“Dia (Jolie) adalah wanita yang serba luar biasa. Dia adalah seorang ibu yang sempurna, lucu dan pintar,” kata Depp seperti dilaporkan Female First, Sabtu 5 Mac 2011.
Aktor berusia 47 tahun ni mengatakan dirinya tak dapat membayangkan jika dia menjadi Jolie dan Pitt. Kerana dia mengaku tak sanggup mengurus enam orang anak sekaligus. Belum lagi segala gerak-geriknya sentiasa diikuti paparazzi.
“Kalau saya, tak tahu apa yang harus saya lakukan. Mungkin saya akan merasa seperti dipenjara,” kata aktor yang mengenali Jolie setelah terlibat dalam penggambaran filem ‘The Tourist’.
Waktu pengambaran filem tu, Jolie kerap membawa keenam anaknya ke lokasi shooting. Mereka juga sempat menghabiskan waktu di kediaman Depp di Perancis.
Tak hanya Depp yang memuji Jolie. Di mata artis berbibir seksi tersebut, Depp juga aktor yang sempurna. “Ia adalah pelukis yang luar biasa, ia adalah musisi yang hebat, ia adalah aktor yang hebat,” kata Jolie.
0 comments:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)