[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

23 Feb 2011

Justin Bieber ajak Rihanna bercinta!!!.....

Kongsi 1 comments
23 Feb 2011



Apa ke hal nya lah lagi budak kecik nie. Ada jer bende yang nak dingarutnya hari-hari. Laaa nie pulak dikatakan Justin Bieber mengajak Rihanna bercinta Ahad lalu. Dah terdesak sangat rasanya budak nie.

Penyanyi 16 tahun tu menjelaskan bahawa Rihanna, 23 tahun, telah menolak ajakannya untuk bercinta. Rihanna kata Bieber “masih terlalu muda”. Haha..padan muka kena riject!...

Seperti dilaporkan Digital Spy, Selasa (22/2), Bieber mengatakan pada Chelsea Handler: “Ya, saya mengajaknya bercinta tapi nampaknya itu tidak berjalan dengan baik”.

Bieber dan Rihanna dikatakan duduk berdekatan di bahagian depan ketika menyaksikan pertandingan basket NBA All-Star di Los Angeles. Masa tu lah dikatakan Bieber sibuk mengajak Rihanna bercinta. Hampasssss....



Laporan asal : tempointeraktif.com
Read more >>

Anak Beckham tujuk bakat pada Usher...

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011


Ketika Usher selesai melakukan persembahan, anak-anak david Beckham dah sedia menantinya di belakang panggung dan menahan Usher hanya untuk memperlihatkan kemampuan breakdance mereka.

Seperti dilaporkan Contact Music, Rabu (23/2/2011), saksi mengatakan Brooklyn (11), Romeo (8), dan Cruz (5) telah memamerkan aksi breakdance mereka kepada Usher di belakang panggung.

Menurut saksi, "Segera setelah mereka melihat Usher, mereka berlari dan memeluknya. Kemudian mereka menghentikan langkah Usher untuk menunjukkan kepadanya tarian break dance yang pernah ditampilkan Usher."

Ketiga anak David memang teramat sangat meminati Usher. Bahkan, David pernah meminta Usher untuk mengajar tarian kepada anak-anak dia.

Menurut Usher, dia mendapat call dari David dua bulan lepas. Dalam perbualan itu David telah meminta Usher megajarkan anak-anaknya tarian tersebut.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Gambar Drew Barrymore dan balaks baru...

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011


Setelah macam-macam perkara berlaku aktres Drew Barrymore akhirnya memutuskan untuk mengakhiri hubungannya dengan aktor Justin Long. Tapi tak lama lepas tu bintang 'Charlie's Angels' nie dah dapat balaks baru.

Balaks barunya tu bernama Will Kopelman iaitu seorang konsultan seni. Will merupakan anak bekas bos jenama fesyen ternama Chanel.

Seperti dilaporkan Contact Music, Rabu (23/2/2011), Drew dan Will kebelakangan nie makin sering dilihat jalan berdua-duaan. Kabarnya mereka nie dah declare awal Februari lalu.

Pada Isnin (21/2/2011), Drew dan Will telah dirakam bersama menikmati makan siang di Joan's on Third, salah satu restoran kegemaran selebriti kat Los Angeles. Mereka pun diperhatikan asyik bergurau dan sangat mesra.

Tapi, seorang sumber mengatakan Will tak sesuai bagi Drew. Will dikatakan seorang playboy.



Read more >>

Lindsay Lohan pegang watak liar...

Kongsi 0 comments
23 feb 2011


Aktres Lindsay Lohan akan mula shooting filem baru dia tak lama lagi. Kali dia akan memegang watak dalam filem 'Escaping The Game' yang wataknya sama dengan kehidupan peribadinya yang liar tu.

Seperti dilaporkan Showbiz Spy, Rabu (23/2/2011), kisah yang ditampilkan 'Escaping The Game' sebenarnya tidak jauh beza dari kehidupan Li-Lo. Iaitu, tentang artis yang memiliki permasalahan peribadi yang teruk.

Produser filem tu Nathan Folk mengaku dah berbincang dengan Lindsay tentang wataknya tu. Lindsay pun telah menerima tawaran tersebut. Lagi pun tak susah untuk dia melakonkan watak tu. Tak payah pun nak menghayati, cuma rileks-rileks aje.

"Dia (Lindsay) adalah aktres yang hebat. Kita akan membuktikan kepada dunia yang dia dah kembali," kata Nathan. Tapi Nathan belum beri tahu bila filem tu akan mula ditayangkan.

Sementara, Lindsay sekarang nie masih sibuk menghadiri perbicaraan atas kes curi nya. Dia telah dituduh mencuri kalung perhiasan di butik Kamofie & Company, California.




Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Ashton Kutcher suka bogel.....

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011


Aktor Ashton Kutcher tak pernah menolak untuk melakukan adegan seks dalam filem. Suami aktres Demi Moore tu selalu merasa bangga mempamerkan tubuhnya di depan kamera.

"Saya suka bogel di depan kamera, saya tidak tahu kenapa," ujar Ashton seperti dilaporkan Showbiz Spy, Rabu (23/2/2011).

Menurutnya, bogel di depan kamera atau dimana pun seharusnya tak menjadi masalah. Ashton pun merasa aneh kenapa ada orang yang melakukan protes terhadap adegan bogel.

"Kita lahir ke dunia ini dalam keadaan bogel apa," katanya.

Baru-baru ni, Ashton membintangi film terbarunya, 'No Strings Attached' bersama aktres Natalie Portman. Filem nie pun menyaksikan Ashton tanpa pakaian di salah satu adegannya.

"Saya tidak merasa janggal shooting berbogel, padahal di situ ada 40 orang yang tidak semuanya saya kenal," jelasnya.



Laporan asal : detikhot.com
Read more >>

Kris Dayanti bergambar pra perkahwinan dalam diam...

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011



Kris Dayanti (KD) kini terus menjadi buruan dan tumpuan pihak media hiburan di Indonesia. Nie semua gara-gara pendedahan dibuat yang mengatakan mereka akan melangsungkan pernikahan bulan depan. Menurut sumber kecoh mengatakan yang mereka akan memilih tarikh sama seperti tarikh ulang tahun kelahiran KD iaitu 24 Mac 2011.

Yang membuatkan media tak duduk diam kerana KD masih tidak memberikan apa-apa komen bila ditanyakan tentang persoalan tersebut.

Lagi yang membuatkan media panas hati kerana KD dalam diam-diam telah pun menjayakan sesi fotografi pra perkahwinan bersama Raul kat Dili, Timor Leste, baru-baru nie. Perkara nie telah pun diakui oleh Ivan Gunawan iaitu selaku designer busana yang digunakan KD time fotografi tue. KD telah pun mengenakan satu gaun pengantin dan satu gaun koktel pada sesi fotografi tersebut.

JenTik : Kepada semua media harap bersabar melayan kerenah diva nie yea. Diva ker...Gaknye KD nak wat suprise katak kot. Bagi suma media terkejut sampai melompat!



Laporan asal : murai.com
Read more >>

Sah Zizan dan Dira pengecara baru Melodi!.....

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011




Nampaknya Bang Wahid Zass dan Kak Fafau Layannn terpaksalah mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan terhangat di TV3 iaitu Melodi. Segala andaian yang dibuat selama ni terbukti benar dimana desas desus yang bertiup kencang akhirnya perkara itu disahkan sendiri oleh pihak TV3 baru-baru ni.

kejam celik...kejam celik...Rupanya Bang Wahid dan Kak Fafau kita nie dah 6 tahun bersama Melodi. Dah sampailah masanya untuk mereka mengundurkan diri. Apa salahnya bagi peluang kat orang lain plak kan. Biasalah...Hidup nie kan macam roda. Terpaksalah kita mengikut putarannya. Rezeki pun ada kat mana-mana, janji kuat berusaha kannn. Lagi pun Kak Fafau dan Bang Wahid nie masih laku lagi apa. Mesti banyak lagi tempat untuk dia orang nie nak landing. Jangan penin-penin lah kan.

Kepada pengganti Bang Wahid dan Kak Fafau JenTik ucapkan tahniah!!!. Kepada Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar diharapkan mereka dapat membawa Melodi kearah tahap tertinggi dalam rating penonton bermula awal Mac 2011 nie. Walaupun mereka merupakan artis baru tapi mereka mempunyai kekuatan dan peminat yang ramai sekali gus mampu menarik tontonan program Melodi.




Read more >>

Azizah Mahzan tinggalkan dunia lakonan...

Kongsi 1 comments
23 Feb 2011



Pelakon Azizah Mahzan bertekad untuk meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti dan kurang berprofessional. Menurut Azizah kepada dalam laman mStar baru-baru ini, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

Soal skrip itulah yang membuatkan Azizah menjadi tidak karuan. Hatinya yang dulu ingin mengundurkan diri dari bidang lakonan, kini sudah tercapai. Azizah bakal meninggalkan dunia lakonan dengan langkah yang terbaik yakni perubahan menutup kepala (tudung). Dan sebagai peminat-peminatnya, anda semua doakan lah yang terbaik untuk Azizah. Selepas ini Azizah akan ke luar negara mencari rezeki di sana dimana dia mahu bekerja sendiri (businesswoman). Semoga berjaya Azizah. :) -Sumber mStar





Laporan asal : izyan.com

Read more >>

Danny bertunang 20 Mac.....

Kongsi 1 comments
23 Feb 2011



Perkenalan singkat selama tujuh bulan diantara pelakon dan pengacara tv, Danny dengan seorang pramugari AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) akan menghantar rombongan peminangan tidak lama lagi yakni bertarikh 20 Mac di Kampar, Perak. Tahniahlah kepada Danny (bekas kumpulan X-Factor) yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Soal pernikahan pula kata Danny kepada wartawan Utusan baru-baru ini, dia dan Leen kemungkinan akan melangsungkan akad nikah penghujung tahun ini. Maknanya ada 6-7 bulan dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi Danny dan Leen sepanjang menjadi tunang. Hehe. Doakan sahaja mereka tabah menghadapinya yang akhirnya perjalanan itu sampai ke mahligai yang diidam-idamkan.


Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Eminem keluar dengan bintang porno

Kongsi 0 comments
23 Feb 2011




Rapper AS Eminem nie sekarang tengah merekrut bintang hiburan porno Sasha Grey untuk video lagunya yang terbaru 'Space Bound'. Baru-baru nie mereka dirakamkan keluar bersama dan makan di sebuah restoran di Los Angeles.

Sasha baru-baru ni telah berpindah ke filem mainstream, dan telah muncul dalam filem 'The Girlfriend Experience' arahan Steven Soderbergh. Dia juga ada memegang peranan dalam siri Entourage.


Video adalah kerja sama antara Eminem dengan pengarah yang dihormati Joseph Khan, yang juga orang kuat di belakang klip 'Love The Way You Lie' - duet antara Eminem bersama Rihanna.

Grey bukanlah wanita porno pertama telah bekerja dengan Eminem. Gadis berambut perang, GINA LYNN juga pernah bersama Eminem untuk video Superman pada tahun 2003.

Eminem jugak akan memaparkan lagi bakat lakonannya dalam filem baru 'Random Acts Of Violence'.

Filem nie filem kedua dia selepas filem yang meraih box office '8 Mile' lapan tahun lalu. Filem tu nanti akan diarahkan oleh David Von Ancken.








Read more >>

Gambar terbaru David Beckham

Kongsi 1 comments
23 Feb 2011




Nie gambar terbaru DAVID Beckham yang dirakamkan di sebuah pesta di London Fashion Week semalam. Bekas kapten Inggris itu kelihatan sangat smart dengan pakaian navy pin-stripe suit nya.

Victoria nampak cantik dengan gaun sutera hitam. Beckham dan VICTORIA yang sedang hamil menghadiri majlis di Liberty Store untuk LOVE, Liberty & Alexander Wang Event.

David baru selesai mengikuti latihan enam minggu dengan pasukan Harry Redknapp di Tottenham Hotspur FC

Sekarang dia akan balik ke Amerika untuk menyertai kembali rakan sepasukannya di LA Galaxy dan mula bersedia menanti kelahiran anak keempatnya.

Dijangkakan bayi mereka akan lahir musim panas ni dan Posh, 36, memang pernah mengumumkan sebelum nie yang dia mahukan lagi anak. Kerana dia dah lama mengidamkan anak perempuan selepas BROOKLYN, 11, ROMEO, lapan, dan CRUZ lima tahun.



Read more >>

22 Feb 2011

Justin Bieber potong rambut hari ini.....

Kongsi 2 comments
22 Feb 2011



Nie gambar terbaru Justin Bieber ketika baru lepas potong rambut. Pada mulanya ramai sangka dia bergurau di Twitternya. ramai yang mengatakan bahawa dia tak akan benar-benar melakukannya. Namun sahutnya 'Never Say Never'. Tapi ternyata dia dah buktikan segala kata-katanya.

Kemungkinan semua rambut yang dipotong tu akan dikumpulkan dan akan dilelong ke CHARITY.

Hari nie Justin akan mengadakan rakaman video klip bersama penyanyi country Rascal Flatts untuk lagu 'That Should Be Me'.

Beberapa rakaman untuk album terbaru juga akan menampilkan beberapa teman-teman Justin dan kehidupan kampungnya.




Read more >>

Isteri nusyuz : Jimmy Shanley fail permohonan mahkamah

Kongsi 1 comments
22 Feb 2011


Bekas pengecara AF8 Jimmy Shanley difahamkan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah pada tarikh 8 Mac 2011 mengenai permohonan nusyuz (derhaka) yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Bermulanya kisah keretakan rumahtangga Jimmy ialah pada awal bulan November 2010 yang lalu, tapi Jimmy menafikan hal berkenaan dan mengatakannya ianyasemua itu hanya gosip liar.

Tapi begitulah kesudahannya, makin disorok, makin kantoi. Jimmy kelihatan sekali lagi dilihat ke mahkamah pada Januari 2011. Jimmy yang dihubungi media menelalui SMS berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara ini. -sumber mStar


Laporan asal : izyan.com
Read more >>

Undian 40 peserta AF9 bermula!

Kongsi 0 comments
22 Feb 2011



Daripada lebih 3,000 peserta yang hadir menyertai uji bakat Akademi Fantasia 9 (AF9) di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur, baru-baru ini, inilah senarai kesemua 40 peserta yang berjaya melayakkan diri sebagai calon-calon pelajar AF9.

Seperti yang telah diumumkan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, bagi menampilkan kelainan untuk musim terakhir AF, pihak produksi Astro telah memberikan kuasa kepada penonton untuk memilih sendiri peserta dengan mengundi mereka secara online di laman web rasmi AF9 iaitu www.akademifantasia.com.my.

Bagaimanapun, pemilihan peserta kali ini masih lagi diadili oleh juri profesional yang mana 50 peratus markah diberikan oleh juri profesional yang terdiri daripada pihak produksi Astro.

Hanya 50 peratus saja yang akan diambil dari undian penonton yang dibuat undian secara online.

Apa yang pasti, portal murai.com.my sekali dipilih menjadi portal rasmi AF9 diberitahu 25 peserta yang mendapat undian tertinggi saja yang bakal dipilih pihak Astro untuk menjadi 12 pelajar AF9.

Tarikh tutup untuk mengundi kesemua 40 peserta ini adalah pada 3 Mac 2011.

Pun begitu, daripada senarai 40 calon ini, kebanyakannya adalah wajah-wajah yang pernah menghiasi program realiti TV seperti Mentor, MyStar LG dan One In A Million (OIAM). Selain itu, hampir separuh daripada peserta perempuan kebanyakannya datang dari Sabah.

Berikut adalah senarai 40 calon pelajar AF9:

1. Kay (1746), Kuala Lumpur
Adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy, Kay sering mencuba nasib dengan menghadirkan diri ke uji bakat AF6, AF7 dan AF8.

2. Afif (0701), Selangor
Pernah menyertai pertandingan MyStar LG dan juga menjadi pelakon dalam beberap buah drama. Selain itu, Afif adalah buah hati Salima yang juga merupakan bintang AF4.

3. Zack (1770), Johor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

4. Raqib (1772), Melaka
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

5. Indra (0444) , Johor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

6. Erman (0143), Sabah
Pernah menyertai sebuah pertandingan anjuran Astro tetapi ketika itu Erman menyertainya dengan sebuah kumpulan.

7. Azri (1636), Selangor
Peserta MystarLG musim kedua dan mempunyai single berjudul Bagai Puteri.

8. Arie (1880), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

9. Amir (1967), Kuala Lumpur
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

10. Alfi (0190), Kuala Lumpur
Pernah menyertai Mentor 2 dan menjadi protege kepada Zaf VE.

11. Nash (1223), Selangor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

12. Azhar (0527), Selangor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

13. Erul (0491), Kuala Lumpur
Pernah menyertai Mentor musim ketiga yang mana dia merupakan protege kepada Jaclyn Victor. Waktu itu, Erul bersama Sani dalam sebuah kumpulan yang diberi nama EVO.

14. Mel (0148), Selangor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

15. Fir (0080), Sarawak
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

16. Jimi (0062), Kuala Lumpur
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

17. Qem (0060), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

18. Andy (0044), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

19. Amud (0016), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

20. Shaf (0007), Perak
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

21. Aida (0434), Melaka
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

22. Julie (0236), Sabah
Pernah menyertai program OIAM.

23. Izi (0207), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

24. Ira (0644), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

25. Hani (0746), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

26. Eka (0880), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

27. Chel (0195), Sabah
Adik kepada peserta program Keynote iaitu Aqasen.

28. Azwa (1400), Negeri Sembilan
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

29. Ann (1210), Selangor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

30. Ana (0701), Sabah
Adik kepada bintang AF7 iaitu Zizi The Fablous Cats.

31. Yani (0633), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

32. Sofea (0358), Kelantan
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

33. Nora (0675), Negeri Sembilan
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

34. Nina (1238), Negeri Sembilan
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

35. Nera (0654), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

36. Miza (1442), Selangor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

37. Lena (2052), Sabah
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

38. Leen (2114), Kuala Lumpur
Pelakon drama Dunia Baru dan anak kepada pasangan pelakon Zulkifli Zain dan Normala Omar. Pernah mencuba nasib dalam uji bakat AF8.

39. Laika (1465), Selangor
Belum pernah menyertai mana-mana pertandingan.

40.Ketty (0174), Selangor
Pernah menjadi peserta Mentor 4 yang mana Kety merupakan protege kepada Ziana Zain. Bagaimanapun, tempat Ketty telah digantikan tempatnya oleh Mohd kerana menghadapi masalah.



Laporan asal : murai.com

Read more >>

Isu visa : Fazura risau tak dapat ke Mekah

Kongsi 0 comments
22 Feb 2011



“SAYA bimbang tentang visa. Hingga kini, saya masih menunggu,” begitu ungkapan ringkas aktres cantik Fazura. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu sebenarnya melahirkan kegusarannya tentang pemergiannya ke Mekah menjelang 3 Mac ini.

Dia sebenarnya bakal menjalani penggambaran selama dua minggu untuk dua drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima iaitu Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu.

Apa yang ketara, riak risau pada wajahnya itu silih berganti dengan keterujaan pada dirinya yang dalam masa yang sama berkesempatan untuk mengerjakan umrah di sana nanti.

“Saya harap, semuanya berjalan lancar. Janganlah ada apa-apa halangan. Rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan umrah semasa Umie Aida bernikah di Mekah dulu, masih berbekas.”

“Jadi kali ini walaupun saya pergi kerana kerja, saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah, saya harap ia berjalan lancar,” katanya.

Menganggap tahun 2011 penuh dengan aura positif buat dirinya, Fazura menegaskan bahawa dia akan lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Sebab itu saya terima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan Erma, Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu yang masing-masing memaparkan watak yang bakal mencabar dan memberi pengalaman baru buat saya,” ungkapnya.

Di Mekah nanti, kata Fazura dengan mata bersinar-sinar, dia mahu berdoa agar segalanya menjadi terbaik buat dirinya serta keluarga.

Bab jodoh, ungkap Fazura, sudah tentu dia mendoakan agar diberikan jodoh yang terbaik memandangkan umurnya yang semakin meningkat.

“Namun, itu tidak membuatkan saya meletakkan batas masa yang tertentu. Apa yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini,” tegasnya.

Bintang Lux selepas sedekad

Ramona Rahman, Joanna Bassey, Sheila Majid, Erra Fazira, Amy Mastura dan kini, Fazura menyertai barisan selebriti popular tempatan sebagai bintang Lux.

Setelah sekian lama wajah artis tempatan tidak diangkat sebagai duta, jurucakap atau pelaris produk tersebut, tawaran yang bukan calang-calang itu ternyata sesuatu yang mengujakan buat Fazura.



Mengikat kontrak selama setahun, Fazura memberitahu, ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar kepadanya setiap kali terpilih sebagai duta produk.

“Tambahan pula, menjadi muka hadapan produk antarabangsa. Tekanannya memang tinggi memandangkan sebelum ini, selebriti yang terpilih adalah artis luar negara yang berprofil tinggi,” tuturnya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta baru Lux di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seperti mimpi yang menjadi kenyataan, jelas Fazura, sejak dahulu, dia memang amat menggemari produk Lux terutama rangkaian sabun mandian.

Bercerita lanjut, dia mendapat tawaran tersebut daripada Lux sejak Oktober tahun lepas. Namun, Fazura mengambil pendekatan ‘tunggu sampai jadi, baru cerita’.

“Saya terima tawaran ini atas banyak sebab dan antaranya, saya memang sukakan produk ini. Saya sendiri percaya kalau kita sukakan sesuatu, faedahnya akan datang dengan sendiri,” jelasnya.

Kali terakhir wajah artis Malaysia menjadi pelaris produk Lux adalah 10 tahun lalu, iaitu Amy Mastura pada tahun 2000.

“Cukup lama dan pemilihan saya ini seolah-olah come back oleh Lux bersama selebriti dari Malaysia,” katanya yang tidak putus-putus melayan peminat yang hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Fazura menjelaskan, dia masih menjadi duta produk kecantikan Nutox Oxyfusion dan Avon.

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang duta produk. Namun disebab dia sendiri gemarkan produk-produk tersebut, ia langsung memudahkan untuk dirinya menerima tawaran menjadi jurucakapnya.

“Saya ambil pendekatan suka dan cintakan produk tersebut dahulu. Kemudian baru boleh bercerita tentang produk tersebut tanpa masalah,” ujarnya.




Laporan asal : kosmo.com

Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords