[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

28 Feb 2011

Gambar teman wanita Fiq Mentor?!!!.....

Kongsi
28 Feb 2011


Dah jadik kebiasaan, sesiapapun yang jadi buah hati atau pendamping kepada seseorang selebriti, ia pastinya akan mendapat perhatian wartawan hiburan atau pun masyarakat.

Murai Batu rasa, sebab itulah ada ramai di kalangan artis tersebut yang terpaksa main sorok-sorok dengan wartawan untuk menutup cerita benar tentang kewujudan buah hati mereka itu.

Ada tu, sampai lari lintang pukang apabila terserempak dengan wartawan. Siap sanggup sembunyi dalam toilet lagi.

Walaupun macam tu, ada jugak pemegang title wartawan hiburan ni yang tetap boleh menghidu atau mendapat tahu tentang kisah percintaan sang artis. Haa.. jangan main-main tau.

Yelah, sekarang ni pun dah ramai paparazzi di Malaysia. Jadi tidak hairanlah paparazi ini sanggup cari duit dengan menyebarkan berita-berita sebegini kepada wartawan hiburan untuk disebarkan pula kepada pihak umum.

Pun begitu, bagi Murai Batu tak salah sebenarnya, kalau kisah cintan-cintun ini dikongsi bersama peminat, cuma janganlah ianya dilakukan secara berlebih-lebihan pula.

Peminat pun nak ambil tahu jugak siapakah bakal suami dan isteri kepada artis kesayangan mereka.

Nanti kalau tak disukai peminat, silap-silap hari bulan, artis itu tidak laku lagi selepas kahwin. Tapi jangan terlebih sudah. Cukuplah sekadar mengaku dan menjelaskan perhubungan tersebut.

Wah..dan macam doktor cinta pula Murai Batu nikan? Apa sekalipun, kali ini, Murai Batu nak story mory tentang kisah juara Mentor musim ke-2 iaitu Fiq. Agak lama Murai Batu tak dengar kisah dia. Paling-paling pun, Murai Batu hanya tahu dia sekarang tengah duk sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Tragis.

Sebelum itu, Fiq pernah berjaya melayakkan diri dalam peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) menerusi lagu Manifestasi Cinta dendangannya bersama kumpulan nasyid Mirwana dulu.

Kini, Murai batu dengar kehidupan Fiq semakin bahagia. Malah, semenjak protege Amy Search ini sudah mempunyai buah hati, senyumannya pun makin melebar sekarang ini.

Menurut sumber Murai Batu, kekasih hati Fiq ni bernama Fiona. Dengar cerita, Fiona yang cantik ini adalah seorang model. Malah, wajahnya sering menghiasi majalah fesyen tempatan.

Apa yang memanaskan cerita kali ini, sebelum dikatakan bercinta dengan Fiq, Fiona pernah melayari bahtera cinta bersama dengan bekas finalis Pencarian Majalah Maskulin iaitu Ariey Mustapha.

Tapi, mungkin percintaan mereka tidak kesampain kot. Apa pun, Murai Batu sendiri masih rambang lagi benarkah Fiona buah hati Fiq. Namun, melihat dari aksi gambar yang Murai Batu terima, mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang tengah dilamun cinta.

Jika benar mereka bercinta, Murai Batu doakan pasangan ini bahagia sampai ke jinjang pelamin.



Laporan asal : murai.com

0 comments:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords