[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ][ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini : [ AxePolice ][ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]
19 April 2011
Sebelum ni dia pernah mengungkapkan yang dia sebenarnya tak suka terhadap bulu-bulu di tubuh lelaki, namun artis berusia 30 tahun ni ternyata sudah memiliki selera yang bertentangan dalam memilih pasangan.
Kim Kardashian mengaku bahawa dia akan merasa pelik jika melihat seorang lelaki jika tidak memiliki bulu di sekitar alat sulitnya.
Kim memberi pandangan bahawa bulu kemaluan adalah daya tarik tersendiri bagi seorang lelaki. Jika lelaki yang tidak memiliki bulu kemaluan akan terlihat sangat pelik.
"Saya tidak suka jika ada, tapi jika lelaki yang tidak punya bulu kemaluan. Itu aneh," ungkap artis yang kini sedang menjalin hubungan dengan pemain NBA Kris Humphries.
"Saya suka lelaki yang memiliki bulu kemaluan yang terjaga," lanjut Kim.
Kim juga menambah bahawa memelihara bulu kemaluan juga merupakan kewajiban untuk kaum adam. Bulu kemaluan yang tidak terjaga akan menurunkan daya penarik seorang lelaki ketika menjalani hubungan intim.
Read more >>
16 April 2011
Jika kita membuka halaman depan Google.com, kita pasti melihat logo Google yang ada di diganti dengan video yang boleh dimainkan.
Kalau kita klik, video ni adalah video hitam-putih yang dibuat Google untuk meraikan ulang tahun Charlie Chaplin yang ke-122.
Hari ni adalah ulang tahun Charlie Chaplin yang ke-122 dan aktor ni telahpun meninggal dunia tahun 1977 yang lalu.
Charlie Chaplin lahir di Birmingham pada tahun 1889. Seni lakonan memang sentiasa terdedah di sekeliling Charlie sejak ia masih bayi. Kedua orang tuanya adalah seniman teater walaupun tak pernah memberikan kehidupan yang baik buat keluarga Chaplin.
Setelah ayahnya meninggal dan ibunya terpaksa berehat, Charlie mulai aktif di panggung teater.
Tahun 1910, Charlie Chaplin pergi ke Amerika dan empat tahun kemudian Charlie sudah mulai muncul dalam filem yang berjudul KID AUTO RACES AT VENICE. Sejak waktu tu nama Charlie Chaplin mula dikenali, bahkan sampai kini pun Charlie Chaplin masih jadi salah satu legenda filem. Entah berapa banyak filem sudah dibintangi lelaki yang sempat bernikah empat kali ni namun yang jelas aktor ni sempat meraih tiga Oscar seumur hidupnya.
Read more >>
16 April 2011
Steven Victor Tallarico ataupun nama glamournya Steven Tyler selaku penyanyi band Aerosmith dilihat begitu pandai memanfaatkan potensi yang ada pada dirinya.
Pada usianya yang sudah senja tu dia kini mulai terarah ke dunia jurnalistik pula.
Sebelum ni salah satu dari juri AMERICAN IDOL tu telah menulis kisah perjalanan hidupnya dan seluruh anggota Aerosmith melalui Walk This Way. Menurutnya juga pada bulan depan dia akan melancarkan buku tu yang fokus menceritakan tentang dirinya pula.
Does the Noise in My Head Bother You adalah judul buku dengan 400 halaman yang akan dilancarkan Steven Tyler pada 3 Mei depan. So, buat para pemminat Steven Tyler, grab it fast!
Read more >>
15 April 2011
Aktor berusia 24 tahun ni mengaku sedih ketika terpaksa berpisah dengan gajah Thailand yang sudah lama bermain bersamanya selama ni.
Selesai shooting filem terakhirnya, Robert Pattinson mengakui yang dia juga telah menitiskan air mata.
"Saya menangis ketika hari terakhir shooting filem WATER FOR ELEPHANTS, dan terus berlanjutan hingga saya melakukan shooting untuk filem MARCH OF THE PENGUINS," kata aktor yang juga membintangi TWILIGHT tersebut.
Robert Pattinson juga mengungkapkan bahawa dia sangat rapat dengan gajah tersebut ketika shooting filem WATER FOR ELEPHANTS. Hal nilah yang kemungkinan besar membuatkannya sangat sedih ketika terpaksa berpisah dengan haiwan tersebut.
"Pertama kali bertemu dengan Thai, saya sangat tertarik dengan gigi dan mulutnya. Saya fikir mulutnya adalah tempat yang bagus untuk bermain-main," tutup Robert.
Read more >>
15 April 2011
Pernah digelar dengan gelaran 'The Most Beautiful Woman' dari majalah People membuatkan Jennifer Lopez tak perlu dihairankan jika banyak wanita yang iri hati dengan kecantikannya.
Namun jangan silap, ternyata ada satu kekurangan Jennifer yang tak ramai orang tahu, iaitu uban!
Juri AMERICAN IDOL ni menyatakan bahawa masalah uban yang dialaminya cukup unik. Ni kerana uban mulai tumbuh di rambutnya sejak dirinya berusia 23 tahun lagi, sehingga dia harus mewarnakan rambutnya setiap 2 minggu sekali.
"Ibu dan ayah ku juga mulai beruban di usia muda, aku juga sama. Umur 23 aku sudah ditumbuhi uban ketika aku mula-mula terlibat dalam filem," akui Lopez. Lopez pun menyatakan penyebabnya adalah tak lain tak bukan kerana stress dan tekanan dalam dunia hiburan.
Mengenai masalah tu, Lopez pun berkata, "Aku tak lagi berusia 20 tahun, jadi aku sangat senang. Ketika aku diberitahu tentang hal ini dulu, aku berteriak, 'What??' Tentu saja kini sangat menyenangkan, suatu kehormatan besar disebut seperti itu," tutupnya.
Read more >>
14 April 2011
Ni bukan kali pertama keluarga Osbourne tersangkut dalam kes hutang cukai.
Setelah kes cukai bernilai lebih kurang $ 35 ribu dolar yang menimpa Kelly, kini giliran Ozzy dan Sharon Osbourne pula mengalami nasib serupa.
Ozzy dan Sharon Osbourne dilaporkan berhutang lebih dari $ 1.7 juta atas cukai yang belum dibayar selama dua tahun sebelum nie. Data pejabat cukai menunjukkan bahawa rocker 62 tahun dan isterinya berusia 58 tahun tersebut belum membayar cukai bernilai $ 718,948.25 pada tahun 2008 dan $ 1,024,175.03 pada tahun 2009.
Masalah cukai yang menimpa keluarga Osbourne ni bukan kali pertama. Selain kes Kelly Osbourne yang baru terjadi beberapa bulan lalu, hal serupa juga pernah terjadi pada Sharon Osbourne yang dikabarkan berhutang senilai $ 23.000 di California pada tahun 2009.
Tidak jelas apa masalahnya yang menyebabkan keluarga ni sering terlibat dengan masalah hutang walaupun mereka ternyata memiliki aset berjuta-juta dollar.
Read more >>
14 April 2011
Setelah berpuluh tahun keudara, Oprah Winfrey akhirnya mengumumkan bahawa THE OPRAH WINFREY SHOW akan berakhir.
Untuk episod akhir yang istimewa ni sudah pasti tetamunya juga akan sangat istimewa.
Ianya tak lain tak bukan ialah Presiden Barack Obama!
Selama beberapa saat para hadirin menjadi tertanya-tanya siapakah tetamu istimewa yang akan menutup siri rancangan bual-bicara yang sangat digemari ramai ni. akhirnya diumumkan bahawa Presiden AS dan isterinya, Michelle Obama akan hadir dalam rakaman episod terakhir ni pada 27 April akan datang. Tetapi episod ni akan disiarkan di tv pada 2 Mei nanti.
Kehadiran Obama ni adalah untuk kali pertama dirinya datang sebagai seorang presiden. Sebelum ni Obama pernah menjadi tetamu pada tahun 2005 dan 2006 ketika dirinya masih menjadi senator. Tapi sebelum ni Michelle pernah menjadi tetamu Oprah.
Episod penutup ni dikatakan akan menarik banyak penonton di seluruh dunia. Oleh kerana tu, banyak syarikat akan berlumba-lumba untuk menyiarkan iklan mereka dalam siaran kali ni. Untuk 30 saat pemutaran iklan, sebuah syarikat harus membayar 1 juta dolar.
Read more >>
13 April 2011
Cheryl Cole sebenarnya sentiasa berpikir untuk memotong rambut panjang yang sering menjadi ciri khasnya.
Namun keinginan tersebut tidak pernah terjadi kerana dia tidak memiliki kepercayaan terhadap diri untuk tampil dengan rambut pendek.
"Tidak, tidak, tidak! Saya memang ingin potong rambut, tapi saya harus memikirkannya dua kali. Perlu kepercayaan diri yang lebih untuk itu, dan saya pikir saya tidak sesuai untuk itu," kata Cheryl Cole ketika ditanya tentang rancangannya memotong rambut.
Cheryl Cole juga berkata bahawa dia perlu meneliti terlebih dahulu agar kuat mentalnya untuk tampil dengan rambut pendek. Baginya style rambut yang kini dia tampilkan adalah style yang paling membuatnya selesa. Dia tidak yakin untuk tampil dengan potongan rambut lain.
"Saya suka rambut panjang. Rambut panjang itu seperti selimut yang nyaman. Dengan rambut pendek kita tidak boleh bersembunyi di balik apa-apa," lanjut Cheryl.
Read more >>
13 April 2011
Walaupun dikenali sebagai keluarga bintang, namun Jada Pinkett mengatakan bahawa sebenarnya keluarga Smith adalah keluarga biasa saja.
Aktiviti harian yang mereka jalani adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh keluarga lain. Oleh tu Jada menekankan bahawa sebenarnya keluarga Smith bukan keluarga istimewa.
"Mungkin tidak seorang pun yang percaya. Tapi sungguh keluarga kami ini adalah keluarga yang sangat biasa. Yang lainnya hanya saja kami terlibat dalam urusan yang luar biasa," kata isteri Will Smith tersebut sebagaimana dilapor dari majalah Grazia.
Jada Pinkett juga mengatakan bahawa kehidupan harian mereka juga sangat sama seperti keluarga lain. Mereka biasa berkumpul bersama keluarga untuk melakukan tugasan rumah tangga. Kehidupan mereka juga tidaklah terlalu sibuk.
"Kami banyak menghabiskan waktu bersama. Saya sering melakukan outdoor bersama anak-anak. Tapi ayah mereka jarang ikut, kerana dia memang tidak terlalu suka dengan dengan alam semulajadi," kata Jada.
"Kami sering bermain surfing, jalan-jalan, atau hanya duduk sambil menikmati makanan. Bilik anak-anak juga seperti bilik anak-anak biasa. Sangat berselerak," tutupnya.
Read more >>
13 April 2011
Aktor yang berasal dari UK ni mengaku yang dia senang tinggal di Los Angeles.
Namun dia juga mengaku takut jika membayangkan suatu hari nanti anak-anaknya akan bercakap kepadanya dengan loghat Amerika. Oleh kerana tu juga sebenarnya dia ingin kembali ke UK.
"Saya diam-diam ingin kembali ke UK. Saya takut membayangkan anak-anak saya bercakap dengan cara Amerika suatu masa nanti," kata suami Katy Perry tersebut.
Tidak jelas apa yang membuatnya takut jika anaknya bercakap dengan loghat Amerika. Tapi yang jelas, Russell Brand masih ragu-ragu untuk membincangkan hal ni kepada isterinya.
Russell mengatakan bahawa ideanya untuk kembali ke UK tidak akan diterima begitu saja oleh Katy yang dibesarkan di California. Dia harus melakukan usaha lebih keras untuk meyakinkan isterinya tu.
"Namun saya yakin saya dapat mengawal ketakutan saya itu. Paling tidak saya akan mengajar loghat Inggris kepada anak-anak saya hingga tahap tertentu," lanjut Russell, sebagaimana dilapor majalah Seven.
Read more >>