Bekas suami Avril Lavigne tu kini sedang dirawat di sebuah hospital di Sydney. Deryck diminta untuk tinggal disitu dan mungkin akan ditahan lama di wad kerana penyakitnya agak serius.
"Kami harus membatalkan beberapa konsert kerana Deryck Whibley sedang dirawat disebabkan radang paru-paru. Deryck kini dirawat di hospital di Sydney. Doktor sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk mengubati radang paru-paru Deryck dan akan tinggal di Sydney sampai sembuh," menurut wakil dari Sum 41 seperti yang dilaporkan NME hari nie.
Pihak pengurusan akan memastikan yang Deryck akan sembuh sepenuhnya sebelum Sum 41 menyambung semula konsertnya. Mereka akan tetap meneruskan tour dunia mereka 'Screaming Bloody Murder' di Australia.
Setakat nie pihak Sum 41 belum mengumumkan lagi bila mereka akan kembali ke konsert dan juga belum memberitahu tentang status tiket yang telah dibeli para peminatnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)