[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

26 Sep 2010

Misha Omar bernikah jadi isteri kedua

Kongsi


Khabar angin yang mengatakan bahawa Misha Omar bernikah menjadi isteri kedua sememangnya sudah lama bertiup. Berita tersebut sudah tersebar sejak setahun yang lalu. Kabar angin tersebut menyatakan Misha Omar telah berkahwin dengan sorang ahli perniagaan berjaya dan terkenal dari Kelantan. Malah turut dikhabarkan kononnya penyanyi berusia 28 tahun itu pernah diserang oleh isteri pertama ahli perniagaan itu. Dibawah ini disertakan temubual bersama tuan punya badan, iaitu Misha Omar sendiri, bagi mengesahkan kesahihan berita ini.

Sebetulnya, anda sudah bergelar isteri atau belum?

MISHA: Tidak, saya tidak berkahwin seperti yang digembar-gemburkan. Malah, cerita ini sebenarnya sudah lama dibawa orang. Sejak bulan enam tahun lepas. Saya berani cakap sebab saya memang tak buat (kahwin).

Kalau betul saya berkahwin, saya akan berterus-terang. Sekarang, saya seperti didesak untuk menyatakan benda yang saya tidak lakukan.

Saya ubahsuai rumah kerana serangan anak-anai pun orang masih kata sebab saya nak buat majlis perkahwinan.




Anda kenal dengan ahli perniagaan yang dimaksudkan?

Saya memang kenal dengan lelaki yang dikatakan ‘suami’ saya itu. Saya menjual kereta Mercedes milik saya kepadanya. Memang ada berurusan tetapi kerana transaksi penjualan kereta. Persahabatan kami terjalin atas dasar itu.


Ada pihak yang turut mendedahkan nama jurunikah dan tempat anda berkahwin. Boleh komen?

Nama imam yang disebut itu saya kenal kerana saya membayar zakat dengannya. Malah, keluarga saya juga kenal baik dengan ‘tukang nikah’ tersebut.

Saya cabar mereka untuk tunjukkan bukti atau surat yang menyatakan saya sudah bernikah.

Saya sedih kerana orang turut melibatkan keluarga dan ibu. Ibu saya sendiri menangis dan minta penjelasan daripada saya.


Pernah diserang oleh isteri seseorang atau keluarganya?

Tidak pernah walaupun dengan satu panggilan telefon.


Apa pandangan peribadi anda terhadap poligami? Maklumlah anda juga digosipkan menjadi isteri kedua kepda seorang ahli perniagaan.

Selepas melalui pelbagai perkara dalam kehidupan, saya rasa saya berhak memiliki suami. Soal jodoh memang di tangan Tuhan. Pada penghujung hari kelak, semua Tuhan yang tentukan, jadi saya tidak berani cakap.


Pandangan anda tentang lelaki yang berpoligami?

Lelaki yang mahu berpoligami harus berani. Bukan menikus dan bernikah di Siam kemudian diam.

Dia juga harus terbuka dan berani berhadapan dengan keluarganya, keluarga bakal isteri dan juga isterinya sendiri.



Anda tidak akan berkahwin secara senyap-senyap seperti yang diuar-uarkan umum?

Kalau pun nanti berlaku atau siapa pun lelaki itu atau menjadi isteri yang ke berapa, saya janji akan beritahu.

Saya bukan jenis orang yang suka sorokkan perkahwinan. Saya tahu saya keluar dengan berita begini kerana khalayak mahu lihat saya berkahwin.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

nipu nipu nipu...mmg dia da kawen ngn ank/cucu aman razak pung!!

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords