[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

21 Feb 2011

Justin Timberlake di temuramah dalam keadaan bogel

Kongsi 0 comments

Los Angeles - Aktres Amanda Seyfried mengaku sengaja berbogel time melakukan sesi wawancara dengan Justin Timberlake. Bintang 'Mean Girls' tu berkata bahawa dia berasa sungguh nyaman kerana tak mengenakan sehelai benang pun di badannya time berbicara dengan Justin.

Amanda melakukan wawancara tersebut melalui telefon ketika membicarakan tentang projek filem terbaru Justin. Seperti dilaporkan majalah Interview, Isnin (21/2/2011), aktres berusia 25 tahun itu hanya berbogel sepanjang waktu interview dijalankan.

"Saya rasa, saya harus beri tahu kamu kalau saya tidak mengenakan baju," ungkap Amanda. Tapi kelihatan Justin tak hirau pun keadaan tu dan berkata hal tersebut tidak mengganggu dia sedikitpun.

"Jika itu sebabnya kamu suka di interview aku ok jer," Gurau Amanda. Amanda dan Justin jugak pernah bekerja sama dalam filem 'Alpha Dog' pada 2006.

JenTik : Lama-lama kedai baju pun tutuplah kat Hollywood tu.......


Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Filem baru Spiderman akan ke pawagam

Kongsi 1 comments
Sejak tahun lepas lagi filem Spider-Man terbaru dah menjadi buah mulut di seluruh dunia. Makanya dijangkakan bulan Julai 2012 filem ni akan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Filem ni masih dalam pembikinan dan proses pengambaran dalam bentuk 3D. Ada yang berkata filem ni akan menceritakan Peter Parker (Spider-Man) time zaman sekolah sama macam filem pertama 'Spider-Man' tahun 2002.

Columbia Pictures mengumumkan tajuk filem Spider-Man tu ialah'The Amazing Spider-Man' pada 14 Februari 2011 di Culver City, California.

Walaupun mengisahkan waktu sekolah seperti siri 2002 tapi mungkin cara penceritaannya berlainan dan yang paling penting watak Mary Jane takde dalam filem ni.

Watak Peter Parker dibawakan oleh Andrew Garfield. Kalau sebelum nie Mary Jane menjadi gadis impian Peter Parker tetapi bukan untuk filem terbaru ni. Heroin terbaru tersebut ialah Gwen Stacy lakonan Emma Stone. Dalam komik Gwen adalah cinta pertama Peter Parker sebelum Mary Jane. Musuh Spider-Man kali ini ialah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Proto-Goblin lakonan dari pelakon Bollywood iaitu Irrfan Khan.

Filem ini diarahkan oleh Marc Webb. Filem arahan pertama dia ialah filem '(500) Days of Summer' tahun 2009. Filem 'The Amazing Spider-Man' adalah filem arahannya yang kedua. Walaupun dia pengarah yang kurang pengalaman, tapi telah mendapat pujian dari kalangan karyawan dan peminat filem Hollywood.



Laporan asal : murai.com
Read more >>

Kad kahwin Putera William sudah diedar

Kongsi 1 comments
London - Ratu Elizabeth telah mengirim hampir 2.000 kad undangan bercorak emas untuk pernikahan cucunya, Putera William dan Kate Middleton. Perkara tersebut di utuskan oleh badan pengurusan Istana Inggris, Ahad (20/2/2011).

Undangan mula dikirim pada Rabu dan Khamis. Dalam undangan tersebut terdapat lambang Ratu Elizabeth EIIR yang dicap dengan dakwat emas.

Sekitar 1.900 orang dijemput dari keluarga, sahabat dalam dan luar negeri, diplomat, tentera, dan pekerja kemanusiaan. Mereka diminta hadir untuk pernikahan William dan Kate Middleton di Westminster Abbey. Tapi, nama-nama undangan tidak disebut pihak Istana.

Sebanyak 600 undangan akan menghadiri resepsi makan siang dengan Ratu Elizabeth di Buckingham Palace. Sementara, 300 undangan akan dijamu makan malam di rumah Putera Charles.

Kate Middleton dan Putera William mula bercintan pada 2003. Mulanya, awal 2007 mereka memutuskan untuk berpisah. Tapi, akhir 2007 mereka kembali memadu kasih. Akhirnya, bertunang pada November 2010.


Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Anak lelaki Rhoma Irama tubuh kumpulan 'rock'

Kongsi 0 comments
Nampaknya satu lagi anak lelaki Rhoma Irama berkecimpung dalam dunia muzik. Tapi muzik yang dibawa rock bukan dangdut taw.

Band yang diberi nama SonetRock telah dipelopori oleh Vicky Rhoma. Pemilihan nama SonetRock dan hala tuju albumnya tu jugak ada berkaitan dengan ayahnya. Mereka juga pernah menghasilkan dua album sebelum nie, masalah promosi membuatkan album tersebut 'outtttt'.

Seluruh lagu dalam album Sonetrock tu gak merupakan lagu-lagu lama karya Rhoma Irama. Vicky hanya mengubah arrangment muziknya menjadi rock dan disesuaikan dengan karakter vokalnya. Lagu 'Bujangan' dipilih SonetRock sebagai single utama. Mereka mengubah arrangment muzik tersebut mengikut imej yang ditampilkan Korn dan Slipknot.

Kedua-dua adik beradik, Vicky dan Ridho jugak tetap saling membantu satu sama lain dalam industri muzik mereka. Mereka berdua jugak mengaku senang menjadi pewaris kepada Rhoma Irama yang pernah berjaya time era 80-90an dulu.



Read more >>

Daphne Iking peluk Islam

Kongsi 0 comments
Ingat lagi gosip yang menyatakan Daphne Iking menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini? Dalam entri tersebut Abang Nara mengucapkan tahniah sekiranya berita itu benar kerana ini bermakna Daphne Iking sudah memeluk Islam. Dan semalam semasa Anugerah Sri Angkasa 2010, jutaan rakyat Malaysia mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.

Adakah ini bermakna Daphne Iking sememangnya sudah benar-benar memeluk agama Islam? Abang Nara ada check Facebook Daphne Iking tapi sayangnya Daphne masih tak memberi jawapan mengenai persoalan ini. Harap-harap Daphne terbaca entri ini dan mampu memberikan satu jawapan kepada ramai peminat beliau.

Kalau betul, bertambah lagi lah bilangan umat Islam. Semoga segala urusan Daphne dipermudahkan.



Laporan asal : beautifulnara.com
Read more >>

Shahz Jaszle, Maria Farida putus cinta?

Kongsi 0 comments
Zubir yang semakin advance atau kami yang tertinggal kereta api?. Ini kisah & gambar yang kami cedok dari tulisan Zubir dalam BiPop sisipan hiburan Berita Harian hari ini. Shahz Jaszle & Maria Farida di’katakan sudah putus cinta, lagi. Menurut Zubir, Shahz Jaszle telah mengirimkan satu SMS buat Maria Farida untuk memutuskan hubungan cinta mereka. Sangat lelaki ‘kan?

Punca’nya di’katakan Maria Farida bengang dengan hubungan intim Shahz Jaszle bersama Neelofa yang menjadi heroin beliau dalam filem Azura 2011. Watak Zack & Azura dalam filem itu menuntut mereka untuk bercinta dan ini menimbulkan perasaan antara Shahz Jaszle & Neelofa sendiri sehingga ke luar lokasi pengambaran.

Maria Farida juga di’katakan telah menolak tawaran untuk menyambung watak dalam drama Asmara 2 yang turut di’bintangi oleh Shahz Jaszle. Makan dalam kakak kita. Sebagai rekod untuk anda, hubungan cinta antara Maria Farida & Shahz Jaszle pernah berantakan gara gara kisah lelaki macho ini berkucupan mesra dengan aktress lain di hadapan wartawan.


Laporan asal : rotikaya.com
Read more >>

20 Feb 2011

Isu perkahwinan : Siti Sarah dan Shuib Sepah nikah 26 Februari ini!!!

Kongsi 1 comments
Tahniah diucapkan kepada pasangan Siti Sarah Raisuddin dan Shahmira Muhammad atau Shuib (Raja Lawak) yang bakal melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu, 26 Februari ini di Jeumpa' D'Ramo, Bangsar Kuala Lumpur.

Pasangan ini telahpun mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan pada November yang lalu dan sudah menjalinkan hubungan cinta semenjang tahun 2009 lagi.

Biarpun di awal perkenalan dan percintaan mereka, Sarah lebih banyak mendiamkan diri daripada bercerita tentang hubungan mereka berbanding Shuib yang lebih banyak berterus terang.

Mungkin kerana kegagalan hubungan bersama bekas tunangnya yang lalu, membuatkan Sarah berjaga-jaga dalam menjelaskan kisah cintanya kepada umum.

Apa pun itu kisah lama, yang penting kini Sarah bakal memulakan hidup barunya bersama Shuib. Selamat pengantin baru dan semoga Siti Sarah dan Shuib berbahagia hingga ke akhir hayat.

Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>

Sam keluar Bunkface?!

Kongsi 0 comments
Sam Bunkface dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan Bunkface dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders. Kata sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor. Maka, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.

Selain itu ahli kumpulan Bunkface yang lain iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sam menjelaskan khabar angin mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan tersebut adalah tidak benar tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru, The Azenders.




Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Gambar selebriti dalam sorotan seminggu

Kongsi 0 comments
Memandangkan hari nie dah pun hujung minggu, sooo kira nak tutup buku lah kan. Jadi apa kata kita layan foto-foto selebriti dengan aktiviti mereka masing-masing yang diambil sepanjang minggu nie. Check it out!

Leighton Meester ketika menuju ke set "Gossip Girl" di New York City



Michael Douglas bersama dengan putrinya Carys ketika menghadiri perlawanan New York Rangers vs Pittsburgh Penguins di New York



Nicole Polizzi mempromosikan Sandal Snooki di Las Vegas Convention Center



Lady Gaga membuat sebuah penampilan di "Good Morning America" ketika mempromosikan kesedaran AIDS



Justin Bieber memberikan autograf ketika promosi untuk filem "Never Say Never" di Paris



Gwen Stefani dan Kingston Rossdale berjalan bersama di acara DOMBA anjuran Mercedes Benz Fashion Week di New York City



Jessica Alba bersama anaknya Honor Marie 2 tahun benjalan di Los Angeles



Ted Williams menggunakan ke'feymes'annya untuk mempromosikan produk Million of Milkshake



Minka Kelly menyambutri Valentine dengan hanya makan bersama ayahnya Rick Dufay



Paris Hilton meraikan ulang tahun ke-30 dengan Cy Waits di David Letterman Show di New York



Read more >>

Avril Lavigne mula merancang perkahwinan?

Kongsi 0 comments
Nampaknya Brody Jenner dah bersiap sedia untuk meletakkan cincin di jari Avril Lavigne.

Menurut ibu Jenner bahawa mereka nie dah hampir setahun bersama. Dia seorang wanita muda yang luar biasa dan semua orang selesa berada dengannya.

Bila di tanya kepada ibu Jenner tentang adakah mereka dah mula merancang untuk kehidupan akan datang, Ibunya nenjawab "Belum, mereka sangat muda dan mereka berdua perlu menumpukan perhatian kepada kerjaya dulu. Tapi itu tidak bermakna Brody tidak berfikir untuk berkahwin!."

"Anda tidak pernah tahu apa yang akan terjadi, tetapi mereka sesuai satu sama lain. Avril seorang yang indah dan mengejutkan, dia suka memasak dan dia benar-benar bersifat kekeluargaan. Aku benar-benar rapat dan sungguh menghormatinya."tambahnya lagi.

Bila ditanya apa yang membuat Jenner dan Avril nie jadi begitu rapat. Ibunya menjawab lagi, "Mereka memiliki selera humor yang sama. Mereka berdua suka tertawa dan senang bersama. Mereka berdua mempunyai perasaan hormat yang sangat menyenangkan dan banyak pihak."

JenTik : Cam nie lah best!...Imej je ganas tapi hati cantekkk...

Read more >>

Tabiat buruk Lady Gaga

Kongsi 0 comments
Persembahan erotik dan fesyen pelik-pelik adalah imej sinonim si Lady Gaga nie. Tapi bukan setakat tu jer, malah dia nie ada beberapa tabiat buruk. Antara tabiat buruk yang sukar dia nie nak buang ialah menghisap ganja dan minum minuman keras.

Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta itu sengaja membuat pengumuman kepada peminat-peminatnya kerana dia seronok berkata begitu dan tak mau hipokrit ataupun berbohong kepada peminatnya. Tapi dia jugak turut mengingatkan para peminatnya supaya jangan mengikut perangai buruknya tu. Kalau tak nak peminat ikut, janganlah wat perangai kannn...

Ketika Anugerah Grammy Ke-53 pada Ahad lepas, Gaga berjaya meraih tiga anugerah bagi kategori Best Pop Vocal Album, Best Female Pop Vocal Performance dan Best Short Form Music Video.

JenTik : Kalau kepala tak sedap, lagu yang dibuat pun tak sedap agaknya. Patutlah persembahan pun macam nak ke bulan, rupanya dia memang hari-hari pegi bulan pun.....

Read more >>

Fazura pergi umrah minta cepat jodoh

Kongsi 3 comments
Menerima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan pengarah, Erma Fatima merupakan suatu peluang berganda dan tidak ternilai buat pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 28.

Apa tidaknya, penggambaran bagi kedua-dua drama yang berjudul Pahitnya Madu dan Tahajudnya Cinta itu akan dilakukan di Tanah Suci Mekah dan ia secara tidak langsung membuka peluang kepada duta baru Lux ini untuk menunaikan ibadah Umrah di sana.

Bakal berangkat ke sana pada 3 Mac 2011 ini, Fazura berharap tempoh selama 20 hari berada di sana akan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya demi untuk menyucikan serta menenangkan jiwanya untuk menunaikan ibadah tersbeut buat kali yang kedua.

"Sebenarnya dah lama saya berniat untuk ke Mekah selepas mengunjunginya dan menunaikannya ketika usia 12 tahun. Dari situ, saya sentiasa teringin dan rindu untuk ke sana lagi. Biarpun saya akan ke sana atas tuntutan kerja, namun saya tidak akan melepaskan kesempatan ini untuk menunaikan Umrah," katanya.

Setiap orang yang ke tanah suci pasti menyimpan hajat yang mahu diterima oleh Allah. Begitu juga dengan Fazura. Selain mahu menyucikan jiwanya dengan amal ibadah, dia juga ingin memohon kesejahteraan buat dirinya, keluarga dan peminat-pemiantnya.

Namun apa yang pasti, dalam usianya yang kini sudah hampir menginjak ke angka 30-an , Fazura turut berhajat supaya jodohnya akan dipermudahkan dengan secepat mungkin.

"Hajat yang pertama, sudah tentu saya mahu cepat dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan yang soleh. Usia saya pun dah 28 tahun. Saya rasa saya dah cukup bersedia untuk mendirikan berumah tangga tetapi mungkin masa itu belum sampai lagi.

"Kalau nak cakap target bila saya akan kahwin, saya memang tidak pernah menentukannya kerana semuanya saya serahkan kepada Tuhan. Namun apa yang pasti saya tiada apa-apa perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, bila menyentuh mengenai status sebenar hubungan cintanya dengan seorang kerabat diraja dari negeri selatan Semenajung Malaysia, Fazura terus cepat-cepat mengelak dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Terus-terang saya katakan, saya tidak berapa gemar untuk bercakap mengenai hal peribadi saya berbanding kerjaya.Saya takut sesuatu perkara itu diperbesar-besarkan kerana orang lebih suka bercakap mengenai keburukan orang itu daripada kebaikan orang lain.

"Lagipun, saya ni jenis yang tak suka menerima publisiti murahan yang sememangnya tiada kena-- mengena dengan kerjaya saya. Kini saya lebih suka berdiam diri dan hanya menjawab serta memberitahu perkara yang perlu sahaja,"tambahnya lagi.

Selain, bakal muncul dalam dua drama araha Erma Fatima tersebut, Fazura juga akan kembali ke layar perak menerusi filem Bujang Terlajak arahan Prof. Razak Maiden pada akhir tahun ini.

Laporan asal : murai.com

Read more >>

19 Feb 2011

Gambar terbaru Cameron Diaz

Kongsi 0 comments
Apa macam tengok gambar Cameron Diaz tu?... Ada berani nak ajak gado?. Mau dia lempang boleh terpusing kepala kita. Nampaknya Cameron betul-betul nak fight dengan Madonna nie. Masing-masing nak rebut watak 'Hulk' lah agaknya.

Saje je tu dia kasi tayang dia punya biseps time dia datang ke gym dengan kawan rapatnya bintang baseball Alex Rodriguez.

Ada yang berpendapat Cameron nampak hebat dan akan mewujudkan trend baru untuk wanita zaman sekarang dan yang penting sekali dari sudut kesihatan.

Tapi tak kurang juga yang mengkritik terhadap penampilan terbaru Cameron nie. Nampak terlalu ganas dan kehilangan sifat feminin yang perlu untuk seorang selebriti wanita yang ayu.

JenTik : Rasanya dia fobia dengan kes ragut zaman sekarang ni lah...Itu macam peragut tengok pun gerun, mau berlipat dia kerjakan nya.

Read more >>

Justin Bieber mati???

Kongsi 0 comments
Diatas ke'feymes'an Justin Bieber nie sehinggakan siri suka ramai "CSI" pun mengundang dia untuk memegang watak kecil didalam siri tu. Tapi kini watak Justin Bieber di dalam "CSI" telah dimatikan apa bila Justin telah di tembak mati pada episod terbaru.

Penyanyi lagu "Baby" ni telah memegang watak seorang budak yang bermasalah. Dalam wataknya sebagai Jason McCann dia kembali selepas adegan pengeboman satu majlis pengebumian. Tapi akhirnya dia ter'kantoi' dengan polis Las Vegas.

Dalam sebuah adegan grafik, ketika Bieber cuba menarik keluar pistol, akhirnya dia ditembak beberapa kali oleh polis. Adegan tembakan di buat dengan slow motion dan Bieber mati dalam gerak perlahan.

Walaupun nie adalah penampilan terakhirnya Bieber dalam "CSI", tapi Bieber pasti akan mendapat tawaran watak yang lain pada masa akan datang.


Read more >>

Datuk K dan Datuk Siti mendirikan masjid baru

Kongsi 2 comments
Alhamdulillah, seronok dengar bila Datuk Siti nie berjaya mencapai hajat untuk mendirikan masjidnya sendiri baru-baru nie. Dia buat masjid betul-betul tau, bukannya dia kawin baru. Kang tak pasal-pasal cerita baik jadi cite lain plak. Bukan bleh percaya budak-budak nie...haha

Masjid nie merupakan salah satu impian Datuk Siti dan Datuk K sejak dulu lagi. Tahniahlah kepada Datuk Siti dan suami kerana berjaya mendirikan masjid yang indah ni dan telahpun di rasmikan oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Sultan Kedah). Menerusi dana dari Yayasan Nurjiwa masjid nie telah diberi nama Masjid Al-Khalidah. Yelah, dunia tu dunia jugak kan, tapi bekalan akhirat tu jauh lebih penting.



JenTik : Lagi satu hajat terbesar Datuk Siti dengan Datuk K tu bila plak nak tercapai???
Laporan asal : beautifulnara.com

Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords