[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

24 Feb 2011

Gambar Lady Gaga layan peminat.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Tengoklah macam mana cara Lady Gaga nie melayan peminatnya. Sampai macam tu sekali nak sain autograf punya pasal.

Lelaki malang tu disewa untuk menjemput Gaga dari pementasanya di Madison Square Gardens. Letih jugak dia mengharungi orang ramai dan kawan yang belakang terpaksa memegang Gaga, takut-takut tercampak keluar kena tarik orang ramai.

Pihak keselamatan yang menjaga Gaga terpaksa sentiasa berjaga-jaga kerana mereka selalu mengalami masa-masa tak terduga. Tau-tau jar kena
ambush dengan orang ramai di mana-mana saja walaupun ditempat-tempat yang tak dijangka. Apatah lagi sekarang nie Gaga sedang hot dengan comeback nya 'Born This Way'. Single ni telah mendapat rating tertinggi sehingga menjadi video paling banyak ditonton di You Tube dan album terlaris setakat nie.




Laporan asal : thesun.uk
Read more >>

Gambar Tiz Zaqyah waktu sekolah.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Kalau kita flash back semula zaman-zaman sekolah dulu mesti rasa kelakar sangat kannn. Apatah lagi bila tengok balik gambar-gambar kita dengan kawan-kawan. Rasa macam nak balik semula jer ke masa tur. Zaman tulah kita rasa apa tu kebahagiaan hidup. Otak tak hengat lain, yang tau enjoy saje. Muka semua beringus lagi tapi nak kerut macam gengster!. Ingat 'terer' sangat, sekali kena lempang nangis...haha.

Zaman tu memang nakal tak hengat, kalau tidak nakal tu bukan budak lah kan namanya. Walaupun tak semaju sekarang tapi zaman tu JenTik rasa jauh lebih happening dari suasana budak-budak sekarang!...Paling syok aktiviti JenTik masa tu ialah 'godak sungai'. Cakap mak nak pegi ngaji, tapi balik-balik kantoi mata merah!...zassss sekali!.

Banyak lagi lah aktiviti yang menyeronokkan waktu tu. Memang tak reti diam. Ada saje benda nak di buat nya. Tapi sekarang dah lain sangat. Tengok mak dengan ayah pun dah tua. Kalau mereka takde masa tu tak tau lah kita jadi apa. Terima kasih kat mereka sebab buat kita semua hidup. Kawan-kawan pun semua sekarang dah berjaya, ada yang doktor, cikgu dan macam-macam lagilah. Yang menonggeng sekarang pun ada akibat tak dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Oklah, cite pasal kenangan nie seminggu pun tak abis. Bila sesekali cuti terutamanya raya baru jumpa kawan-kawan lama then share balik kenangan-kenangan tue suma. Memang ketawa sampai berguling lah ingat perkara 'bodo' yang kita buat dulu.

Laaa nie kita bagi Tiz Zaqyah pulak tengok dia punya pic masa sekolah dulu. Tak tau lah apa dia fikir bila imbau balik gambar-gambar nie. Mesti dia pun banyak benda nak share bila tengok gambar nie. Sooo, enjoy the pic! .







Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Dira tak layak jagi hos Melodi???.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011



KUALA LUMPUR, 24 FEB 2011: Khabar berita yang mengatakan bahawa bintang Raja Lawak musim pertama, Zizan serta bintang Sehati Berdansa 3, Dira bakal menggantikan tempat Fara Fauzana dan Wahid Senario sebagai hos bersama program hiburan Melodi, bukanlah menjadi satu rahsia lagi. Malah, kedua-dua mereka dilaporkan bakal menggalas tugas baru tersebut bermula pada 3 April 2011 ini.

Walaupun Melodi merupakan sebuah program hiburan berteraskan infotainment santai yang penuh sensasi dam kontroversi, namun mengendalikannya tidaklah semudah seperti yang disangka.

Apatah lagi bila ianya pernah dikendalikan oleh pengacara yang hebat-hebat seperti Fauziah akan Ogy Datuk Ahmad Daud, Saiful Apek, Aznil Hj Nawawi Raja Azura aka Kak Engku, Haliza Misbun serta Sheila Rusly.

Ada di antara mereka ini yang berjaya mengendalikan Melodi dengan baik. Ada juga yang sebaliknya. Bagaimana pula dengan Zizan dan Dira apabila disatukan di dalam program ini nanti?

Mampukah mereka mencari keserasian serta rentak yang sama sebagai hos Melodi? Lebih-lebih lagi, mereka tidak pernah berkerjasama dalam mana-mana program sebelum ini.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai semua ini. Hakikatnya, Zizan dan Dira pastinya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri serta mencapai keselesaan dengan Melodi. Namun, ada pula yang beranggapan Dira tak sesuai digandingkan dengan Zizan. Mengapa?

Adakah ini sebab-sebabnya:-

1. Dira kurang popular?

2. Dira tidak mnenonjol sebagai pengacara?

3. Dira bukan seorang yang gila-gila?

4. Dira tak mampu ikut rentak Zizan yang spontan?

5. Dira tak punya aura yang kuat sebagai hos Melodi?


Apa pula pandangan beberapa editor murai.com.my?

Elly (Ketua Editor murai.com.my): Dira? Wait! (Sambil memikirkan program yang pernah dikendalikan oleh Dira. Apa ek?).Hmmm...Sebenarnya pihak penerbit mempunyai hak untuk memilih siapa pun untuk menjadi hos Melodi. So, kalau mereka nak pilih Dira pun, itu hak mereka. Tapi saya bimbang saya hanya akan nampak Zizan saja dalam program ni. Harap-harap saya salah dan harap-harap perkara itu tidak akan terjadilah. Apapun, saya sangat teruja menanti gandingan mereka sebagai hos program Melodi. All the best ya!

Ayie (Editor murai.com.my): Dira? Why Dira? Itu yang membuatkan saya tertanya-tanya. Sebab, dia jarang diberikan pendedahan atau peluang untuk mengacarakan program yang mempunyai impak serta pengikut yang besar. Tapi mungkin, pihak penerbit sengaja berbuat demikian untuk mencari angin baru. Apapun good luck buat Zizan dan Dira.

Helmi (Editor murai.com.my): Melodi sering dikaitkan dengan isu yang panas, hangat, kontroversi dan sebagainya. Justeru itu, pemilihan pengacaranya mestilah berkaitan dengan kemampuan menaikkan hype, sinikal, dan over tapi tidak menjengkelkan. Persoalannya adakah Dira mempunyai semua kriteria itu tersebut sedangkan Zizan ada memiliki semua itu. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sajalah nanti.



Read more >>

Syuib, Sarah duduk rumah baru lepas kahwin.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011


KUALA LUMPUR, 24 FEB 2011: Hanya tinggal satu hari lebih saja bagi pelakon dan pelawak, Shuib yang juga anggota kumpulan Sepah menanti detik-detik bahagia untuk mengakhiri zaman bujangnya.

Bakal diijabkabulkan dengan penyanyi popular, Sarah Raissudin yang juga tunangnya di Hotel Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada 26 Februari 2011, Shuib yang ditemui murai.com.my
memberitahu bahawa segala persiapan untuk majlis pernikahannya kini telah pun berjalan seperti apa yang diharapkan.

"Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun kami masing-masing sibuk bekerja, namun ia masih tak menghalang kami untuk membuat serba-sedikit persiapan untuk melangsungkan pernikahan kami ini.

"Namun, tentang soal pemilihan tema majlis pernikahan serta perkahwinan dan sebagainya, saya banyak serahkan perkara ini kepada Sarah untuk membuat keputusan kerana dia lebih mahir dalam ba-bab yang sebegini. Apa yang saya tahu tema penikahan kami nanti akan menggabungkan konsep Inggeris dan Melayu.

" Setakat ini semua persiapan sudah pun hampir lengkap. Yang perlu saya perlengkapkan sekarang ini adalah persediaan diri saya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya perlu bersedia dari sekarang," katanya lagi.

Lebih selesa merahsiakan jumlah wang hantaran yang bakal diserahkan kepada Sarah kelak, Shuib bagaimanapun memberitahu, pihak akan menyerahkan 5 dulang hantaran kepada pihak keluarga Sarah.

"Tentang jumlah wang hantaran, rasanya tak perlulah saya beritahu kerana ianya sangat personal. Cukuplah dengan sikap terbukaan saya selama ini," tambahnya lagi

Memilih untuk mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat dan Deq Sha pada hari berbbahagia tersebut, Shuib memberitahu, dia dan bakal isterinya itu akan berpindah dan duduk bersama di rumah baru mereka di Puchong, Selangor.

"Insya Allah, jika tiada aral melintang, kami akan berpindah di rumah yang baru selepas nikah nanti. Saya mahu kami mulakan hidup yang baru dalam suasana yang juga baru. Sebab, saya sendiri pun belum pernah tinggal di rumah itu. Lagipun, saya memang sediakan rumah itu khas untuk bakal isteri saya," jelasnya.

Menjalinkan hubungan cinta selama lebih satu tahun, Shuib mengakui Sarah seorang yang sangat disenangi oleh keluarganya sejak mereka dipertemukan.

"Keluarga saya sangat sukakan Sarah. Kami juga tidak pernah ada masalah dengan keluarga masing-masing. Itu yang membuatkan saya senang hati. Malah sikapnya yang pandai ambil hati orang tua, telah membuatkan hubungan dia dan keluarga saya sangat akrab.

"Saya juga sukakan Sarah kerana sikap manja yang ada padanya itu. Saya juga sukakan masakanya. Dia memang seorang yang pandai memasak," kata Shuib yang sudah merancang untuk berbulan madu ke Pulau Perhentian bersama Sarah nanti.



Read more >>

Cut Tari calon pengacara terbaik 2011!!!.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011


Artis yang terlibat dengan skandal video porno, Cut Tari laaa nie meraih pencalonan 'Pengacara Hiburan Terbaik 2011' untuk Panasonic Award melalui program rancangannya 'Gosip Insert'.

Dalam anugerah tahun nie, bini Yusuf Subrata tu akan bersaing dengan Fenny Rose
(Silet), Indra Herlambang (Insert), Ruben Onsu (Kiss) , dan Irfan Hakim (Insert) untuk merebut anugerah tersebut.

Jika tiada perubahan tarikh, acara tu akan berlangsung 25 Mac nie dan disiarkan secara langsung di RCTI. Acara nie bertujuan menilai kemampuan penghibur melalui penilaian juri.

Panasonic Award tahun nie akan mempertandingkan 27 kategori. 11 kategori untuk individu dan 16 kategori untuk program atau rancangan .

Panasonic Award 2011 juga menambah satu kategori iaitu 'Film Televisi (FTV)'. Pada penghargaan sebelumnya, kategori nie takde. FTV akan mempertandingkan filem Mendadak Sakti 2, Silat Boy 2, Silat Boy 3, Pencuri Jadi Putri, dan Six Million Dollar Man.




Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Justin Bieber kuasai carta Billboard

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Tiga album Justin Bieber sebelumnya jugak meletop dalam carta 'Top 40' nie. My World 2.0 pernah berada di tangga ke-8, My Worlds Acoustic ditangga 18, dan album debutannya My World berada di tangga 31. Menurut Washington Post , Billboard menyatakan Bieber sebagai artis pertama yang berjaya dengan album-albumnya selepas penampilan Garth Brooks pada tahun 1993.

Album band Mumford & Sons dan peraih lima penghargaan Grammy, Lady Antebellum, jugak berjaya dengan album mereka. 'Sigh No More' Mumford&Sons bertahan di tempat ke-2 sebelum melonjak dari tempat ke-11 selepas penjualan albumnya mencapai 133 ribu unit atau meningkat 169% dari waktu sebelumnya.

Album Lady Antebellum 'Need You Now' berada di tempat ke-4, dengan penjualan 85 ribu unit dan meningkat 205% dari sebelumnya.

Pada kategori penjualan album pulak, Lady Gaga dan Cee Lo Green berada di puncak. 'Born This Way' lagu Gaga yang ditampilkan masa penganugerahan Grammy terjual 509 ribu unit selama seminggu. Total penjualan di Amerika Serikat selama sepuluh hari mencapai 957 ribu unit. Cee Lo melalui lagu '**** You' pulak terjual 412 ribu unit.





Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Tom Cruise menyanyi.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Aktor Tom Cruise dikatakan akan menyanyi dalam filem terbarunya 'Rock of Ages'. Cruise yang telah memenangi tiga anugerah Golden Globe Awards tu akan memegang watak Stacee Jaxx.

'Rock of Ages' berasal dari pertunjukan muzikal dengan tajuk yang sama. Filem tersebut akan diarahkan oleh Adam Shankman. Sebelum nie Shankman telah berjaya mengarahkan filem muzikal 'Hairspray' pada 2007.

Menurut Adam, Cruise berjuang dengan keras dalam filem nie yang tidak pernah dia lihat pada aktor lain, seperti yang dilaporkan Toronto Sun, Rabu (23/2/2011).

Dalam filem tersebut, Cruise akan menyanyikan beberapa lagu dari era 80-an dan 90-an. Salah satunya adalah lagu dari Bon Jovi berjudul 'Wanted Dead or Alive'.

Aktres Anne Hathaway juga akan terlibat sama dalam 'Rock of Ages' dan dia akan berduet dengan Cruise untuk menyanyikan lagu 'Want To Know What Love Is'.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Bos Playboy nikah 16 Jun.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Pemilik majalah Playboy, Hugh Hefner baru-baru nie telah mengumumkan tarikh pernikahan dengan tunangannya, Crystal Harris. Hugh akan bernikah dengan model playboy yang baru berusia 24 tahun tu pada 18 Jun nie.

Seperti dilaporkan Showbiz Spy, Khamis (24/2/2011), hal nie telah diakui sendiri oleh Crystal. Pasangan yang memiliki perbezaan umur 60 tahun tu akan bernikah di Playboy Mansion.

Menurut Crystal, pesta pernikahannya dengan Hugh akan disambut gilang gemilang. Mereka hanya mengundang rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Dua anak Hugh dari pernikahan keduanya dengan Kimberley Conrad, Marston (20) dan Cooper (19) akan menjadi pengapit mereka. Bos Playboy berusia 84 tahun tu jugak mengundang dua anak dari pernikahan pertamanya, Christie (48) dan David (45).

Hugh dan Crystal dikatakan dah bersama selama 2 tahun setengah. Penikahan nie adalah yang ketiga bagi Hugh.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Rossa putus cinta!.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Sebelum nie Rossa digosipkan sedang menjalinkan cinta dengan seorang jejaka yang dikatakan bekerja sebagai promoter tinju. Tak tau lah macam mana kerja promoter tinju tu kan. Tapi kemungkinan besar Rossa dah tak tahan lagi dirinya setiap hari ditinju, lalu memutuskan hubunga tersebut...haha. Dan sekarang Rossa mengakui yang hubungannya tu dah pun berakhir. Macam chip's more plak.

Perkara tu telah diakui sendiri oleh penyanyi 'Ku Menunggu' tu melalui akaun Twitter pribadinya @mynameisrossa, Kamis (24/2/2011).

"Seharian baca gosipku..padahal aku udah gak pacaran sama yg digosipin :)." tulis Rossa.

Sejak dia bercerai dengan Yoyo kumpulan 'Padi', Rossa tak pernah mendedahkan kehidupan peribadi terutama kisah cintanya kepada umum. Ketika ditanya siapa kekasihnya sekarang, Rossa tak pernah menjawabnya dan hanya mengilai macam pontianak.

Apa yang pernah dia suarakan bahawa dia akan mengumumkan siapa kekasihnya jika sudah ready. "Nantilah kalau sekiranya benar-benar jodoh," katanya waktu ditemui ketika menjalani latihan untuk konsert 'A Masterpiece of Erwin Gutawa' tak berapa lama dulu.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Filem-filem 2011.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011



Laaa nie apa kata kita usha-usha tentang info dunia perfileman kita. Sooo, blehlah kita spend duit awal-awal jangan kasi kacau, khas untuk beli tiket wayang sahaja. Kiralah berapa banyak filem tu, pastu darab dengan RM8 dapatlah berapa. Jadi itu duit kasi simpan tepi awal-awal yer. Jangan kacau!. Nak topup bleh mintak duit dengan aweks yer. Duit nie khas untuk support filem-filem tempatan kita. Kalau nak tengok dengan aweks suruh depa beli tiket sendiri!!!...Nanti kang takut lari budget. Takut tak dapat tengok cerita yang lain plak.

Kat sini, JenTik senaraikan filem2 yang akan ke pawagam pada 2011 nie.

Sebanyak 23 buah filem, akan di tayangkan pada tahun nie.


SENARAI FILEM 2011

1)Khurafat

2)Dalam Botol

3)Haq

4)Sini Ada Hantu

5)Ratu The Movie

6)Hikayat Merong Mahawangsa

7)Dimensi Cinta

8)Misteri Jalan Lama

9)Hanyut

10)Misteri Dendam Balan-balan The Movie

11)Alamaya

12)Mantera

13)Libas

14)Appalam

15)Kantoi

16)Johnny Bikin Filem

17)Syirik

18)Eee… Hantu!!!!

19)Shh.. Dia Datang

20)Berani Punya Budak

21)Gentayangan

22)CCTV

23)Rasuk

Enjoy your popcorn!


Read more >>

Radiohead lancar album baru!...

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011


Pada 22/2/2011, band radiohead telah pun melancarkan album terbaru kumpulan mereka yang berjudul The King of Limbs. Album ini merupakan album studio mereka yang ke-8 dan menampilkan single pertama 'Lotus Flower'.

Senarai lagu:
1. "Bloom" – 5:15
2. "Morning Mr. Magpie" – 4:41
3. "Little By Little" – 4:27
4. "Feral" – 3:13
5. "Lotus Flower" – 5:00
6. "Codex" – 4:47
7. "Give up the Ghost" – 4:50
8. "Separator" – 5:20


Belian album secara online di laman web www.thekingoflimbs.com


Radiohead adalah band rock alternatif Inggeris dari Abingdon, Oxfordshire, dibentuk pada tahun 1985. Band ini terdiri dari Thom Yorke (vokal, rhythm guitar, piano), Jonny Greenwood (lead guitar, keyboard, instrumen lain), Ed O'Brien (gitar, vocals), Colin Greenwood (bass guitar, synthesizers) dan phil Selway (drum, perkusi).

Single pertama mereka, "Creep", pada tahun 1992. Lagu tu awalnya kurang berhasil, tapi menjadi hit di seluruh dunia beberapa bulan selepas pelancaran album debut mereka, Pablo Honey (1993). Populariti Radiohead naik selepas mengeluarkan album kedua mereka, The Bends (1995). Album ketiga Radiohead, OK Computer (1997), ketika tu mereka dah berani membawa album mereka ke antarabangsa.

Kid A (2000) dan Amnesiac (2001) evolusi pertama muzik Radiohead, sebagai kelompok muzik elektronik eksperimental. Hail to the Thief (2003), sebuah campuran gitar rock, elektronik dan lirik berinspirasikan perang, adalah album terakhir band utama bagi rakaman bersama EMI. Melalui EMI, mereka telah menjual lebih dari dua puluh lima juta copy pada tahun 2007. Radiohead secara independent mengeluarkan album ketujuh mereka, In Rainbows (2007).



Read more >>

Dragon Ball kembali di NTV7!!!.....

Kongsi 1 comments
24 Feb 2011


DRAGON BALL KEMBALI DI NTV7!!!......
Dragon Ball (ドラゴンボール) adalah sebuah komik dan anime Jepun yang popular di seluruh dunia. Atok-atok dan nenek-nenek pun suka tengok cerita yang dikarang oleh Akira Toriyama dari tahun 1984 sampai 1995 nie. Komiknya terdiri dari 42 siri. Dragon Ball menceritakan tentang seorang budak bernama Goku yang hidup di tengah gunung sendirian. Dia bertemu dengan Bulma, seorang gadis muda yang bijak. Mereka berusaha mengumpulkan 7 bola ajaib yang boleh mengabulkan semua keinginan. Bola-bola tersebut dinamakan Dragon Ball.


Keterangan: Dragon Ball adalah 7 bijik bola kristal yang tersebar di seluruh dunia, bola tersebut berwarna jingga dan terdapat titik bintang untuk menentukan bilangannya. Apabila seseorang berhasil mengumpulkan 7 bijik Dragon Ball tu maka akan muncul seko dewa naga yang mampu mengabulkan apa saja permintaan, bahkan termasuk menghidupkan orang mati.

Dalam perjalanannya bersama Bulma untuk mencari Dragon Ball, Goku telah berhadapan dengan banyak rintangan, salah satunya adalah dari kumpulan 'Red Ribbon'. Kelompok ni pun mempunyai keinginan yang sama dengan Goku dan Bulma.
Check It Out!!!.....


Read more >>

Love Me Butch buat konsert di Jepun!!!.....

Kongsi 0 comments
24 Feb 2011



Kumpulan Love Me Butch ialah sebuah kumpulan muzik yang membawa lagu-lagu bergenre post-hardcore dari Malaysia. Kumpulan ini bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie. Kumpulan yang menyanyikan lagu Come Out Come Out nie menyatakan bahawa mereka akan membuat konsert jelajah di Jepun pada 25-29 Mac 2011 akan datang. Band lain yang turut membuat persembahan ialah Don't Turn Away (Jepun) & The Dirt Radicals (Australia).

Tarikh dan vanue persembahan mereka adalah seperti berikut :

25 Mac: Takadanobaba Club Phase, Tokyo, Jepun
26 Mac: Baysis, Yokohama, Jepun
27 Mac: Club Junk Box, Nagano, Jepun
28 Mac: Sinkagura, Osaka, Jepun
29 Mac: R.A.D., Nagoya, Jepun

Layari laman web berikut:
http://www.facebook.com/lovemebutch
http://www.twitter.com/lovemebutchband
http://www.myspace.com/lovemebutch
http://www.youtube.com/lovemebutchtv

Check It Out!!!......

Read more >>

Gambar Adam Sandler mengendap.....

Kongsi 0 comments
25 Feb 2011


Hmmm...Jangan kelip Adam...Jangan kelip!...rezeki turrr.
Apalah yang sedang ditonton oleh Adam Sandler tur agaknya yer. Dan yang penting sekali apa agaknya yang sedang bermain dalam fikiran dia tu. Nampaknya dia dah tidak boleh menahan, terpaksa jugaklah dia mengerling keindahan aset model dan aktres Brooklyn Decker ketika di majlis pelancaran filem baru mereka 'Just Go With It' di Berlin malam tadi.

Ketika Jennifer Aniston khayal menumpukan perhatian ke depan, nampaknya Adam mencuri masa yang terluang untuk diisi dengan perkara berfaedah. Jennifer cuba membawa perhatian Adam ke suatu sudut tapi malang nya ke sudut lain Adam tersesat.

Dalam filem nie, Adam memegang watak doktor bedah plastik yang mengajak pembantunya (Aniston) untuk mengaku sebagai isterinya dan dari situ bermulalah aksi tonggang-langgang dengan kerenah mereka.




Laporan asal : thesun.uk
Read more >>

23 Feb 2011

Imam Muda musim ke-2 : Sambutan hangat!...

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011




Membuka peluang kepada golongan muda yang mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, Astro mengalu-alukan penyertaan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Mesir untuk menyertai rancangan Imam Muda musim kedua. Menyahut cabaran itu, sesi temu duga selama dua hari di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang hujung minggu lalu menyaksikan sambutan yang baik daripada kumpulan pelajar ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, “Imam Muda amat berbesar hati dan menyambut baik kehadiran kumpulan pelajar dari Mesir yang pulang ke tanahair untuk turut serta dalam program ini. Selain mampu merancakkan persaingan dalam Imam Muda musim kedua, Astro Oasis berupaya untuk memanfaatkan masa cuti para pelajar ini sementara berada di Malaysia. Biarpun mereka terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara, kami menjanjikan suatu pengalaman yang terbaik akan dilalui oleh mereka seandainya terpilih sebagai peserta.

Kami berasa teruja dengan sambutan yang ditunjukkan bukan hanya daripada peserta malah seluruh ahli keluarga dan masyarakat setempat. Selain peserta dan ahli keluarga serta sahabat handai yang menemani mereka, kami turut terharu dengan sokongan penduduk Kuantan dan jemaah Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang telah datang untuk melihat dengan lebih dekat sesi temu duga Imam Muda yang dijalankan. Secara tidak langsung sesi temu duga ini menjadi wadah menuntut ilmu melalui komen yang diberikan oleh para juri terhadap para peserta.”

“Kualiti yang ditunjukkan oleh para peserta yang menghadiri sesi temu duga ternyata semakin meningkat berbanding tahun lalu. Ramai peserta yang berpotensi telah dikenalpasti bermula di Johor Bahru, Kelantan, Kedah dan terbaru di Kuantan dan ini meningkatkan lagi semangat kami untuk meneruskan pencarian di Kota Kinabalu sebelum ke lokasi terakhir di Kuala Lumpur. Kami turut menjangkakan lebih ramai anak muda yang bersemangat untuk turut serta dan mengambil peluang menyertai porgram yang diwujudkan kepada mereka ini. Sememangnya, golongan anak muda ini memang berani menyahut cabaran yang dilontarkan kepada mereka,” ujar Izelan

Menceritakan pengalaman menghadiri sesi temu duga Imam Muda musim kedua, Tuan Muhammad Akmalhakim Tuan Mazri, pelajar jurusan perubatan daripada Universiti Ain Shams 21 berkata, “Saya telah mengikuti program Imam Muda sejak musim pertama lagi menerusi laman sosial Facebook. Apabila saya terpaksa pulang dan menangguhkan pengajian disebabkan pergolakkan yang berlaku di Mesir, saya berasa terpanggil untuk memasuki program Imam Muda yang merupakan sebuah program berilmu yang bagus untuk disertai. Saya mencuba nasib di samping untuk menimba ilmu”.

Bagi mewujudkan perubahan untuk musim ini, pihak Astro membuka peluang kepada Muslimin dari seluruh dunia untuk datang ke ujibakat Imam Muda untuk musim yang kedua. Bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu, calon antarabangsa yang berminat mestilah berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat utama menyertai program Imam Muda musim kedua ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, dijemput hadir ke sesi temu duga seterusnya yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang di dua lokasi ujibakat iaitu pada 25 hingga 26 Februari ini di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah dan pada 5 hingga 6 Mac ini di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

uji bakat


Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih daripada satu bahasa di samping berusia di antara 18 – 27 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

Siri pencarian IMAM MUDA musim kedua ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 25 April 2011. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.



Laporan asal : manggaonline.com
Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords