[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

27 Sep 2010

Komunikasi Makhluk asing: Rakyat Malaysia wakili bumi

Kongsi


Untuk berkomunikasi dengan makhluk asing di angkasa lepas, penduduk bumi pastinya memerlukan wakil yang dilantik khas untuk berinteraksi dengan entiti berkenaan. Sekiranya terdapat makhluk asing yang ingin berinteraksi dengan penduduk bumi, maka bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58 juga seorang rakyat Malaysia bakal menjadi orang yang mula-mula sekali bertemu dengan makhluk asing secara rasminya.

Tanggungjawab itu diberikan kepada Mazlan secara rasminya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Ketua Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.

Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.

Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.

8 comments:

Neoneal_pejuangbebas on 27 September 2010 pada 11:45 PTG berkata...

Dia da jumpa da alien2 ne... Tp saja nk bagi saspen..ahaha

Tanpa Nama berkata...

Makhluk asing ni memang ada ke atau sekadar imaginasi mat saleh?

YunaliS berkata...

Haha ntah-ntah kalau jumpa makhluk asing dia yang lari dulu.....

Antu Laut on 27 September 2010 pada 11:48 PTG berkata...

Makhluk asing ni sebenarnya saudara aku gak... tapi dia sombong sebab selalu melancong ke luar bumi... duit banyak biasalah...

naem on 25 Disember 2011 pada 3:30 PG berkata...

makhluk asing mana wujud . dalam al Quran pun tak pernah sebut pasal alien or makhluk asing neh..yang ada manusia,binatang,tumbuh - tumbuhan,jin,iblis dan syaitan jep. Cerita pasal makhluk asing ni semuanya dari angkara orang putih or yahudi . Diorang sume hanya nak takluk minda umat islam . Dari kecil dah ada kartun alien ? WTF. sampai besar kita percaya wujudnya alien neh.

naem on 25 Disember 2011 pada 3:31 PG berkata...

yang rajin2 tuh tengok la the arrival yep. Disitu terdapat kebenaran .

naem on 25 Disember 2011 pada 3:40 PG berkata...

last2 . bacalah ni .

http://khairulaznan.wordpress.com/2011/05/18/konspirasi-dunia-makhluk-asing/

Tanpa Nama berkata...

berfikir secara terbuka...langit terbentang luas blom dpt diterokai sepenuhnye...makhluk allah berada dilangit mahupun lautan....

Catat Ulasan

Apa pendapat anda? Tinggalkanlah sepatah dua kata kat bawah ni! =)

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords