[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

19 Mac 2011

Gambar kesilapan dalam filem-filem James Bond.

Kongsi 1 comments
19 Mac 2011


James Bond 007 adalah karakter fiksyen yang dicipta pada tahun 1953 oleh penulis Ian Fleming.

Karakter tersebut ditampilkan dalam dua belas novel dan dua koleksi cerita pendek. Karakter tu kini telah diadaptasi ke filem dan menjadi karakter paling berjaya secara finansial franchise untuk filem berbahasa Inggris. Proses ni dimulakan pada tahun 1962.

Walaupun James Bond sentiasa digarap mengunakan teknologi terkini mengikut perkembangan zamannya, tapi ternyata para producer tak dapat mengelakkan beberapa kesilapan kecil yang akhirnya dapat dikesan oleh para pemerhati filem.

Walaupun kesilapan minimum ni biasanya tak disedari oleh penonton, tapi atas kesilapan minimum ni juga telah memalukan production mereka yang sentiasa menghabiskan budget besar untuk menyiapkan setiap filem tu.

Laaa ni telah disediakan beberapa gambar yang menunjukkan kesilapan-kesilapan kecil didalam filem James Bond dari siri awal filem ni diterbitkan sehinggalah filem-filem terbaru mereka. layannn...























Read more >>

Daniel Radcliffe tak malu dedahkan...

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Kebanyakan artis tidak suka menmendedahkan kehidupan mereka.

Tapi berbeza dengan Daniel Radcliffe yang mengaku bahawa dirinya tidak takut berkongsi cerita kehidupannya dengan umum. Daniel tidak keberatan untuk membicarakan kehidupan pribadinya kerana menurut Daniel kehidupannya sangat membosankan.


"Saya merasa selesa saja membicarakan kehidupan pribadi saya, kerana saya merasa kehidupan saya begitu membosankan,” kata aktor yang melakonkan tujuh filem HARRY POTTER ni.

Dengan sifatnya yang terbuka ni Daniel mengaku mudah untuk dia sesuaikan diri jika harus pergi ke manapun. Dia juga berkata bahawa selama ni dia tidak berasa sulit untuk pergi ke mana-mana. Walaupun terpaksa menyamar, dia tak terlalu sukar berdandan untuk menutupi penampilannya.

“Walaupun membosankan, saya suka kehidupan saya. Saya mudah saja berjalan diantara orang lain. Tinggi saya 5 kaki, dan saya cukup memakai jaket besar dengan tudung di atasnya. Saya berjalan dan tidak ada seorang pun yang akan mengenali saya,” tutup Daniel.


Read more >>

Mark Hoppus (Blink 182) lelong harta untuk tsunami.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Kini semakin rancak para selebriti tampil kedepan untuk memikul tanggung jawab sebagai karakter yang dikenali dalam usaha mengumpul dana bagi misi kemanusiaan tsunami .

Tak terkecuali Mark Hoppus yang tidak mau kalah untuk turut menonjolkan diri membantu meringankan beban korban gempa dan tsunami di Jepun. Sumbangan tersebut berbentuk pencairan dana dengan melelong barang kenang-kenangan Mark melalui eBay.

Benda yang dilelong antaranya adalah tulisan tangan Mark yang tertulis lirik lagu Rock Show. Sejak perkara ni diumumkan, tulisan tangan asli dari kumpulan Blink-182 tersebut sudah ditawar 79 kali dengan harganya kini mencapai $ 20.300. Jumlah tersebut dikatakan akan terus bertambah menjelang enam hari lagi tawaran dibuka.

Barang lain yang dilelong adalah kemeja orange yang dipakai Mark dalam video klip Dammit yang kini laku hingga $ 2226, serta CD promo What's My Age Again yang juga ditawarkan hingga $ 2.025.

Semua kutipan yang diterima dalam lelong tersebut akan diserahkan kepada Palang Merah Amerika untuk disalurkan kepada korban bencana di Jepun. Atas kerjasama ni, Mark merasa sangat berterima kasih kepada pihak eBay yang turut membantu secara teknikal.

"Terima kasih kepada semua pihak di ebay kerana telah berinisiatif membantu para korban dengan cara lelong. Semoga bantuan ini bermanfaat bagi mereka,” tulis Mark di Twiternya.


Read more >>

Pengarah tarik diri dari 'THE WOLVERINE'.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Sekuel THE WOLVERINE akan berbeza selepas ni.

Ini kerana Darren Aronofsky yang menjadi pengarah sejak tahun lalu telah menyatakan hasratnya untuk mengundur diri dari filem yang dibintangi Hugh Jackman ni.

Apa alasan Darren?

Nampak seperti seorang profesional yang rela mengorbankan apa saja untuk kariernya. Tapi ternyata alasan Darren melepaskan peluang ni adalah kerana keluarga. Ketika dirinya harus memilih antara keluarga atau karier, Darren lebih memilih keluarganya.

"Setelah berbincang tentang filem ini bersama Fox, bagiku jelas produksi THE WOLVERINE akan membuatku berada di luar negara hampir satu tahun. Aku tidak selesa berada jauh dari keluarga selama itu," kata Darren.

Darren, yang memiliki seorang anak lelaki berusia 5 tahun dari bekas kekasihnya Rachel Weisz, juga menyatakan, "Aku sedih kerana tak turut serta melihat projek ini berjalan, kerana jalan ceritanya sangat menarik dan aku juga sangat suka bekerja bersama sahabatku, Hugh Jackman."

Pihak produser juga sangat kecewa dengan penarikan diri Darren dari filem ni. "Walapun kami memang kecewa kerana Darren tak terlibat dalam THE WOLVERINE, tapi kami memahami dan menghormati alasannya. Setelah bekerja dalam THE WRESTLER dan BLACK SWAN dengan Darren, kami tahu dia punya bakat luar biasa dan kami tak sabar untuk bekerja sama lagi di masa depan," kata juru cakap Fox.

Walaupun Darren tarik diri, tapi Jackman dan Fox yakin bahawa mereka akan menyelesaikan THE WOLVERINE dengan sebaik mungkin. Shooting akan diadakan di Jepun, sesuai dengan plot yang sudah dirancang dengan teliti.


Read more >>

Tylor Swift goda Zac Efron.

Kongsi 0 comments
19 Mac 2011


Taylor Swift memang cantik dan tak heran jika Zac Efron tergila-gila pada aweks sorang ni.

Tapi masalahnya kisah romantis mereka hanya akan terjadi dalam filem saja. Swift dan Efron bakal jadi pasangan kekasih dalam filem animasi berjudul THE LORAX yang diadaptasi dari buku kanak-kanak yang ditulis oleh Dr. Seuss.

Itu pun Taylor Swift hanya akan meminjamkan suaranya saja untuk mengisi karakter yang menjadi wanita pujaan karakter yang dibawa oleh Zac Efron.

Walaupun keduanya adalah nama besar dalam dunia hiburan tapi kali ni watak yang mereka pegang bukanlah watak utama. Menurut Splash News, watak The Lorax akan menggunakan suara komedian, Danny DeVito.

Filem kedua Taylor Swift ni juga akan disunting dalam teknologi 3D dan akan diedarkan oleh Universal Pictures. Nama lain yang digunakan suaranya dalam projek ni adalah Betty White yang akan menyumbang suara karakter nenek Zac Efron.

Belum dipastikan lagi bila filem animasi ni bakal ditayangkan namun projek ni memang sudah diumumkan pasti jadi.

Walaupun ni adalah projek animasi pertama Taylor Swift namun awek 21 tahun ni dilihat tak akan mengalami kesulitan kerana dia sudah biasa dengan pengolahan vokal. lebih-lebih lagi wanita kelahiran Wyomissing, Pennsylvania ni juga suka bercakap sorang diri!


Read more >>

Megan Fox berlakon dalam sambungan filem KNOCKED UP .

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Walaupun tahun ni Megan Fox tak muncul di layar lebar, tapi bukan berarti karier aktres yang sering disebut sebagai kembar Angelina Jolie ni dah berakhir.

Baru-baru ni Megan dikatakan suah pasti akan berlakon dalam filem yang merupakan spin-off dari KNOCKED UP yang pernah ditayangkan pada tahun 2007 lalu.

Tapi belum dipastikan lagi watak apa yang akan di pegang Megan Fox dalam filem ni. Splash News hanya menyebutkan Megan sedang dalam perbincangan untuk tampil bersama Paul Rudd dan Leslie Mann dalam filem Universal ni.

Yang pasti Rudd dan Mann akan menyambung watak mereka dalam KNOCKED UP dan kali ini mereka akan menjadi karakter utama dalam filem ni.

Sama seperti KNOCKED UP, Judd Apatow masih lagi menduduki kerusi pengarah sekaligus produser filem tersebut. Selain Apatow, Barry Mendel dan Clayton Townsend juga bertanggung jawab sebagai produser filem ni.

Dalam filem KNOCKED UP, Rudd dan Mann hanya memagang watak kecil dibelakang karakter yang dilakonkan oleh Seth Rogen dan Katherine Heigl. Mann memegang watak sebagai adik Heigl sementara Rudd pula sebagai saudara iparnya.


Read more >>

18 Mac 2011

Hacker sedang menjejaki gambar bogel teman wanita Justin Bieber.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Sebelum ni hacker berjaya mencuri data pribadi milik Vanessa Hudgens dari emailnya. Apa yang memeningkannya apabila foto-foto bogelnya pun telah tersebar luas.

Setelah berjaya dengan tu, kini khabarnya Selena Gomez pula akan menjadi sasaran selanjutnya.

Hal tersebut diberi tahu oleh seorang agen FBI seperti dilapor aceshowbiz hari ni. Menurutnya kini hampir 50 selebriti perempuan menjadi sasaran cybercrime tersebut.

Sekarang dikhabarkan email milik Selena tu juga sudah berjaya mereka perolehi. FBI berpendapat yang tindakan para 'pencuri' ni bukan semata-mata kerana wang. Tapi mereka hanya mahukan sensasi dan perhatian.

Dulu Vanessa Hudgens telah melakukan pertemuan dengan FBI. Dia juga telah melaporkan tindakan para hacker yang telah memcuri dan menyebarkan datanya tersebut. Vanessa mengaku, foto-foto bogel itu memang disimpan dalam akaun email miliknya. Dia sungguh percaya kerja ni dilakukan oleh hacker.


Read more >>

Kesha gian minum darah!.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



PENYANYI Kesha membikin gempak dengan membuktikan yang dirinya sungguh hauskan darah.

Ketika membuat persembahan di Brisbane Future Music Festival, Australia akhir minggu lalu, penyanyi “Tik Tok” tu cuba menarik perhatian dengan melakukan aksi yang dikatakan ngeri oleh para peminatnya.

Ketika menyanyikan lagu “Cannibal” dia telah melakukan aksi yang pasti membuatkan Ozzy Osbourne bangga. Dalam pertengahan lagu, seperti dilaporkan Popeater semalam, Kesha dilihat mengambil sesuatu objek yang berbentuk seperti hati dan kemudian menekannya. Dari hati tu kemudiannya keluar darah segar lalu diminum oleh Kesha dan sebahagiannya lagi disiramkan pada bajunya yang bercorak bendera AS terkoyak.



Read more >>

Kate Middleton buat pembedahan plastik.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Setelah rasmi sebagai tunang Putera William, Kate Middleton kini sekali lagi menarik perhatian masyarakat dunia.

Kabarnya, Kate akan menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki wajahnya.

Seperti dilapor Showbiz Spy hari ni, sumber di kerajaan mendedahkan yang Kate sadar dirinya akan menjadi tumpuan utama para fotografer "Dia (Kate) benar-benar takut terhadap hal itu," kata sumber.

Sumber tersebut mengatakan Kate merancang untuk melakukan pembedahan plastik ringan tak lama lagi. Kemungkinan Kate akan hilang sementara dari sorotan media. "Saat ni Kate sedang mencari ahli bedah yang terbaik di Swiss," tutup sumber.

Kate ingin dilihat sebagai perempuan yang moden di depan umum. Dia juga dikatakan ingin menonjolkan imej glamor dirinya.
dan semua orang akan memperhatikan penampilannya secara teperinci.



Read more >>

Sandra Bullock penyumbang dana terbesar untuk tsunami.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Pemenang Oscar Sandra Bullock baru-baru ni telah menyumbang US$ 1 juta untuk membantu korban bencana di Jepun, berdasarkan laporan Palang Merah Amerika semalam. Beberapa selebriti lain dan studio-studio di Hollywood juga telah menyatakan komitmen untuk membantu Jepun.

Charlie Sheen, bintang kontroversi Hollywood, menyumbangkan US$ 1 dari setiap tiket pertunjukan pentasnya kepada Palang Merah. Bintang pop Lady Gaga menjual gelang untuk bantuan Jepun dan dalam waktu 48 jam dia telah berjaya mengumpul US$ 250 ribu dan penjualan gelang tersebut sedang berjalan.

Penyanyi Katy Perry pula menyumbangkan hasil penjualan tongkat cahaya konsert tournya untuk Palang Merah di Jepun.

Walt Disney Co menyumbangkan US$ 2,5 juta kepada Palang Merah Amerika untuk misi kemanusiaan di Jepun, dan juga mengatakan akan mengumpulkan sumbangan pekerja mereka sampai US$ 1 juta.

Studio Warner Bros telah menjanjikan penjualan DVD dan Blu-ray filem "Hereafter" untuk Palang Merah di Jepun.

Sumbangan Bullock merupakan sumbangan terbesar dari bintang Hollywood secara pribadi.

Palang Merah Amerika, yang awal minggu ni mengumumkan kutipan mencecah US$ 10 juta ni kesemuanya akan disumbangkan kepada Masyarakat Palang Merah Jepun.


Read more >>

Video bom Ahmad Dhani.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



Berikut adalah video bom buku yang diterima oleh Ahmad Dhani di rumahnya. Ahmad Dhani baru-baru ni telah menjadi sasaran oleh satu individu yang telah mengirimkan satu bungkusan bom buku ke kediamannya.

Tapi bom buku tersebut tidak menyebabkan korban. Polis telah melupuskan bom tersebut dengan meletupkannya di tempat lain.

Bungkusan bom tersebut juga telah di hantar ke rumah aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL), Ulil Abshar-Abdalla. Hingga kini sudah ada 4 bom buku telah disebarkan.

Bungkusan bom buku tersebut dibungkus dalam sampul coklat yang berjudul Yahudi Militan dengan Bukti-bukti serta bantahan Ahmad Dhani sebagai seorang Yahudi. Pengirim bom buku tersebut bernama Alamsyah Muchtar.



Read more >>

Ahmad Dhani di ancam bom.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011


Baru-baru ni dikatakan bahawa Ahmad Dhani telah menerima satu bungkusan buku yang dihantarkan kepadanya.

Apa yang membuat dia terkejut besar adalah kerana bungkusan tu merupakan sebuah bom yang diterima di rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Perkara ni telah disahkan oleh Inspektor Satu Prayitno.

"Kami sudah memanggil kumpulan penyiasat", kata Kepala Unit Reserse Kriminal Kepolisian Sektor Kebayoran Lama tu kepada wartawan semalam.

Bungkusan tu berbentuk buku yang diikat. Namun, Prayitno belum memberikan maklumat lanjut kerana polis sedang melakukan penyiasatan.

Kepala Kepolisin Resor Jakarta Selatan Komisaris Besar, Gatot Edy Pramono juga akan membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian. "Saya mau merapat," katanya. Ia mengatakan yang dia belum pasti adakah ancaman tersebut merupakan bom sebenar.

Dari rekod, ni adalah ancaman bom keempat dengan cara yang sama, iaitu melalui bungkusan buku.

Selasa lalu bungkusan bom buku seperti ni juga telah dikirimkan kepada Ulil Absar Abdalla, Ketua Parti Demokrat dan pemilik Jaringan Islam Liberal; Kepala Badan Narkotika Nasional Gories Mere, serta Ketua Pemuda Pancasila Yapto Suryosumarno.


Read more >>

Oraang tua Miley Cyrus batal cerai.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



Setelah berbagai masalah dan tekanan yang melanda, Miley Cyrus akhirnya kini dapat bernafas lega dan bahagia.

Satu khabar terdekat bintang Disney ni telah memberitahu bahawa rancangan perceraian kedua orang tuanya kini telah dibatalkan!.

Hal ni sudah dipersetujui oleh ayahnya, Billy Ray Cyrus, dalam sebuah wawancara dengan The View. Billy menyatakan bahawa dia telah memutuskan untuk memberikan satu lagi peluang buat perkahwinannya dengan Tish Cyrus.

"Aku telah membatalkan perceraian. Aku ingin menyatukan keluargaku kembali. Keadaannya sudah sebaik dulu. Aku merasa aku memiliki Miley kembali. Aku merasa kami adalah ayah dan anak sebelum HANNAH MONTANA," katanya.

Dulu Billy telah menyalahkan filem ni sebagai penyebab hancurnya keluarga mereka. Kini Billy juga menyatakan bahawa populariti telah menjadi penyebab semua tu berlaku.

"HANNAH MONTANA tidak menghancurkan keluargaku, tapi populariti. Bila kau sudah 'naik' (dalam populariti), kau akan merasa seperti diikat di sebuah roket," katanya.


Read more >>

Preview ' SCREAM 4' !

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



1) 'SCREAM' awalnya dijangkakan sebuah trilogi namun sejak muncul bahagian ketiga, khabar angin bakal munculnya bahagian keempat sudah mula diperkatakan.

2) Bahagian keempat berjudul 'SCREAM 4' diterbitkan selepas sebelas tahun dari bahagian ketiga yang ditayangkan pada tahun 2000.

3) Setelah jadi khabar angin cukup lama, David Arquette, Courteney Cox, dan Neve Campbell akhirnya rasmi untuk kembali dalam 'SCREAM 4' ni.

4) Wes Craven yang mengarahkan tiga filem awalnya pun telah bersedia menduduki kerusi pengarah pada projek kali ni.

5) Filem ni sepatutnya ditayangkan pada bulan Oktober 2010, tapi kerana masih ada bahagian yang belum sempurna, maka jadual tayangan terpaksa ditunda hingga 15 April 2011.

6) Scout Taylor-Compton dan Shane Dawson telah mengikuti audition untuk filem ni.

7) Awalnya Ashley Greene diminta menjadi pelakon utama namun akhirnya watak tu diberikan kepada Emma Roberts.

8) Lake Bell mulanya pasti turut berlakon tapi akhirnya dia undur diri waktu shooting sudah berjalan. wataknya kemudian diambil alih oleh Marley Shelton.

9) Lauren Graham juga undur diri saat akhir ketika filem ni sudah mula shooting. Mary McDonnell kemudian menggantikan posisinya.

10) Ketika table reading sudah dimulakan (25 Jun 2010) seluruh pelakon diminta berhenti pada muka surat 75 agar tidak seorang pun tahu kisah akhir untuk filem ni.

11) 'SCREAM 4' adalah satu-satunya filem horor yang berjaya kerana tetap menggunakan pelakon yang sama untuk karakter-karakter utamanya.

12) 'SCREAM 4' ni mempunyai jarak 15 tahun dari filem pertamanya yang ditayangkan pada 1996.

13) Wes Craven berkata dia tak mau menjadi pengarah kecuali jika jalan cerita filem ni lebih bagus dari bahagian pertama dulu.

14) Wes Craven juga muncul sebagai Cameo dalam filem ni. Dia telah meminta peminatnya untuk memberi buah fikiran apa yang mereka ingin tontonkan melalui Twitter.

15) Trailer pertama filem ni telah muncul dalam acara Spike TV Scream Awards 2010.

16) Ada khabar angin mengatakan Patrick Dempsey bakal meneruskan karakter yang dia pegang dalam 'SCREAM 3', tapi tu mungkin hanya rumor.

17) Dalam filem ni Anthony Anderson diberi watak sebagai Deputy Perkins. Anderson juga pernah muncul dalam beberapa siri 'SCARY MOVIE'. 'SCARY MOVIE' pertama adalah adaptasi dari 'SCREAM'


Read more >>

Seann William Scott kembali untuk American Pie.

Kongsi 0 comments
18 Mac 2011



Jika korang pengikut tegar siri AMERICAN PIE, korang pasti masih ingat dengan karakter Steve Stifler.

Kabarnya untuk siri kelapan nanti, karakter Steve Stifler ni masih tetap dikekalkan dan siapa lagi yang akan memegang watak tu kalau bukan Seann William Scott.

Walaupun aktor ni terpaksa menjalani proses pemulihan namun studio yakin alasan tu tak akan mempengaruhi pembikinan filem untuk ni. Splash News melaporkan Seann William Scott sedia untuk kembali bergabung bersama Jason Biggs dan Eugene Levy untuk melanjutkan siri suka ramai yang mula ditayangkan sejak tahun 1999 lalu.

Bintang lain seperti Tara Reid, Chris Klein, dan Mena Suvari pun dikhabar sedang dalam perbincangan untuk kembali membawakan watak mereka.

Kini Seann William Scott dikatakan sedang mengikuti proses pemulihan walaupun tak dijelaskan lebih detil punca dia menyertainya. Seann secara sukarela mengikuti program ni dan yang penting itu tidak mempengaruhi jadual shooting siri ke lapan AMERICAN PIE ni.

AMERICAN PIE bermula pada tahun 1999 dan siri keduanya dua tahun kemudian. AMERICAN PIE kemudian bersambung dengan siri AMERICAN WEDDING, BAND CAMP, THE NAKED MILE, BETA HOUSE, dan THE BOOK OF LOVE.


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords