[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

22 Feb 2011

Shakira sudah tangkap cintan.....

Kongsi 0 comments
22 Feb 2011


Penyanyi kelahiran Colombia, Shakira dan bek Barcelona Gerard Pique baru-baru nie dirakamkan berpegangan tangan time mereka memasuki sebuah restoran di Barcelona.

Banyak sumber mengatakan mereka berdua nie mula berhubungan sejak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Shakira adalah penyanyi untuk lagu resmi Piala Dunia 2010 yang berjudul Waka Waka. Sementara Pique pulak adalah salah satu pemain yang bermain dalam Piala Dunia turut tampil dalam video klip lagu tersebut.

Time tu, si Shakira nie membantah berpasangan dengan Pique yang usianya lebih muda 10 tahun dari Shakira.

Gambar Shakira berpeggang tangan dengan Pique terdapat di sebuah halaman Facebook yang ditujukan untuk Shakira.

Shakira, 34 tahun, mengumumkan bahawa dia dan Antonio de la Rua anak bekas Presiden Argentina Fernando de la Rua telah mengakhiri hubungan mereka bulan lalu setelah bersama selama 11 tahun.

Ogos lepas Shakira dikatakan menghabiskan waktu malam berdua bersama dengan Pique.



Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Brad Pitt dan Angelina Jolie dah tak larat bawa anak

Kongsi 0 comments
22 Feb 2011



Los Angeles - Kedua-dua orang tua Brad Pitt, Bill Pitt dan Jane Pitt dikatakan segera menuju ke kediaman Angelina Jolie kerana mereka berdua diminta Pitt dan Jolie untuk membantu menguruskan keenam-enam cucu mereka. Nampaknya Pitt dan Jolie dah tak larat lagi nak mengusung anaknya kesana kemari.

Bill dan Jane akan tinggal bersama keenam-enam anak Pitt dan Jolie. Madox, Pax, Zahara, Shiloh, dan si kembar Knox dan Vivienne akan tinggal bersama atok dan nenek mereka di sebuah apartemen di kawasan ladang Chateau Miraval, Perancis.

Menurut sumber Contact Music, Selasa (22/2/2011), apartemen yang akan Bill dan Jane duduki cukup luas dan yang pastinya mereka akan berasa selesa. Seluruh keluarga akan pindah ke sana secepat mungkin selepas proses pengubahsuaian di sana selesai.

Alasan Pitt dan Jolie menyerahkan keenam anak mereka disebabkan mereka ingin hidup normal dan tak nak anak-anak terganggu sebab kesibukan mereka. Ini kerana tiap hari mereka ada shooting filem dan harus mengelilingi dunia. Kerana sebelum nie Madox, Pax, Zahara, Shiloh, dan si kembar Knox dan Vivienne terpaksa mengikut kemana saja mak bapak mereka pergi.

JenTik : Bukan senang nak jadi mak bapak mitsali nieee.....



Read more >>

Justin Bieber timbus Selena Gomez dengan bunga!...

Kongsi 0 comments
22 Feb 2011


Nampaknya Justin Bieber laaa nie seperti tol-tol dah jatuh cinta dengan aktres Selena Gomez lah. Baru-baru nie Justin dikabarkan telah mengirimkan banyak bunga ke rumah Selena time Hari Valentine. Yela, kan Selena kata dia tak nak selebrate dengan Justin kan...Tu pasal lah Justin nie sudah tak tahan agaknya.

Seperti yang dilaporkan TMZ, Selasa (22/2/2011), penyanyi berusia 16 tahun tu dikatakan telah memborong bunga di setiap kedai sekitar untuk diberikan kepada Selena. Bahkan, ada beberapa kedai terpaksa menambah beberapa lori berisi bunga untuk memenuhi keinginan penyanyi 'Baby' tu. Gila lah budak nie, biasa kalau nak romantik-romantik orang bagi satu kuntum jer. Nie dia bagi sepuluh lori. Boleh mati tertimbus si dak Selena nih!. Takpe lah Selena, kalau kat umah takde lauk boleh lah masaak tumis je bunga-bunga tur.

Menurut sumber terdekat, Selena amat syok dengan kejutan yang diberikan Justin kerana mereka diketahui tidak sempat merayakan Hari Valentine bersama.

Selama seminggu penuh, Justin berada di London untuk menghadiri BRIT Awards. Dalam majlis tersebut, dia meraih 'International Breakthrough Act'. Sekarang nie plak Justin tengah sibuk mempromosikan filemnya 'Never Say Never'.

Kisah Justin dan Selena dikatakan bercinta sejak Januari lalu tapi keduanya tidak pernah memberikan kenyataan rasmi tentang hubungan mereka. Sedangkan mereka kerap kantoi sedang berpegangan tangan. Justin juga pernah dirakam gambarnya ketika sedang mencium Selena di Pulau Karibia.



Read more >>

Sheila Majid dalam kelasnya tersendiri

Kongsi 1 comments
22 Feb 2011


Penghibur lagenda tempatan, Dato Sheila Majid tampil sukses dengan konsert solo, Sheila Majid 25 Years yang diadakan di Plenary Hall, Jakarta Covention Center pada 15 Februari 2011 lalu.

Konsert yang diadakan sempena meraikan penglibatannya selama 25 tahun dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa ini menampilkan lagu-lagu hitsnya seperti Cinta Jangan Kau Pergi, Warna, Dia, Antara Anyir dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Emosi, Memori, Manusia, Engkau Laksana Bulan termasuklah Sinaran dan Lagenda sebagai encore.

Dalam tempoh beraksi selama 2 jam dengan iringan barisan pemuzik profesional dari Malaysia yang diketuai oleh suaminya, Acis, Sheila bukan saja telah berjaya membawakan lagu-lagunya yang bercitarasa mewah dengan gaya dan persembahan vokal yang menawan tetapi dia bijak berkomunikasi dengan audiens dan berjaya menghidupkan suasana dengan penuh intim menerusi humornya yang bersahaja.

Menariknya, Sheila turut memberi penghormatan pada idolanya, Vina Panduwinata menerusi lagu Dia. Malah, dia juga tidak lupa menyebut nama komposer Oddie Agam sewaktu membawakan lagu Aku Cinta Padamu dan Antara Anyer dan Jakarta. Kedua-dua lagu itu adalah hasil ciptaan Odie.

Seperti yang dijangka, kebanyakan penggemar Sheila dapat membawakan kesemua lagu nyanyiannya dengan baik bermula dari awal hingga akhir persembahan.



Laporan asal : murai.com
Read more >>

Gambar terbaru Lady Gaga

Kongsi 1 comments
Ayuh kita layan gambar-gambar terbaru lady Gaga nie di pementasannya semalam. Lady Gaga menimbulkan kontroversi lagi dengan memakai pakaian getah 'transparent' yang menampakkan tubuh badan dia.

Penyanyi 24 tahun nie tampil di Atlantic City, New Jersey dengan membuatkan penonton sentiasa berimeginasi terhadap penampilannya. Dia hanya memakai pelekat putih menyilang putingnya dan berseluar dalam putih sambil menari dan diarak oleh penari dikelilingnya.
Jom...layannnnn...Zasssss!











Read more >>

Christian Gonzales dari bola sepak ke sinetron...

Kongsi 0 comments
Jakarta - Siapa yang tak kenal Christian Gonzales, pemain dan penyerang pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia yang juga dikenali di Malaysia terutama sekali sewaktu Piala Suzuki AFF yang lalu.

Khabarnya sekarang Christian Gonzales nie dah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pulak. Dengarnya dia akan berlakon dalam sinetron 'Islam KTP' melalui produksi Multivison. Namun Gonzales tidak ingin kegiatan lakonan mengganggu profesyennya dalam bola sepak.

Menurut juru cakap dari Humas Multivision, sungguh sukar bagi pihak produksi mencari masa yang sesuai untuk membawa Gonzales ke lokasi penggambaran kerana dia terlalu sibuk dengan latihan pasukan.

Gonzales akan memegang watak Cameo dan berlakon dalam 2 episod saja. Penyerang kelahiran Uruguay nie telah menyelesaikan shooting nya pada Sabtu (19/2/2011) kemarin.

Menurut sumber, Gonzales sangat bersemangat untuk belajar akting. Namun dia menegaskan kegiatannya dalam lakonan hanya untuk mengisi waktu lapang.

Gonzales juga berkata jika ada tawaran lagi, dia akan menerimanya. Itupun kalau ada waktu terluang.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Neelofa nafi dirinya perampas?!.....

Kongsi 1 comments
Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar.

Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle.

Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.

Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.

Enggan menyalahkan sebelah pihak, Manggaonline menghubungi Neelofa untuk mendengar penjelasan daripada pihaknya pula.

Menyangkal seratus peratus dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan bersama Shahz, Neelofa yang mesra di sapa Lofa itu menegaskan hubungannya dengan Shahz tidaklah serapat mana.

Apa sebenarnya hubungan antara Shahz dan lofa?


Saya tiada apa-apa hubungan dengan Shahz, apatah lagi kami baru sahaja berkenalan sewaktu di Paris tempoh hari. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali Shahz.

Saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih saya, pada awal Januari yang lalu, jadi tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya boleh menerima cinta daripada orang lain.

Saya terkejut bila nama saya dikaitkan menjadi penyebab keretakan hubungan Shahz dengan Maria Farida, sedangkan saya tidak pernah masuk campur hubungan mereka, dan saya juga bukan perampas hak orang.

Lofa tahu Shahz kekasih Maria Farida?

Saya tahu, dan saya tahu hubungan mereka sudah mula berantakan sewaktu Maria Farida tidak membenarkan Shahz menerima tawaran filem Azura 2011 ini.

Ini bermakna sebelum Shahz ke Paris, mereka sudah mula bergaduh dan hubungan mereka sudah renggang. Walaupun begitu,saya tidak pernah ambil kisah ataupun bertanya pada Shahz tentang hubungan mereka, walaupun sering saja lihat Shahz bergaduh di telefon.

Maria ada hubungi Lofa?


Ada beberapa kali dia hubungi saya, yang pertama dia membuat panggilan menggunakan ‘private number’ dan kemudiannya hanya menggunakan sms tetapi saya tidak layan.

Dia bertanya dengan cara baik dan bukan dalam keadaan marah-marah, iaitu sama ada betul saya bercinta dengan Shahz? dan saya sudah menerangkan perkara yang sebenar walaupun saya tahu dia tidak percaya kata-kata saya.

Saya hanya bercakap benar, saya sudah beritahu semuanya. Selepas cerita ini keluar surat khabar Ahad lalu, dia tidak ada lagi menghubungi saya.

Benarkah Shahz Ke Pulau Pinang untuk sambut hari lahir Lofa?


Tidak! kalaulah boleh pihak produksi Asmara 2 mengeluarkan kenyataan, rasanya mereka setuju dengan kata-kata saya.

Jadual Shahz penuh, jadi mana dia ada masa untuk datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk sambut hari lahir saya sahaja.

Selepas pulang daripada Paris, Shahz dan Lofa masih berhubung?

Penggambaran kami masih belum selesai, jadi kami masih berhubung untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan seperti urusan memulangkan pakaian tajaan, selain itu tiada.

Cuma, selepas cerita ini keluar akhbar, Shahz ada hubungi saya supaya tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana ia hanya gosip dan ia akan reda di kemudian hari.

Dia juga minta maaf pada saya dan keluarga, kerana turut terkena tempias daripada gosipnya.

Secara jujurnya, bagaimana Lofa menerima gosip ini?

Saya seorang yang simple, senang berkawan dan mudah mesra, tetapi bila membabitkan sesuatu yang kurang enak pada kerja dan nama saya, sebolehnya saya akan cuba menjelaskan secara tegas tentang keadaan sebenar.

Kalau kenyataan itu tidak benar, dan saya mempunyai hak bersuara, saya akan bersuara bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Bagaimana dengan perkembangan filem Azura 2011?

Setakat ini kami baru habis lakukan 12 babak, dan masih belum menjalankan penggambaran di Malaysia. Penggambaran akan dilakukan semula selepas Abang Aziz M. Osman selesai menunaikan umrah nanti.

Shahz juga sibuk dengan penggambaran Asmara 2, jadi mungkin dalam bulan April ataupun Mei kami akan sambung penggambaran semula.

Saya memang teruja untuk berlakon filem ini, kerana ia merupakan lakonan pertama saya.



Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

21 Feb 2011

Aizat dapat aweks baru?

Kongsi 2 comments

Ehem-ehem...dengar-dengar penyanyi popular Aizat Amdan laaa ni tengah hangat bermain cintan-cintun. Dengan sapa lah tu yer? Kalangan artis jugak lagi ker? menurut sumber mereka kebetulan terserempak dengan Aizat nie kat sebuah konsert di Kuala Lumpur tak lama dulu.

Menurut sumber, Aizat berkepit dengan seorang perempuan cantik dan kelihatan mesra berdua. Malah, mereka juga dilihat berpimpinan tangan sewaktu memasuki kedalam dewan konsert.

Amboi..nampaknya bukan Liyana Jasmay saja yang sudah bertemu kekasih baru, malah teman tapi mesranya dahulu juga sudah ada kekasih hati.

Aizat memang pernah berkata yang dia sudah bersedia bercinta malah, dia juga dapat menulis lagu-lagu yang baik sekiranya berada dalam hubungan cinta. Hmm..patut lah sejak dah tak dengan Liana Jasmay nie dia tak menang award!...AJL tu hari pun tak layak ke peringkat akhir. Tapi rasanya pas nie confirm top balik lah rasanya...Manis-manis pun dah ada kat sisi kannn...



Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

Kad undangan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton

Kongsi 3 comments
Semalam kita dah di dedahkan berita yang kad jemputan untuk perkahwinan Putera William dan Kate Middleton sudah pun diedarkan. Sooo, ari nie dapatlah kita tengok macam mana bentuk kad undangan dia orang nie. Sebab arinie kad tu baru sampai ke tangan JenTik, biasalah semalamkan posmen cuti.....

Kalau di lihat bahagian paling atas ada lambang Ratu Elizabeth dakwat emas kerana undangan nie dihantar dalam nama Ratu dan 
memerintahkan semua tetamu hadir pada pernikahan di Westminster Abbey pukul 11 pagi 29 April.

Tetamu yang dijemput dari raja-raja serta pemimpin amal, teman-teman keluarga dan universiti,Perdana Menteri di seluruh 
 dunia. Termasuklah JenTik selaku pemerintah Hot Malays.

Para tamu lelaki diminta untuk mengenakan seragam tentera, tailcoat ataupun business suit. Untuk wanita pulak janji cantekkk dan anggun.


JenTik : Sapa nak itut JenTik gi sana?...Ada satu seat reserve nie...Untuk aweks-aweks malaya mari datang interview...
Nak pakai baju apa pun tak tau nie!...pakai baju tentera kang dia orang ingatkan militan plak...tak pasal-pasal kena tembak...
Read more >>

Producer Narnia ditemui mati!

Kongsi 0 comments
Siri Chronicles of Narnia kini telah kehilangan sesaorang yang paling berharga dalam penghasilan filem tersebut. Eksekutif Produser nya iaitu Perry Moore didapati telah meninggal dunia secara mengejut pada usia 39 tahun.

Mengikut sumber New York Times, Perry didapati meninggal dunia pada hari Khamis. Dia ditemui tak sedarkan diri di apartmennya di New York City kerana dilaporkan overdose ubat.

"Kami sangat terkejut!" kata ayah Perry, Bill Moore kepada The Hollywood Reporter.

Bill dikatakan baru saja berbual dengan anaknya tu malam sebelumnya dan mengatakan anaknya kelihatan normal dan tak menunjukkan apa-apa reaksi yang mencurigakan.

Sementara beberapa sumber melaporkan bahawa Perry meninggal dunia kerana pengaruh dadah, polis belum mengesahkan lagi punca sebenar kematiannya kerana laporan forensik masih belum selesai. Mayat Perry dilaporkan ditemui oleh pasangannya, Hunter Hill.


Laporan asal : eonline.com
Read more >>

Tom Morello memperjuangkan hak pekerja!

Kongsi 0 comments
Dalam kes kita belum pernah mendengar apa yang terjadi di Madison, Wisconsin. Puluhan ribu penunjuk perasaan telah berbaris di ibu negeri, berjuang melawan pihak berkuasa negara yang akan memotong dana kesatuan pekerja dan faedah kesihatan. Mereka berkata suasana kelihatan seperti di Mesir.

Tanpa mendapatkan liputan media negara, mereka telah berpaling ke alternatif lain, termasuk menyuarakan perasaan kepada Tom Morello dari kumpulan Rage Against The Machine , untuk menjadi penyokong besar hak-hak kesatuan.

Ketika peminat membawa hal nie ke halaman Facebook nya, ada yang meminta Tom datang kesana melihat apa yang terjadi. Lalu Tom memutuskan untuk membuat konsert bagi mendukung aksi protes yang dijadualkan hari nie.

Tom berkata:

"Saya benar-benar berfikir bahawa masa depan hak-hak pekerja di negeri ini tidak akan diputuskan di mahkamah. Tidak akan diputuskan dalam Kongres atau rancangan talk show untuk dilihat orang ramai. Mereka kini bertarung di jalan-jalan Madison, Wisconsin. Madison adalah Kaherah seterusnya. "

Ramai yang memberi komen berharap bahawa masyarakat Madison akan menang dalam pertempuran mereka dalam menjaga hak-hak mereka.

Power to the people!

Laporan asal : perezhilton.com
Read more >>

Artis nasyid dunia berkumpul di Islamic Song Festival 2

Kongsi 0 comments

KUALA LUMPUR, 21 FEB 2011: Jika ada yang berpendapat bahawa irama nasyid sudah makin pudar, sila buang tanggapan itu jauh jauh kerana muzik nasyid sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang kuat di negara ini.

Bagaimanapun, konsep nasyid itu semakin diperluas dan tidak terhad kepada irama nasyid tradisional semata mata. Itu semua di lakukan kerana mahu lebih ramai anak muda untuk sama-sama menghayati muzik ini.

Justeru, atas dasar yakin dan percaya bahawa irama keislaman masih mendapat tempat di hati peminat tanpa mengira batas umur dan lapisan masyarakat, sebuah syarikat pergurusan acara, Out of This World Sdn Bhd meneruskan perjuangan yang mereka cetuskan tahun lalu iaitu menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2 yang akan dilangsungkan di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre selama 2 hari berturut-turut bermula 30 April 2011 ini, jam 8 malam.

Pengarah Operasi Out of This World Sdn. Bhd, Afizah Ismail berkata, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan Islamic Song Festival ini kerana mereka peka dengan perubahan cita rasa muzik di kalangan remaja, bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang lebih menggemari genre muzik terkini.

"Jika diperhatikan kebanyakkan remaja masa kini lebih terdedah dengan muzik yang lebih moden seperti R&B, Rap, World Music, Kontemporari dan Hip Hop yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada kurangnya minat remaja menyaksikan persembahan nasyid tradisional," katanya.

Menurut Afizah lagi, genre nasyid moden yang kini mengambil alih tempat dan semakin popular di kalangan remaja dari negara Islam yang lain juga menjadi faktor utama mengapa mereka begitu berminat untuk menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2.

Selain itu, penganjuran acara ini juga ada kaitan dengan imej Malaysia sendiri yang cukup dihormati oleh negara Islam yang lain.

"Contohnya, Malaysia di mata dunia dianggap sebuah model negara Islam yang menuju ke arah status negara maju namun pada masa masih diimbangi dengan element keislaman.

"Justeru dengan adanya acara seperti ini iaitu Islamic Song Festival, sedikit sebanyak menunjukkan Malaysia juga berusaha untuk menerapkan nilai keislaman yang bukan sahaja menerusi gaya hidup tetapi juga dari segi muzik mereka," katanya lagi.

Persembahan yang memakan masa selama empat jam setiap malam itu akan menampilkan aksi persembahan artis solo/kumpulan antarabangsa dan satu artis solo/kumpulan tempatan dan setiap dari mereka itu akan membuat persembahan masing-masing selama 30 minit.

"Selepas menghantar surat jemputan, kami merasa cukup bangga apabila undangan kami mendapat maklum balas daripada 40 artis solo/berkumpulan yang menunjukkan minat untuk menyertai acara ini.

"Bagaimanapun selepas di teliti dari segi genre muzik dan jadual acara, kami telah menetapkan untuk memilih 12 artis solo/berkumpulan antarabangsa dan 1 artis solo dan 1 artis kumpulan nasyid tempatan saja untuk diketengahkan dalam Islamic Song Festival ini.

"Setiap seorang dari mereka ini juga mewakili genre muzik masing-masing seperti Folk, Acapella, Hip Hop, Kontemporari, Tradisional, Progresif, Pop, R&B dan World Music," jelas Afizah lagi.

Malam pertama festival tersebut iaitu pada 30 April 2011 akan memperlihatkan persembahan daripada duta Nasyid Indonesia, Opick. Beliau akan disertai oleh Brothers (Malaysia), kumpulan nasyid Hip Hop/Rap The Brothahood dari Australia, Khaleel Mohamad (UK), Khalid Belrhouzi (Perancis) menampilkan Ziryab (Arab Saudi) dan Bennami (Brazil), Fez Meghani & Aftab Ali (AS) dan La Rappel (Perancis).

Tarikan utama pada malam kedua iaitu 1 Mei 2011 pula adalah Zain Bhikha dari Afrika Selatan.

Beliau yang bakatnya di asuh oleh lagenda nasyid dunia Yusof Islam, kini merupakan salah seorang artis nasyid yang cukup diminati di seluruh dunia. Bakal diiringi dua pemain perkusi dari Amerika Syarikat dan tiga vokalis latar, Zain Bhika akan mepersembahkan lagu-lagu yang diangkat daripada beberapa albumnya seperti 1415 The Beginning, Allah Knows, Mountains of Makkah, Faith, A Way of Life dan Our World.

Selain dari Zain, pada malam kedua festival tersebut juga akan menampilkan Kumpulan Debu daripada Indonesia yang memiliki 12 anggota dan berkebolehan memainkan alat-alat musik Timur dan Barat. Persembahan nasyid mereka beriramakan "World Musik" dan senikata lagu-lagu adalah dalam bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab. Keunikan kumpulan yang sekarang menetap di Indonesia ini adalah 10 daripada ahli kumpulan tersebut termasuk penyanyi utama/ketua kumpuln, Mustafa Daood adalah berkulit putih dan berasal dari Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal dari Malaysia iaitu Yasin, kumpulan Aashiq al-Rasul (UK), kumpulan Hip Hop dari Amerika Syarikat Native Deen dan kumpulan Noor (AS) turut melengkapi barisan artis pada malam tersebut.



Laporan asal : murai.com
Read more >>

Gambar kekasih Fiza Elite

Kongsi 0 comments

Fiza Elite ni sememangnya seorang yang boleh dianggap cantik dan menawan. Kalau berlakon pun tak calang-calang berlakon, memang masyukk. Tapi begitulah lumrah dunia, bila tiada persefahaman dalam perkahwinan, maka jalan yang dibenci oleh Allah akan di ambil, cerai. Fiza bercerai dengan suaminya pada bulan 8 atau 9, tahun lepas, kurang sedikit mendapat liputan media, cuma sumber-sumber local yang boleh dipercayai menyampaikan berita itu.

Tapi mungkin benar perceraian itu berlaku, apabila sebuah sisipan BiPop baru-baru ini memberikan tajuk 'Lepas idah.....'. Fiza selepas idah pun dapat kekasih baru, cepat tak terkata gitu. Takpalah Fiza, asalkan bahagia. Cepat-cepatlah rancangkan perkahwinan, bina hidup rumahtangga yang kekal sehingga akhir hayat.




Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Rihanna dibayar RM1.5 juta untuk show 1 jam

Kongsi 0 comments
Penyanyi Rihanna dikatakan akan dibayar USD500 ribu (RM 1.5 juta) untuk penampilan selama satu jam di Florida. Penyanyi 'What's My Name' tu akan tampil dalam acara gala amal dihadapan 600 tetamu sahaja, yang dianjurkan oleh Dana-Farber Cancer Institute.

Setiap tetamu VIP mestilah mengeluarkan wang sehingga USD$ 200 ribu (RM600 ribu) untuk mendapatkan meja 10 orang dalam acara tersebut yang diadakan di kediaman mewah milik Donald Trump di Palm Beach. Sementara harga kerusi paling murah ialah USD 2.000(RM6,000).

Bintang yang berusia 22 tahun tu baru saja mengeluarkan video untuk single barunya '
Kanye West All Of The Lights'.

Video penyanyi Umbrella ni untuk single S&M yang tampil separuh bogel, telah dilarang di 11 buah negara.

JenTik : Sonang toi wat duit kan...Kalau pakai tajuk kebajikan nie memang orang tak leh kata apa lah kan...Jangan kebajikan perut sendiri sudahhh...


Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Mariah Carey sambut bayi bagai raja

Kongsi 0 comments
Penyanyi Mariah Carey dan suami, Nick Cannon telah menyiapkan kemewahan untuk menyambut kehadiran anak kembar baru mereka. Mereka plan

Seperti dilporkan Showbiz Spy, Isnin (21/2/2011), pasangan yang bernikah pada April 2008 itu ingin bahagian dinding diletak gading dengan hiasan emas 18 karat, perabot lembut dan almari penuh pakaian yang di reka oleh Petit Tresor. Pelbagai alatan elektronik paling canggih jugak akan dipasangkan. Mariah mahukan sound system kualiti terbaik, Ipod bertahtahkan berlian dan TV layar yang boleh di ubah suai.

Dia orang dah membelanjakan wang yang banyak untuk membeli perabot. RM 7,000 untuk membeli almari, meja berharga Rm 9000, kursi berharga RM 8000, dan sofa berharga RM 3juta.

Mariah dan desainer nya, Kenneth Bordewick yang merancang semua tu. Ada sofa baldu berharga US$ 1 juta, juga ada sofa onyx dengan emas 24 karat yang pernah digunakan Michael Jackson.
nak ubah bahagian ruang dalam rumahnya kat Beverly Hills tu menjadi kamar bayi yang paling mewah. Mereka ingin agar bayinya nanti tinggal di tempat yang paling hebat dalam dunia.

JenTik : Jangan bila anak dah besar nanti di sepaknya kau sudah......


Laporan asal : detikhot.com
Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords