Dengan keeksklusifan X FACTOR yang diadakan dalam versi AS, para juri pun kini menjadi misteri kepada para peminatnya.
Simon Cowell selaku pengelola akhirnya menyebutkan dua nama besar sebagai calon juri baru, iaitu Stacy Ferguson atau Fergie dan Gloria Estefan.
Kedua nama ni menjadi bahan bualan setelah Simon mengakui Fergie adalah calon terkuat untuk memilih para peserta berbakat sebagai pemenang.
Sementara penyanyi Latin, Gloria Estefan juga sentiasa menjadi liputan sejak kemunculan mengejutkannya dalam audisyen terbuka di Miami. Gloria menghabiskan masa berjam-jam menjadi mentor bagi beberapa penyanyi baru.
Pada Khamis 7 April lalu, Cowell menyatakan bahawa dia dan kumpulannya belum membuat keputusan lagi. "Yang boleh diberi tahu kepada semua adalah bahawa nama Fergie diutamakan. Namun kerana ramai orang yang terlibat, kami harus memeriksa apakah mereka boleh melakukannya atau tidak. Ini bukan pekerjaan 2-3 hari atau seminggu," kata Cowell.
Cowell juga menambah bahawa masih ada perdebatan mengenai calon juri baru yang harus dipilih sebelum menunjuk salah satu dari para calon sama ada Fergie atau Gloria.

0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)