[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

19 Feb 2011

Single Lady Gaga pecah rekod jualan terpantas

Kongsi 0 comments
Kini peminat-peminat boleh menarik nafas lega setelah sekian lama menunggu dengan sabar untuk Lady Gaga mengeluarkan single terbarunya. Sekarang ni kat mana-mana pun dah mula memutarkan lagu-lagu single terbarunya tu.

Semalam pagi (18 Februari), iTunes Apple telah mengumumkan bahawa "Born This Way" sekarang nie rasmi sebagai jualan terpantas dalam sejarah kedai iTunes tersebut. Mau berjela-jela orang beratur nak dapatkan single terbaru Gaga nie.

Mengikut berita terbaru, lagu Gaga nie telah mencapai tempat # 1 penjualan di kedai-kedai iTunes di semua 23 buah negara yang telah menjualnya. Jumlah yang terjual lebih dari 1 juta hanya dalam masa lima hari sahaja.

Apa yamg mendapat perhatian penuh ialah single nie jugak terus landing ke tempat yang # 1 di chart Billboard Hot 100 dan memecah rekod dalam sejarah 52 tahun Billboard.


JenTik : Kalau orang dah 'feymes' nie, jual tuttttt pun orang berebut...tol ak?



Read more >>

RM35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

Kongsi 1 comments
BERJAYA membawa pulang RM35,000 dan sebuah trofi setelah lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) baru-baru ini, Ana Raffali berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk peminat, pihak media dan juga orang ramai yang banyak membantunya dalam karier nyanyian.

Jelas Ana, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya itu bersama penyokong yang sentiasa percaya pada bakatnya.

Akui Ana, itu sahaja agenda yang bermain dalam fikirannya buat masa ini. Dia langsung tidak terfikir menggunakan wang kemenangan itu untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat seperti yang didakwa.

“Saya mahu buat kenduri kesyukuran dengan menjamu peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Ini adalah tanda terima kasih saya kepada mereka. Ikut perancangan, saya nak nak buat dua majlis, satu untuk mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan saya di AJL dan satu lagi bersama peminat.

“Mengenai isu kahwin pula, saya rasa apa yang saya capai pada hari ini masih belum cukup membantu keluarga. Banyak yang perlu saya usahakan lagi bagi membantu keluarga. Saya bukannya daripada keluarga yang mewah. Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah,” terang Ana ketika ditemui pada Majlis penghargaan meraikan pemenang AJL 25 di Sri Pentas baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai teman lelaki, Ana tidak menafikan dia mempunyai seseorang yang rapatnya dengan dirinya. Malah, Ana mengakui dia merahsiakan tentang teman lelaki sebelum ini atas nasihat pihak pengurusan.

“Bukan sengaja mahu menyembunyikan kepada peminat, tetapi pihak pengurusan saya menasihatkan supaya bercerita soal karier sahaja. Lagipun, individu yang dikatakan ‘teman lelaki’ itu sebenarnya adalah teman yang rapat dengan saya dan dia banyak menyokong saya sebelum saya dikenali umum,” ujarnya yang akan melancarkan kelab peminat tidak lama lagi selepas mendapat sambutan dalam laman sosial Facebook.

Katanya lagi, dia akan menggunakan nama ‘The Marhaens’ untuk kelab peminatnya kerana ia bermaksud rakyat jelata.

“Nama itu memang sesuai digunakan sebagai simbolik kepada peminat-peminat saya. Tetapi saya tidak pasti sama ada akan ramai atau tidak peminat yang akan menyertai kelab peminat itu,” katanya yang mempunyai 142,000 rakan dalam Facebook miliknya.

Pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini juga sempat memberitahu yang dia akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat ini.

“Single berjudul Sehabis Baik ini digubah oleh saya untuk filem terbaru arahan Othman Hafsham, Karipap-Karipap Cinta yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin belajar membuat karipap dan akhirnya bertemu cinta sejatinya.

“Walaupun lagu ini menceritakan kisah cinta dalam filem tersebut, tetapi lirik lagu ini juga bersangkut paut dengan apa yang saya lalui ketika AJL25. Ia adalah luahan perasan saya,” katanya yang menulis lagu itu selepas dinobatkan sebagai juara AJL25.

Selain Ana Raffali, Meet Uncle Hussien dan Faizal Tahir turut hadir menerima cek masing-masing pada majlis yang serba ringkas dan santai itu.

Turut hadir untuk menerima wang kemenangan ialah komposer Ajai dan Sheikh Qalam yang mencipta lagu Noktah Cinta.

Hafiz pula tidak hadir kerana difahamkan berada di Kuching, Sarawak.
Laporan asal : kosmo

Read more >>

Genre porno : Untuk Filem Harry Potter akan datang

Kongsi 0 comments
Filem 'Harry Potter' merupakan antara filem-filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh Hollywood. Setiap siri yang diterbitkan pasti 'gempak' punyalah. Sampaikan penulis bukunya pun boleh kaya raya. Laaa ni sibuk pulak katanya yang filem nie nak diterbitkan dalam genre porno???...Wowwwww!

Sebenarnya apa yang dilihat adalah industri filem porno Hollywood tak ingin menyia-nyiakan ke'
popular'an 'Harry Potter' nie. Jadi mereka cuba untuk menggarapkan kisah Harry, Hermione dan Ron untuk diadaptasi menjadi sebuah filem porno.

Menurut Aceshowbiz, Jumat (18/2/2011), perusahaan filem-filem porno
Hustler Video kini dalam proses untuk menerbitkan'This Ain't Harry Potter XXX'. Apa yang gempaaak lagi dia orang nak buat filem tu dalam format 3D.

Sebenarnya sebelum nie pun dia orang dah terbitkan beberapa edisi filem-filem porno yang di adaptasi dari filem-filem komersial lain contohnya
'This Ain't Avatar XXX 3D' dan 'This Ain't Ghostbusters XXX 3D parodies'. Makanya dia orang nie nak teruskan lah tren yang juga mendapat sambutan hangat tu. Tak payah pening-pening kepala, confirm meletup punyalah. Mungkin tu lah yang difikirkan oleh pengarah Hustler, Drew Rosenfeld.

Dalam 'This Ain't Harry Potter XXX' nie dia orang akan menampilkan kehidupan Harry ketika mereka semua sudah dewasa.

'This Ain't Harry Potter XXX' mengikut plan akan ditayangkan pada 2011 ini. Sooooo....

Read more >>

Hollywood memberhentikan pengedaran filem, banyak panggung wayang akan di tutup

Kongsi 0 comments
Lepas nie confirm pihak yang mengimport dan menayangkan film asing akan mengalami kerugian besar. Antara syarikat yang akan mengalami kerugian contohnya 21 Cineplex dan akan menyebabkan ratusan panggung wayangnya yang banyak menayangkan fillem-filem asing terpaksa ditutup.

Contohnya di Indonesia saja ada sekitar 500 panggung yang dimiliki 21 cineplex. Sebagai pihak yang diberi hak untuk menayangkan filem import dia akan kehilangan ratusan judul filem setiap tahun. Kalau tak ada filem-filem asing nie memang mengganggur lah panggung wayang semua. Sebab biasanya filem yang dibuat oleh sesebuah negara tu berapa banyak je setahun kan. Maka memang harus ditutup jelah gamaknya. Kalau nak tunggu filem tempatan memang pensan.

Sedangkan produksi filem Indonesia waktu nie belum dapat memenuhi panggung yang ada. Sampai laaa ini filem tempatan baru mampu memproduksikan 50-60 judul setahun. Hmmm...banyak jugak filem indon nie yea.

Apa yang bakal menjadi masalah besar ialah nasib 10 ribu pekerja 21 Cineplex di Indonesia dan keluarganya akan terancam.

Hal nie di katakan oleh jurucakap pihak 21 Cineplex sendiri Noorca Masardi semalam (18/2/2011).


Read more >>

Ibu Restui Stacy Berkahwin Dengan Akim?

Kongsi 1 comments
KUALA LUMPUR, 18 FEB 2011: Desas-desus tentang hubungan cinta yang terjalin di antara juara Akademi Fantasia 6, Stacy dengan pemenang tempat ketiga AF7, Akim akhirnya terjawab apabila masing-masing memberanikan diri untuk membuka mulut serta mendedahkan kesahihannya di hadapan pihak media, pada petang semalam.

Malah ketika menjawab pertanyaan tentang bagaimana penerimaan keluarga Stacy tentang hubungan mereka berdua, pelantun suara lagu Jahat itu berkata, ibunya sama sekali tidak menolak sekiranya takdir menemukan jodoh di antara mereka berdua.

"Sejak cerita saya dan Akim dikaitkan bercinta, emak sering bertanya tentang kesahihan cerita tersebut. Malah emak saya tidak pernah menghalang untuk saya berkawan dengan Akim. Alasannya kerana dia tidak sanggup lagi mendengar gosip atau khabar angin tentang perhubungan kami di media.

"Tapi emak saya juga berpesan, jika ditakdirkan jodoh saya jatuh di tangan pemuda Melayu dan beragama Islam, dia sama sekali tidak menolak. Bagaimanapun dia juga berpesan, terlalu banyak dugaannya apabila seseorang itu berkahwin dengan agama lain.

"Kata emak lagi, jika saya ingin berkahwin hanya setakat untuk bersuka-suka, nasihatnya baik lupakan saja kerana ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan 2 agama yang berbeza," katanya jujur .

Stacy ditemui selepas majlis pelancaran dan sidang media empena perlantikannya sebagai duta Wall's Cornetto yang turut mengandingkan Akim sebagai jurucakap manisan kegemaran ramai itu diadakan di Neutral Club di sini, semalam.

Bagaimanapun Stacy menambah, masih terlalu jauh untuknya memikirkan tentang soal untuk mengakhiri dunia bujang, apatah lagi dalam usianya yang masih terlalu mentah muda.

Katanya, masih terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, sama ada sebagai anak, penghibur serta juga pelajar.

Namun, jelas Stacy, sejak mula berkenalan dengan Akim kira-kira 2 tahun lalu, kehidupannya memang sudah banyak berubah dan kekosongan hidupnya kini banyak diisi bersama jejaka yang berusia 20 tahun berkenaan.

"Sejak bergelar penyanyi, jumlah kawan saya semakin berkurangan. Di Sabah pula, ramai kawan saya yang sudah berkahwin. Tambahan pula, tak ramai kawan yang boleh saya ajak untuk bergembira. Nasib baik ada Akim. Dia juga suka nak berkawan dengan saya dan boleh dikatakan dia pandai melayan setiap kerenah saya.

"Bila ada cuti saja, kami akan menggunakan peluang ini untuk keluar bersama seperti menonton wayang atau pergi ke pusat membeli-belah. Jadi, kalau nampak kami keluar bersama, tak bermaksud kami ini bercinta. Mungkin apa yang boleh saya katakan sekarang, Akim adalah kawan baik saya . Untuk bercinta, saya tak rasa ianya akan terjadi," katanya berterus terang.

Jelas Stacy, tiada apa yang menarik tentang diri Akim melainkan sikapnya yang periang. Malah, teraju utama siri Kau Dan Aku itu juga mampu membuatkan hatinya sentiasa berada dalam keadaan yang ceria.

Malah kata Stacy lagi, dia dan Akim sering berkongsi minat yang serupa dan sama-sama datang dari latar belakang keluarga yang agak sama sebelum mereka bergelar bintang program realiti AF yang jadi kesukaan ramai itu.

"Memang tak nafikan, saya pernah bercinta ketika zaman sekolah dulu. Tapi sekarang fokus saya lebih tertumpu kepada kerjaya saya terlebih dahulu. Saya tak nak hilang fokus hanya kerana masalah percintaan. Biarlah saya kumpul duit dulu, sebagai persediaan untuk masa kesusahan dan hari tua nanti," katanya.

Sementara itu, menurut Akim pula, kisah cintanya bersama Stacy lebih dinilainya dari sudut yang positif. Apa tidaknya, dek kerana desas desus itu juga mereka berdua telah dipertemukan sebagai duta Wall's Cornetto bagi melengkapi kempen jenama aiskrim berkenaan sepanjang tahun ini.

"Ini adalah perkembangan yang sangat baik buat kami berdua. Disebabkan kontroversi tersebut, kami telah disatukan bersama Wall's Cornetto .Saya dan Stacy juga menjalankan tanggungjawab kami dengan penuh profesional.

"Tiada perhubungan cinta antara kami kerana kami sebenarnya berkawan baik. Kalau tahun sebelumnya saya dipertemukan dengan Juliana Evans, tapi kali ini saya bernasib baik kerana dapat bergabung tenaga dengan Stacy," katanya dengan senyuman.

Kata Akim, tiada yang lebih menarik apabila mereka berpeluang menyanyikan lagu tema sempena kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto menerusi gabungan lagu Inilah Cinta dan Jahat berjudul Jahat Cinta secara berduet.
Laporan asal : murai.com


Read more >>

Ally Iskandar Tak Takut Hilang Peminat

Kongsi 1 comments
Ally Iskandar telah melansungkan pertunangan dengan Nur Aisyah Zainal pada 11 Februari lalu.

PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar, 35, memberitahu tidak kisah akan kehilangan peminat wanita apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Nur Aisyah Zainal, 26, pada penghujung tahun ini.

Jelas Ally, dia lebih memikirkan masa depan dan kehidupan berkeluarga berbanding
Align Centerpandangan peminat-peminatnya.

“Saya tidak fikir peminat-peminat saya lari selepas berkahwin, lagipun saya selalu berfikir sampai bila saya akan diminati terutama ketika umur semakin meningkat.

“Saya lagi takut jika tidak kahwin. Sekarang mungkin ada orang yang ingin lihat wajah saya tetapi bila sudah tua siapa yang akan tengok kecuali isteri dan anak-anak sendiri,” ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas.

Ally mengakui tahun ini merupakan tahun paling sesuai untuknya mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Februari lalu di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang, Selangor.

Tambah Ally, perkenalan sejak tahun 2008 itu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. Malah keluarga kedua-dua pihak turut senang dengan hubungan tersebut.

“Saya mengenali Aishah pada tahun 2008 tapi ketika itu hanya sekadar kawan biasa sahaja sehinggalah tiga bulan lalu kami benar-benar rapat.

“Keluarga saya juga suka kepada Aishah dan sebelum ini mereka menyebut nama Aishah sebagai calon isteri saya,” katanya.

Ketika ditanya keistimewaan wanita ini pada matanya, Ally memberitahu bahawa dia selesa bersama wanita tersebut.

“Saya rasa selesa bersama dia, ke mana juga saya pergi saya tetap ingin melihat dan berjumpanya.

“Dari segi kerjaya dia juga memahami bagaimana pekerjaan saya, dia juga sibuk dengan perniagaannya,” ujar Ally.

Dalam pada itu, Ally turut meminta maaf kepada peminat dan media yang tidak diberitahu tentang majlis tersebut.

Jelas Ally, dia menghormati permintaan kedua-dua pihak yang mahu majlis tersebut dijalankan secara tertutup dan peribadi.

“Kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja dan bukan berniat merahsiakan perkara ini kepada semua,” katanya.
Laporan asal : mstar.com.my

Read more >>

18 Feb 2011

Kisah cinta Akim dan Stacy

Kongsi 1 comments
Biasalah, untuk menjaga reputasi maka pengakuan tidak pernah bercinta adalah jalan short cut demi menjaga nama baik. Tapi bila tengok gelagat si Akim dengan Si Stacy ni rasanya tak perlulah untuk mereka menafikan lagi kerana umum dapat merasakan ada suatu hubungan yang terjalin antara mereka berdua nie. Sebab bila memerhatikan dia orang punya gurau tu nampak mesranya lain macam lah di banding gurau kawan-kawan nie. Nampak manja semacam jer kadang dia punya mesra terlebih sudah. Seolah-olah dia orang nie memang dah tak dapat nak cover lagi dah.

Tapi apa yang menguntungkan kisah cinta mereka nie 'mahsyuk' sebab pihak Wall's Cornetto berminat mengambil mereka sebagai duta untuk produk tersebut. Kontrak Akim disambung lagi selama setahun dan nampaknya Akim tersangatlah gembira bila di beritahu bakal digandingkan dengan Stacy sebagai duta terbaru Wall's Cornetto nie.

Menurut Akim lagi dia tak pernah meminta atau memujuk pihak Wall's mengambil Stacy sebagai duta bersama kerana pemilihan Stacy adalah atas pilihan Wall's sendiri. Secara jujurnya Akim kata setakat nie dia senang dengan Stacy.

Menurut Stacy pulak mereka hanya kawan baik sejak dua tahun lepas. Sejak tu jugak katanya hubungan mereka memang menjadi semakin rapat dan mereka mempunyai banyak persamaan. Sebab tu mereka sangat gembira bersama


Bila ditanya kepada pihak Wall's Cornetto, sememangnya pemilihan mereka berdua nie disebabkan gosip percintaan mereka yang kini semakin mendapat perhatian. Pihak Wall's jugak akan mencipta sebuah lagu duet berjudul Jahatnya Cinta untuk kedua pasangan nie.
Zaman sekarang cinta pun boleh buat meniaga yerrr...



Read more >>

Katie Price kemalangan!

Kongsi 0 comments

Katie Price, seorang model terkenal dengan keseksiannya telah mengalami kemalangan semalam. Katie berusia 32 tahun, didapati hilang kawalan ketika keretanya itu melangar sebuah tiang di London.

Namun Katie atau nama 'glamour' nya Jordan tak mengalami sebarang kecederaan. Jordan tak sendirian waktu tu sebab pemandunya yang memandu BMW silver miliknya tu. Ibu kepada 3 anak tu berada di bangku belakang kenderaannya masa tu.

Kesan dari pelanggaran tu menyebabkan bumper depan sebelah kiri BMW mewah Jordan remuk teruk. Kemalangan tu berlaku masa Jordan mengunjungi Teater Phoenix kat London. Sebelum kemalangan berlaku, pemandu Jordan sebenarnya berusaha untuk melarikan diri dari kerumunan peminat Jordan.

Jordan memang tak cedera tapi ada seorang pemuda yang terlanggar keretanya mengalami kecederaan serius dan pemuda tersebut terus dibawa ke rumah sakit berdekatan.

Akibat kesilapan pemandunya, Jordan pun telah diminta membuat keterangan kepada pihak polis. Malah dia dinasihati oleh polis tentang cara pemanduan pemandunya itu dan dia juga bertanggung jawab jika didapati ada kesalahan serius.


Read more >>

Miley Cyrus merepek meraban.......

Kongsi 0 comments
Miley Cyrus yang sebelum nie dilabel sebagai ikon paling buruk dunia hiburan tampil di temu bual Contact Music, Jumat (18/02/2011). Dia berkata yang dia sekarang ni tidak boleh tidur malam kerana resah dengan kemiskinan yang melanda dunia. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!...Seram dengar dia cakap. Kalah Barack Obama. Baik punya topeng budak nie. Dia punya manis cakap tu sampai yang dengar ni boleh kena kencing manis lah.

Aktres merangkap penyanyi berusia 18 tahun nie ingin menjadi pekerja sosial kat Indonesia katanya. Bintang 'Hannah Montana' tu plan nak menyediakan air bersih bagi penduduk miskin. Ia jugak nak berkunjung ke kampung-kampung pedalaman di Indonesia. Dah macam nak masuk bertanding jawatan YB pulak. YB kita pun tak sibuk macam dia. Buang tebiat betul budak nie.

Menurut Miley, "saya tidak boleh tidur di malam hari karana saya begitu bersemangat melakukan hal-hal baik untuk dunia ni, dan cuba mengubah dunia." ungkapnya. Harap semua tak termuntahlah bila dengar kata-kata dia tu yer. Diri sendiri porak peranda nak ubah dunia konon. Haduh...haduh...

Miley merepek lagi dengan berkata dia nak merealisasikan impiannya tu dalam secepat mungkin. Kalau lambat nanti susah. Ntah apalah maksud dia tu yek.

Tapi, penyanyi remaja itu mengaku sekarang nie jadualnya sudah penuh sepanjang 2011 ini. Plak!...Rasanya Contact Music nie salah time lah interview dia nie. Time minah tu lalok dia interview nya. Memanglah dunia nie ana yang punya...

Sebenarnya nie adalah misi sosial Miley untuk menampilkan imej baik kepada para peminatnya. Miley sebelum nie ranking teratas sebagai artis paling berpengaruh terburuk. Tapi macam orang tak tau nilai dia tu macam mana. Kalau nak buat baik sekalipun ceritalah perkara yang logik. Nie cakap pun nak menyanyi payahlah. Dahlah malas lah ulas cite budak nie. Dah macam kita nie pun dalam alam fantasi jugak. Ariosss

Read more >>

Brad Pitt gaduh dengan Angelina Jolie

Kongsi 0 comments
Lama tak dengar cerita tentang pasangan no 1 Hollywood nie. Khabarnya baru-baru nie pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie nie gaduh pasal duit. Katanya Pitt betul punya marah sebab Angelina Jolie nie terlalu banyak membazir wang simpanan mereka. Takpelah bang, duit banyak-banyak pun tak guna nak watpe kan. Rugilah nanti dah mati masih banyak duit balance.

Menurut sumber seperti Showbiz Spy mengatakan mereka berdua sedang ribut besar sekarang dan situasi sangat tegang. Menurut sumber lagi, Brad Pitt dah 'warning' betul-betul kat Jolie nie supaya mulai kurangkan perbelanjaan. Bahkan, baru-baru ini bintang 'Troy' itu telah memecat beberapa orang pekerjanya.

Sumber berkata lagi bahawa pendapatan mereka berdua lebih dari USD 250juta, tapi masalahnya sekarang nie perbelanjaan mereka malah jauh lebih dari tu. Duit kita dekat RM 1 billion tu. Hmmm...Apa je yang dia orang beli agaknya yek. Rasanya pakai seluar dalam emaslah dia orang nie.

Namun dengan teguran Pitt tu telah membuatkan Jolie tersinggung dan menganggap pasangan hidupnya itu terlalu egois.


Read more >>

Michael Jackson sedang berurus niaga???

Kongsi 0 comments
Setelah dibuat kajian tentang berapa banyak wang yang Michael Jackson berhutang ketika dia meninggal dunia pada tarikh 25 Jun 2009 dan berapa banyak pula warisan yang telah ditinggalkan, jumlahnya bole kita termenung jap.

Menurut dokumen, Michael Jackson mempunyai lebih dari USD400 juta tanggungan hutang ketika dia meninggal. Tapi sejak tu gak MJ Estate telah menjana lebih daripada USD310.000.000. Malah jumlah tu akan semakin meningkat mengikut waktu.

Dokumen menunjukkan sekitar USD 159 juta telah dihabiskan untuk membayar balik pelbagai hutang, cukai pendapatan dan beban lain.

Antara contoh untuk menjana pendapatan lagi, hasil ladang juga digunakan untuk menaikkan taraf untuk ladang keluarga Havenhurs di Encino, CA.

Dengan wang-wang itu jugak mereka gunakan masa membayar kos rawatan ketika sakit, pengebumian ketika mati dan kos upacara peringatan Micheal.

Dokumen jugak menunjukkan waris menerima tuntutan hutang lebih dari 65 agensi dengan beberapa hutang dikenakan bunga yang tersangat tinggi kadarnya.

Pengurusan MJ mengakui ladang masih menanggung serta menghadapi beberapa perkara dan tuntutan undang-undang dari beberapa negara lain.

Orang dah mati pun boleh cari duit lagi. Kita yang idup ni pun masih terkial-kial.


Read more >>

'Bad Boy 3' akan ke pawagam

Kongsi 1 comments
Kini filem 'Bod Boys 3' yang bergenrekan komedi aksi dikatakan sudah mula di produksikan menurut salah seorang bintang dalam filem tersebut, Martin Lawrence. Lawrence mengatakan saat ini skrip 'Bad Boys 3' sedang dibuat. Dalam 'Bad Boys 3' itu nanti aktor berusia 45 tahun nie akan berpasangan semula dengan Will Smith seperti sebelum nie. Menurut katanya lagi, Will jugak dah bersetuju untuk menyambung watak lamanya itu dalam film tersebut. Papehal pun 'Bad Boy' memang class!

First time 'Bad Boys' selaku filem aksi ni telah di produksikan pada 1995. Kemudian filem tersebut dibuat sekuelnya lapan tahun selepas tu dan berjaya menduduki carta teratas box office di banyak negara.

Lawrence menyampaikan kabar tersebut ketika dia sedang mempromosikan filem terbarunya, 'Big Momma's: Like Father Like Son' yang telah berada di pawagam. .

Lawrence yang memegang watak sebagai Marcus Burnett dalam filem 'Bad Boys' adalah seorang detektif di Miami, Amerika Syarikat. Dia dan rakannya, Mike Lowrey (Will Smith) selalu menumpaskan jaringan dadah meskipun dengan caranya yang nampak mengarut.
Sooo, wait and see okey!!!


Read more >>

Konsert Iron Maiden di Indonesia gempak!!!

Kongsi 3 comments
Kumpulan heavy metal, Iron Maiden memberi nafas baru kepada pecinta muzik rock Indonesia. Konsert diadakan di Pantai Karnaval Ancol, Jakarta, Kamis (17/2/2011) semalam. Indonesia merupakan salah sebuah negara yang dipilih dalam rangka tour dunia Iron Maiden yang bertajuk 'The Final Frontier World Tour' Asian-Australian 2011. Iron Maiden kini dah pun berusia 35 tahun. Dah tua-tua pun power lagi dia orang nih.

4000 orang ahli 'Trooper Indonesia' telah hadir iaitu sebuah kelab penyokong mereka di sana. Jumlah keseluruhan yang hadir melebihi 20,000 orang.

Konsert bermula sekitar 9.30 malam waktu tempatan. Iron Maiden membuka konsert mereka dengan lagu 'The Final Frontier'. Vokalis Iron Maiden, Bruce Dickinson keluar dengan baju hitam tanpa lengan dan berseluar askar disamping mengenakan ikatan di kepala.

Dalam persembahan mereka sempat menceritakan perjalanan mereka mengelilingi dunia menggunakan pesawat sendiri khasnya ke Asia dan Australia untuk memperkenalkan album baru mereka. Semua penonton pun riuh mengikuti lirik demi lirik lagu yang mereka mainkan. Ditambah pulak dengan layar besar yang berukuran sekitar 30 x 10 meter.

Iron Maiden menghiburkan peminat Indonesia dengan lebih dari 20 lagu hitsnya. Salah satu lagu yang diikuti oleh ramai penonton adalah lagu 'Fear of the Dark'.

Di akhir persembahan Bruce memperkenalkan satu persatu ahli kumpulannya bermula dari Steve Harris, Bruce Dickinson, Dave Murray, Adrian Smith, Janick Gers dan Nicko McBrainke. Selesai saja lagu terakhirnya, Bruce melemparkan pengikat kepalanya kepada penonton. Pertunjukan berakhir sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan.


Read more >>

Sabrina Ali kahwin tahun ni???

Kongsi 0 comments
Semakin hari semakin pening lah kepala Sabrina Ali nie sejak gambar dia dengan 'balaks' dia tersebar meluas di internet. Semua ni gara-gara dia merelakan gambarnya diambil bersama balaksnya tu time tayangan filem Khurafat. Sejak itulah kehidupan peribadi Sabrina mula jadi tak tenteram. Ada saja yang tak henti-henti nak mengorek ceritanya dengan kekasih barunya iaitu Amin ,28. Apabila setiap masa sering di asak pelbagai soalan, ni membuatkan dia jelak dan tak dapat fokus pada kerjaya dan kebebasan dirinya. Mungkin Sabrina tak fikir time dia seronok bergambar dia terlupa bahawa apa yang dilakukannya tu akan mendatangkan mudarat kepadanya belakang hari. Macam tak biasa dengan dunia artis pulak akak sorang nie...

Laaa ni, katanya Sabrina dah betul-betul fobia nak bergambar dan mendedahkan lagi buah hatinya tur. Baginya tak pasal-pasal si Amin nie turut tergangu privasinya. Menurutnya lagi dia nie seorang yang low profile dan tak berapa suka menceritakan hal-hal peribadi. Apa yang penting Sabrina memang mengaku menjalinkan hubungan cinta bersama Amin nie. Dia jugak turut mengakui sudah ada perancangan untuk menamatkan zaman jandanya tahun ni dan bersedia untuk berumah tangga. Tapi tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Kini Sabrina meminta pihak media memberikan kerja sama kepadanya kerana dia punya alasan sendiri mengapa mengelak dari bergambar dengan kekasihnya itu ataupun berkongsi cerita tentang kekasihnya tu. Ini bermaksud bukanlah dia takut atau cuba melarikan diri. Disamping tu mereka cuba mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. Dia kata harap sangat pihak media menghormati permintaan dia nie...




Read more >>

Smallville disambung dalam Superboy

Kongsi 0 comments

Berita baik untuk penggemar Smallville!...Sedia maklum minggu lalu, semua peminat siri tv Smallville mengetahui bahawa Michael Rosenbaum akan kembali sebagai Lex Luthor untuk siri terakhir Smallville.

Nampaknya sekarang kita ada berita yang lebih baik iaitu ada keMUNGKINan siri kegemaran ramai ini akan bersambung untuk mengisahkan kehidupan selepas Smallville. Mengikut perancangan ia akan disambung dalam siri Superboy.

Seiring dengan Lex, Superboy juga akan diperkenalkan kepada dunia di akhir siri Smallville nanti. Jadi ini akan memudahkan siri Superboy itu menyesuaikan diri bila ianya ditayangkan kelak. Sooo, sama-samalah kita tunggu yer...
Check it out!!!


Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords