Mengikut sumber New York Times, Perry didapati meninggal dunia pada hari Khamis. Dia ditemui tak sedarkan diri di apartmennya di New York City kerana dilaporkan overdose ubat.
"Kami sangat terkejut!" kata ayah Perry, Bill Moore kepada The Hollywood Reporter.
Bill dikatakan baru saja berbual dengan anaknya tu malam sebelumnya dan mengatakan anaknya kelihatan normal dan tak menunjukkan apa-apa reaksi yang mencurigakan.
Sementara beberapa sumber melaporkan bahawa Perry meninggal dunia kerana pengaruh dadah, polis belum mengesahkan lagi punca sebenar kematiannya kerana laporan forensik masih belum selesai. Mayat Perry dilaporkan ditemui oleh pasangannya, Hunter Hill.
Laporan asal : eonline.com
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)