Filem ni masih dalam pembikinan dan proses pengambaran dalam bentuk 3D. Ada yang berkata filem ni akan menceritakan Peter Parker (Spider-Man) time zaman sekolah sama macam filem pertama 'Spider-Man' tahun 2002.
Columbia Pictures mengumumkan tajuk filem Spider-Man tu ialah'The Amazing Spider-Man' pada 14 Februari 2011 di Culver City, California.
Walaupun mengisahkan waktu sekolah seperti siri 2002 tapi mungkin cara penceritaannya berlainan dan yang paling penting watak Mary Jane takde dalam filem ni.
Watak Peter Parker dibawakan oleh Andrew Garfield. Kalau sebelum nie Mary Jane menjadi gadis impian Peter Parker tetapi bukan untuk filem terbaru ni. Heroin terbaru tersebut ialah Gwen Stacy lakonan Emma Stone. Dalam komik Gwen adalah cinta pertama Peter Parker sebelum Mary Jane. Musuh Spider-Man kali ini ialah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Proto-Goblin lakonan dari pelakon Bollywood iaitu Irrfan Khan.
Filem ini diarahkan oleh Marc Webb. Filem arahan pertama dia ialah filem '(500) Days of Summer' tahun 2009. Filem 'The Amazing Spider-Man' adalah filem arahannya yang kedua. Walaupun dia pengarah yang kurang pengalaman, tapi telah mendapat pujian dari kalangan karyawan dan peminat filem Hollywood.
Laporan asal : murai.com
1 comments:
mesti tonton ni
Terkini : Ular Albino Berkepala Dua
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)