengatakan yang Kate sangat tertekan waktu ni. Dalam diam-diam, gadis lulusan University of St Andrews tu merokok lagi.

"Hari pernikahannya semakin dekat, ia merokok lagi, lagi dan lagi," kata sumber.

Namun, Kate tidak akan merokok di depan William. Perempuan berusia 29 tahun tu tahu yang William sangat marah bila melihatnya merokok.

"Pernikahan mereka adalah yang terbesar abad ini. Sepertinya tidak akan ada anak muda yang sanggup menghadapi tekanan sepertinya," jelas sumber tersebut.

"Hanya Puteri Diana yang mengetahui tekanan yang dihadapi Kate saat ini," tutup sumber.

Mengikut perancangan pernikahan William dan Kate akan diadakan pada 29 April ni di Gereja Westminster Abbey, London.


Read more >>

Lindsay Lohan jadi anak gangster!

Kongsi 0 comments
8 April 2011


Gagal menjadi ikon pornografi tapi Linda Lovelace atau Lindsay Lohan dilihat tetap tidak sepi dari populariti.

Buktinya masih ada yang berminat untuk menggambil aktres yang sering bermasalah ni berlakon. Kabarnya Lindsay Lohan baru-baru ni sudah di peringkat akhir perbincangan untuk melakonkan watak Victoria iaitu anak perempuan kepada John Gotti si mafia terkenal.

Rancangan untuk membuat filem tentang John Gotti memang sudah lama dan kini pihak studio sedang sibuk mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak dalam filem ni.

Walaupun belum dipastikan lagi statusnya namun seperti pasti Lindsay Lohan bakal mendapat watak Victoria ni. Jika khabar ni benar, maka ini adalah kontrak pertama yang ditandatangani Lindsay Lohan setelah dia 'lulus' dari rawatan pemulihannya.

Dalam berita yang sama juga disebutkan yang Lindsay Lohan bukanlah satu-satunya bintang yang berusaha mendapatkan watak dalam filem ni. John Travolta juga sedang dalam peringkat perbincangan untuk memegang karakter utama dalam filem ni selaku John Gotti. Filem ni dikatakan sudah siap untuk produksi lantaran dana sekitar US$75 juta sudah diluluskan untuk perbelanjaan produksi filem ni.


Read more >>

Miley Cyrus gian 'cup cake'.

Kongsi 1 comments
8 April 2011



Penyanyi dan aktres Miley Cyrus dilihat sungguh bersemangat menikmati jamuan yang dihidangkan di belakang pentas Nickelodeon Kids’ Choice Awards pada hari Sabtu (02/04/2011) lalu.

Selidik punya selidik, rupanya Miley Cyrus telah dihidangkan makanan kegemarannya di sana, iaitu cupcake!.

"Miley datang bersama seorang pengurusnya dan selepas itu menyuruh pengurusnya tersebut untuk berhenti sebentar di meja cupcake. Lalu dia mengambil cupcake mini perisa strawberry merah," kata seorang sumber, sebagaimana dilapor dari laman web HollywoodLife.

"Anda tidak tahu, waktu itu Miley seperti gian cupcake saja," lanjut sumber tersebut.

Sumber tersebut juga mengatakan bahawa Miley sempat menceritakan tentang ibunya yang juga sama-sama mempunyai masalah dengan cupcake. Bekas pasangannya Liam Hemsworth dan ibunya juga adalah penggemar fanatik cupcake. Katanya mereka juga akan perlahap apabila dihidangkan pelbagai cupcake di depan mata.


Read more >>

7 Apr 2011

Mariah Carey bergambar bogel ketika hamil.

Kongsi 2 comments
7 April 2011


Mariah Carey dilihat ingin membuat sensasi lagi.

Kini dia yang sedang hamil lapan bulan dikatakan telah buang tebiat berpose bogel di depan kamera baru-baru nie. Isteri Nick Cannon tu muncul untuk cover majalah Life & Style dalam keadaan bogel dengan menunjukkan perutnya sambil menutupi dadanya dengan rambut dan satu tangan.

Dia dilihat sungguh selesa tampil bergambar bogel ketika hamil, tapi dia nyatakan perasaannya sangat lemah ketika sessi pengambilan gambar dijalankan. Namun atas kerana dia tak nak mensia-siakan kesempatan tu, jadi dia tetap memberanikan diri untuk diambil gambarnya.

“Aku tidak ingin melepaskan kesempatan untuk mendokumentasikan pengalaman sekali seumur hidup ini. Tujuan utamaku adalah untuk berkongsi hak pribadi ini kepada para penggemar,” kata Mariah.

Menurutnya ada satu peristiwa berlaku sebelum hari penggambaran. Dia merasa bayinya sudah menendang-nendang sepanjang waktu yang membuatkan dia berpikir yang dirinya akan segera bersalin ketika tu . Bahkan penggambaran hanya memakan masa yang singkat kerana dirinya terpaksa segera pulang ke hospital.

Pada sebuah wawancara, penyanyi We Belong Together tu menunjukkan keperihatinannya kepada para ibu khususnya ibu yang sukar ketika hamil dan memiliki bayi kembar. “Kami mahukan hari ibu seminggu sekali,” tutupnya.


Read more >>

1 Apr 2011

Ashton Kutcher buat persediaan untuk hari kiamat.

Kongsi 0 comments
1 April 2011


Mungkin kerana terlalu terpengaruh dengan filem-filem bencana ciptaan Hollywood atau kerana bencana alam yang akhir-akhir ni sering melanda dunia, maka nie telah membuatkan Ashton Kutcher mulai gerun dengan bencana alam.

Malahan apa yang mengejutkan adalah, aktor tampan nie sudah mula bersiap sedia untuk menyambut kedatangnya hari kiamat!

Suami Demi Moore ni dikabarkan baru saja membeli beberapa peralatan dalam jumlah yang besar untuk 'menghadapi' kiamat nanti.

Sebelum ni Ashton juga menyatakan yang dirinya sedang sibuk berlatih untuk melindungi diri dan keluarganya untuk persediaan bencana atau kiamat yang akan terjadi nanti.

Walaupun kenyataan ni kedengarannya seperti satu gurauan, namun apa yang pasti Ashton cukup serius melihat beberapa bencana besar yang terjadi seperti di Jepun dan New Zealand. Beberapa sumber juga menyatakan bahawa dia baru saja menghabiskan sekitar USD$4.000 untuk membeli peralatan persiapan kiamat ni.

"Dia terlalu taksub dengan gempa bumi dan segala bencana alam. Dia membeli beberapa peralatan keselamatan untuk menghadapi bencana ini," kata seorang sumber.

Beberapa peralatan sudah dibeli dan disiapkan Ashton termasuk beberapa selimut, radio, lampu picit dan juga beberapa bekalan darurat seperti air dan makanan ringan.


Read more >>

Batman meneruskan lagi tugasnya tahun hadapan!

Kongsi 1 comments
1 April 2011


Pengumuman tentang berakhirnya kisah Batman dalam filem terakhirnya kini disangkal pabila wujudnya THE DARK KNIGHT RISES sebagai penebus semula kekecewaan semua penggemar siri superhero tu.

Warner Bros rupanya tak sungguh-sungguh 'mengakhiri' riwayat si superhero ni berikutan ada khabar angin mengatakan filem nie akan disambung lagi.

Hal ni diungkapkan oleh bos Warner Bros sendiri, Jeff Robinov, yang juga turut menyatakan bahawa Christopher Nolan masih turut terlibat dalam filem nie walaupun tak lagi menjadi pengarahnya.

"Kami memang akan melancarkan Batman ketiga malah selepas itu juga kami harus memunculkan Batman lagi. Chris Nolan dan Emma Thomas (isterinya) juga akan menjadi produser untuk filem itu, jadi akan ada perbincangan dengan mereka tentang lanjutan filem ini," kata Robinov.

Selain Batman, dia juga menyatakan bahawa filem superhero lain seperti The Flash dan Wonder Woman juga akan diteruskan setelah Warner Bros selesai berbincang dengan JUSTICE LEAGUE.

Sebelum nie, filem ketiga Batman tersebut rencananya akan ditayangkan pada tahun 2013. Tapi apa yang pasti THE DARK KNIGHT RISES nie telah dijadualkan tayangannya pada 20 Julai 2012 akan datang dengan menampilkan beberapa bintang handalan seperti Christian Bale, Anne Hathaway dan Tom Hardy.


Read more >>

Angelina Jolie di komikkan.

Kongsi 2 comments
1 April 2011


Sudah diketahui umum yang kehidupan aktres Angelina Jolie sentiasa menjadi perhatian pelbagai pihak.

Lanjutan dari kisah hidup Jolie nie, Bluewater Production telah mengambil kesempatan melancarkan komik yang juga berdasarkan kisah liku-liku hidup dan karier aktres nie.

Jolie yang juga salah seorang pemenang Oscar ni akan menjadi watak utama dalam komik yang berjudul Female Force: Angelina Jolie. Komik ni telah pun dilancarkan pada Rabu 30/3/2011 lepas.

Para peminat yang menggemari Jolie dan ingin mengetahui kisahnya dalam komik setebal 32 muka surat ni hanya perlu membayar USD$3,99 untuk mendapatkannya. Komik ni ditulis oleh Brent Sprecher dan diilustrasikan oleh Nuno Nobre.

Komik nie dikatakan juga turut mengisahkan tentang karier Jolie yang kontroversi dan juga kehidupannya yang tak didedahkan.

Melalui komik ni, pelbagai pengalaman Jolie dalam kegiatan sosial, juga wataknya yang dalam pelbagai filem turut diceritakan.

"Aku melihat perjuangan dan kemenangan besar sebagai seorang aktres, ibu, dan humanitarian. Dengan kerjaya sebagai aktres filem yang 'sedikit berbahaya', orang ramai tak tahu yang Jolie tak pernah lelah bekerja untuk amal dan dedikasinya untuk membantu golongan melarat di seluruh dunia sebagai Goodwill Ambassador untuk PBB," nyata si penulis.


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords